Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, October 7, 2011

Blueberry Cheese Tart - dan tempahan lagi..Alhamdulillah..



Salam semua...entry kali ni bukan pasal kecil - kecil hati lagi..terima kasih kepada semua yang memberi pandangan kepada mieza..mieza mengambil keputusan untuk membiarkan saja orang itu dengan sikap sombong dengan cara stay away dari dia...tapi sakit juga dihati bila kawan mieza bertanya kepada dia begini..

kawan mieza: ngaper ko buat macam tu pada mieza sampai sudu dia cedok sambal pun ko geli?

dia: ehhh itu kira baik la tu aku geli je..kalau aku muntah lagi teruk..

Haaahahaha memang sah orang ni takbur dan sombong..dan bak kata kawan mieza dia ni dah 'putus'..jadi orang putus tak elok dilayan..nanti kita yang sakit jiwa...jadi hari ni mieza tak nak sedih-sedih dek kelakuan dia..mieza nak gelak je..lagipun hari ni dah hari Jumaat..esok cuti yeyyyyy

Yang mieza nak cerita hari ni ialah cis tart ni..anak-anak mieza semua suka..kalau buat dalam 50 biji tu memang tak sempat nak pusing dah abis..pastu depa akan minta buat lagi..Selasa lepas mieza bawa sampel ke ofis untuk kawan-kawan dan Alhamdulillah rezeki datang bila kawan seofis mieza tempah 100 biji hari Isnin depan...Syukur kepada rezeki yang Allah kurnia kan dalam keluarga mieza..semoga sentiasa dikurniakan rezeki yang halal...

Mari kita amalkan doa ini..
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


Jom layan mieza deco-deco cis tat ni...seronok lak main lukis-lukis cis tat..insyaAllah hari lain kita lukis-lukis strawberry cis tat lak..






BLUEBERRY CHEESE TART
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan tart shell:

200 gm tepung
75 gm gula icing
1 biji telur
100 gn mentega

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan dalam bekas. Uli hingga menjadi doh. Bulatkan sebesar ibu jari kaki dan ditekan ke dalam acuan tart. Elokkan tepinya, mieza kemaskan guna pisau.

2. Bakar dalam oven pada 160'C selama 20 minit. Simpan shell yang telah masak untuk kegunaan bila perlu.


Bahan Filling:
Blueberry filling
250 gm cream cheese
1 biji telur
50 gm gula icing

Cara-caranya:

1. Satukan cream cheese, telur dan gula icing ke dalam mangkuk dan dipukul hingga halus dan rata.

2. Ambil tart shell. Sendukkan blueberry filling ke dalam piping bag dan pipe kan sedikit ke dalam shell.

3. Sendukkan cheese filling ke dalam piping bag juga dan picitkan ke dalam shell yang mengandungi blueberry filling tadi hingga penuh.

4. Decokan mengikut kreaviti masing-masing.

5. Susun tart atas dulang pembakar dan bakar dalam oven pada 160'C selama 5 -8 minit atau hingga cheese agak keras. Bila sentuh cheese dan cheese tak melekat pada jari maksudnya tart dah siap.

6. Keluarkan dari oven dan sejukkan.

11 comments:

Antan Bertingkah said...

Kan cantik jugak tu Mieza punya cistat... beza dgn akak punya sebab deco atas tu akak pakai jem blueberry jugak...

Sue @ Nenie said...

Salam..Ohhhh..Saya mau cheese tart..saya mau cheese tart..saya mau cheese tart freeee......

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum mieza cayang..
wah comelnya cheese tart tu mieza.. akak nie x perna lg buat sndiri.. beli jer selalunya.. kalau mieza dok dkt kan best.. bole gak akak order dr mieza kan..

Nuwairani said...

cantik deco2 tu kak mieza...memang dah expert kot...nani buat senget benget bunganya...hihih

suzane said...

miezaaaaaaaaaa.....sedap dan menawan...suzane pun nak buat jugak le....ingat nak begi present kak birthday anak kawan mr hubby malam nie....mieza ...kalau sorang yang tak mahu berkawan ngan kita beribu lagi yang sudi menghulurkan tangan..luv

Mieza said...

@ kak Yus..kekadang mieza buat ok kekadang tak ok la kak yus..huhuhu menci tau uhukkssss

@ sue..sue datang la sini kak mieza jamu puas2 :)

@kak diana comeyyyyy...kalau akak order mieza kasi spesel price khas untuk kakak yg comey ini...luvvvvv

Mieza said...

@ adik nani yg baik hati..akak buat pun senget benget juga dik...tp bedal je la janji rase sedappppppp bangattttt dik!

Mieza said...

@ suzane...tart ni memang sesuai sgt untuk door gift atau birthday present sedap dan lemak2 gitew..nanti suzan cuba dan post kat blog tau..mesti hasil kerja tangan suzan lagi cantek..Suzan dear..TQ atas pandangan suzan...insyaAllah Allah dekatkan mieza dengan sahabat yang baik-baik sahaja..:)

Anonymous said...

mieza guna tepung apa ye buat cheese tat ni,my hubby suka sgt mkn chesse tart,i nak belajar buat la...

Mieza said...

@anonymous...TQ sudi bertandang ke blog mieza..mieza pakai tepung gandum biasa je..cap sauh tu..yang 2.60 sekilo tu..mieza ucapkan selamat mencuba..senang je nak wat dia..nanti bila dah buat ambil gambar dan hantarlah ke email mieza :)

Unknown said...

2016-2-23 leilei
louis vuitton handbags
cheap jordans
north face outlet
oakley sunglasses
air jordan 8
michael kors handbags
burberry scarf
ugg outlet
ray ban sunglasses
michael kors outlet online
michael kors handbags
michael kors outlet
mcm handbags
louis vuitton outlet onlne
coach outlet online
louis vuitton outlet
michael kors bags
michael kors uk
ugg australia
cheap basketball shoes
coach factorty outlet online
michael kors outlet
adidas running shoes
true religion sale
gucci outlet online
louboutin outlet
michael kors handbags
hermes belt
louis vuitton outlet stores
mcm handbags
christian louboutin outlet
michael kors outlet
michael kors outlet
ugg outlet
true religion jeans
ugg boots
michael kors handbags
polo ralph lauren
louis vuitton outlet
adidas wings

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...