Thursday, July 3, 2008

Macaroni Bakar













Yang ini favorite hubby. Dia sanggup masuk dapur tolong chop apa yang patut utk masak yang ni. Tapi dia malas skit, so last week dia belikan aku food processor, katanya biar mesin tu yang do the chop job for him. Tak kisah la kan janji aku dapat processor tu free. "Makaceh"! Masa kat Wisconsin dulu selalu masak mac bakar ni coz kat sana mozarella cheese, cheddar cheese murah. Mac tu sekotak yang 250gm baru USD0.25. Cheese pulak sangat murah coz Wisconsin ni dairy land. Well itu 10 years ago........Ughhhhh rindunyerrrr......

MACARONI BAKAR

1/2 paket macaroni - rebus dengan sedikit garam, toskan
2 biji bawang besar - chop
3 ulas bawang putih - chop
2 bell pepper - 1 hijau, 1 merah - chop
Daun pudina - aku memang suka daun ni - chop
2 biji tomato - dice
1 tangkai daun ketumbar - chop
1 pek daging cincang - aku selalu guna Ramly
6 biji telur
2 tin kecil sos spaghetti - aku guna Prego (yang warna hijau)
oregano leaves
garam gula -to taste
1 paket shredded mozarella - untuk tabur
1 cawan shredded cheddae - untuk tabur
Olive oil


Optional:
5 ketul scallop cheese- slice
3 batang beef frankfurter - slice
parmesan cheese - serbuk
chilly flakes

Cara-cara:

1. Panaskan olive oil dalam periuk. Tumis bawang besar dan putih sampai wangi.

2. Bila dah wangi masukkan daging cincang dan masak sampai daging empuk dan sedikit garing.

3. Kemudian masukkan kuah spaghetti, masak hingga mendidih.

4. Bila kuah dah mendidih, masukkan semua bahan kecuali cheese, telur, dan chilly flakes. Rasakan garam dan gula. Tutup api dan ketepikan.

5. Dalam bekas yang lain, pukul telur sampai sebati dan masukkan macaroni yang telah direbus.

6. Dalam loyang pembakar yang telah di grease kan dengan butter, masukkan adunan macaroni dan telur, ratakan.

7. Lapiskan dengan kuah meat sauce.

8. Kemudian lapiskan pula dengan shredded mozarella dan cheddar. Ulang ketiga-tiga lapisan sampai adunan habis. Make sure atas sekali ialah lapisan cheese. Taburkan sedikit ground black pepper.

9. Bakar dalam oven pada suhu 180'C sehingga semua telur masak dan lapisan cheese kehangusan (golden) and nampak crispy. Yummy!

10. Potong segi empat semasa menghidang, boleh dihias dengan serbuk parmesan cheese, chilly flakes, dan beberapa helai fresh mint.

Hubby kalau makan mac bakar ni dia suka curahkan sedikit spaghetti sauce. Memang sonok tengok dia makan ni, berkali2 dia tambah. Kalau masak mac bakar ni for tea, kami usually tak dinner lagi.

5 comments:

  1. zaimie...hang pun ada blog ka...sekali sekala mai la kat blog aku..huhu

    ReplyDelete
  2. Nash, nie bukan blog aku la.. nie blog bini aku.. nanti aku masuk blog hang.

    ReplyDelete
  3. wah! senang2..hihih...yg payahnya tu sebab cheedar cheese n mozarella cheese mahal...huhuh... kalaun duk di dairy land memang best. hokkaido pon jenis dairy land jugak. selalu makan ice cream sedap masa melancong sana 2 minggu.

    ReplyDelete
  4. nani..nnt cuba versi ni lak ye nani....pastu tayang tau kak mieza nak nengok :)

    ReplyDelete
  5. selalu buat ni tak penah pakai telur. nanti boleh cuba guna pulak..sebab nampak sedap :)

    ReplyDelete