Tuesday, September 2, 2008

Singgang Daging - The Kelantan Version


Haaaa resepi ni memang kegemaran turun temurun keluarga aku kat Kelantan. Singgang ni masak tulang pun sedap. Kalau time raya haji, aku memang masak ni. Hirup kuahnya yang masam-masam manis pedas berempah ketumbar memang sedap terasa kat tekak ni. Dah lah ari ni puasa. Tadi aku dah mintak tolong my friend yang tinggal kat Bukit Beruntung tu belikan tulang, emmmm esok boleh lah masak singgang tulang. SedapNYA! Resepi ni memang semua orang Kelantan tau buat kot. Tapi tak pe lah, nak gak publish kat sini......



SINGGANG DAGING - The Kelantan Version

300 gm daging batang pinang - sedap part ni, tender je...buat steak pon best ni
3-4 keping asam keping
Garam gula to taste
Air secukupnya untuk kuah

Bahan dimayang:
2 inci halia
2 inci lengkuas

Bahan ditumbuk - tak payah hancur sangat
1 camb ketumbar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5-6 biji cili kering - yang ni kisar lumat

Cara-cara:

1. Cukup senang, campakkan semua ingredients yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.

2. Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.

3. Sedap sangat, actually this is the Kelantan version of beef stew. YUUMMmmmmYYYY!

8 comments:

  1. first time memasak n nak try resepi ni.hehe nak tnye,bpe agak nye ration gula and garam tu? sbb skng ni puase susah skit nak rasa :)

    ReplyDelete
  2. Adik shiela
    Terima kasih kerana sudi utk mencuba resepi kak mieza..bg akak resepi ni sgt senang dan sedap untuk dihirup sbb ada kombinasi rasa pedas, masam, manis dan rasa lengkuas dan halia...mmg agak sukar kita nk emasak di bulan puasa ni sbb kita tak leh rasa..huhuu

    Adik shiela, sbnrnya tiada sukatan yg khusus utk garam dan gula sebab itu mengikut selera masing-masing dan bergantung kepada jenis garam yyg kita gunakan. Tapi lauk ni tidaklah semanis kuih..gula itu utk penyedap rasa..dalam 1/2 sudu teh je..garam tu pula bergantung kepada banyak mana kuah yg kita letak..shiela cuba letak dulu 1/2 sb..nnt bila azan maghrib dan kalau belum cukup masin boleh la kita tambah lagi..biar tawar dan ditambah garam kemudian daripada masin dan tak leh buat apa dah..

    Akak mengucapkan selamat memasak kpd shiela jgn lupa emailkan gambar singgang daging ni ke email akak ye :)

    Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

    ReplyDelete
  3. What a stuff of un-ambiguity and preserveness of precious experience concerning
    unexpected emotions.
    Feel free to visit my page ... GFI Norte

    ReplyDelete
  4. Joker123
    .
    Joker388
    .
    Joker Gaming
    .
    Club388
    .
    Joker388
    .
    Joker123
    .
    Club388
    .
    Fafaslot
    .
    Fafa Slot
    .
    Fafaslot

    adanya banyak layanan yang bisa dicoba seluruh para pemain yang akan mencoba nya

    ReplyDelete