Sunday, November 23, 2008

Asam Pedas Ikan Keli



Sebenarnya mood nak masak dah tak de coz dok teringat nak masak kat kitchen kat umah baru. Tapi bila perut berdendang sayang mintak diisi, terpaksalah gak masuk dapur. Feel nak masuk umah baru is all over me, tapi memang banyak lagi lah yang pending. Oleh kerana makan ni amat penting dalam idup setiap individu maka, meja makan sememangnya lah menjadi perhatian utama aku and husband. Walau pun bajet dah lari, dan bajet semakin nipis, menyebabkan kami terpaksa postphone niat nak cat umah, terpaksa tidur atas toto coz dah tak de bajet nak beli tilam and katil, tapi meja makan mesti diutamakan hehehe. Dah ada dah satu yang aku and hubby berkenan, alaaahhh kat Leon Yew lah kat mana lagi kalau kat Tanjong Malim ni, bukan ada lorenzo ke, fella design ke harvey norman ke. The table is square, 8 seater, dan warna of coz lah mahagony coz nak bagi sama dengan kitchen cabinet. The price of that dining table is RM2200. Mahal, tapi aku dah suka hehehe. Jadi sebelum meja baru sampai, tak aper lah kita makan nasi dengan asam pedas ikan keli ni kat meja lama je. Kata Along, "Kenyang gak mama", heh memang la kenyang, feel tu yang lain... By the way, aku sebenarnye bukan lah gemar sangat dengan ikan keli ni. The only ikan keli yang aku suka is bila ikan keli tu dibakar garing dan dimakan dengan air asam. Lain dari tu aku tak makan. Tapi hubby suka ikan keli masak asam pedas. So presented here is the asam pedas ikan keli...


ASAM PEDAS IKAN KELI

2 ekor ikan keli - cukup la untuk laki aku sorang makan. Hari ni harga dia 2 ekor ni is RM2.60.
Daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 2
2 batang serai - diketuk
2 biji buah tomato - belah 4
4 keping asam keping
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili api
3 biji cili merah
2 cm halia
1 cm kunyit hidup

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.

2. Masukkan serai dan secukupnya air untuk kuah. Masukkan juga buah tomato, bunga kantan, dan asam keping.

3. Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan dan juga daun kesum. Masak hingga ikan masak. Rasakan garam, gula dan masamnya.

No comments:

Post a Comment