Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, August 14, 2008

Fruity Nutty Banana Cake




Ada sesikat pisang yang my mom in law kasi the day I balik Sg Bakap hari tu. Dah a few days pisang tu rest elokkkkk je kat tepi kabinet dapur. Nak goreng dah terlambat, nak buat cekodok macam tak nak makan je cekodok hari ni. Buat kek best gak tu. Tapi aku nak kek pisang yang lain sikit, so aku tambah some almond kasi ada nutty taste sikit, aku nak letak walnut, tak da lah pulak aku cari walnut kat kedai kat Tg Malim tadi, lagi sedap kalau letak macam2 jenis nut i.e. macadamia, pistachio, hazelnut etc....Nak kasi ada merah merah sikit aku letak chopped red cherry. Nak kasi ada a few black dots, aku letak sikit chocolate chips. Kekonon nak kasi macam black forrest punya banana cake la, tapi tak cukup ingredients. Nak gi pasaraya kesian pulak nak tinggalkan Wawa dengan Memek dia kat rumah since dia demam campak. (pic 1: Wawa kena demam campak. Merah muka dia naik campak, tu tengah meragam sambil nangis...) Along tak sabar2 nunggu kek ni masak. Along kata tomorrow dia nak bring a few slices for her friends, her daddy requested a few for his officemate too. Last-last tinggal untuk aku cuma a few slices.....


FRUITY NUTTY BANANA CAKE


250 gm butter

1 1/2 cawan gula castor
1/2 camt garam
1 sudu teh vanilla
1/2 cawan susu cair
3 cawan pisang yg dilecek
2 cawan tepung - ayak
1 camt soda bicarbonat
1 camt baking powder

Pelbagai kacang - hari ni aku pakai almond panggang je
Red and green cherry - chop
Chocolate chips

Cara-cara:

1. Panaskan oven. Grease kan dulang pembakar.

2. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Bila dah kembang, masukkan telur satu per satu. Gunakan speed ni 1 je.

3. Masukkan vanilla, garam, susu dan pisang. Kacau rata.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan menggunakan senduk. Akhir sekali masukkan semua jenis kacang yang telah dipanggang terlebih dahulu, cherry dan juga chocolate chips.

5. Bakar dalam oven pada 180'C selama 50 minit atau sehingga kek masak.

1 comment:

MarD said...

owh...poor baby...*hugs2* mcm dh kurus dah wawa...jgnla kurus..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...