Friday, July 25, 2008

Sotong Goreng Tomyam


Orang selalu kata isteri dan ibu kerjanya enteng, kerjanya kemas dan masak. Tapi sebenarnya susah gak nak masak ni. Kalau masak yang sama everyday, nanti family naik boring asyik makan benda yang sama. Nak kena tukar-tukar menu. Lepas tu nak kena padan kan pula the choice of menu with ingredients in the fridge. Sometimes dah dapat dah idea tapi bahan tak cukup pulak, nak pergi kedai malas, so terpaksa ubah menu. Sometimes kalau rajin boleh belasah resepi try and error macam hari ni. Resepi sotong goreng tomyam ni aku belasah je sebenarnya. Hubby and along suka tomyam sotong, tapi dah selalu sangat aku masak tomyam kat depa. So hari ni aku ubah suai sikit, masih ada tomyam, bukan kuah tomyam tapi goreng tomyam.



SOTONG GORENG TOMYAM


8 ekor sotong (ini je yang aku ada dalam freezer, stock 'finale' hehe) - dihiris
1 bawang besar - slice
2 biji bawang putih - diketuk
2 batang serai - dihiris
6-8 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 6
4 batang kacang panjang- dihiris sepanjang 1 1/2 inci (Ini pun stock 'finale' aku, maklum hari hari Jumaat)
4 biji cendawan butang - dibelah 4
1 kiub tomyam - aku guna kiub 'knorr'
Sedikit bunga kubis
4 helai daun limau purut
Daun bawang dan daun ketumbar
Sedikit air limau nipis
1 camt serbuk kunyit
Minyak untuk menumis
Garam dan gula to taste

Cara-cara:

1. Sotong dibersihkan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi. Bila dah wangi masukkan kiub tomyam dan tomato sambil dikacau biar kiub tu dissolve.

3. Kemudian masukkan sotong dan masak hingga sotong masak.

4. Bila sotong dah masak, masukkan cili api, bunga kubis, kacang panjang, cendawan, daun limau purut dan juga air limau nipis. Rasakan garam dan gula.

5. Semasa menghidang taburkan dengan daun bawang dan daun ketumbar yang dihiris kecil.

2 comments:

  1. NAK MASAK NI KENA GUNA KIUB KE? KALAU YANG SERBUK PUNYA TAK BOLEH KE?HAHAHA

    ReplyDelete
  2. Serbuk tomyam? selalu jumpa kiub, tak pun pes dalam paket tu. Kalau ada serbuk, serbuk pub boleh. Kita boleh!

    ReplyDelete