Tuesday, June 2, 2009

Ayam Kampung Masak Padang


Sekarang ni aku jadi peminat ayam kampung sejak ada kedai jual ayam kampung kat tepi umah aku. Dedulu, kalau dijemput makan ayam kampung memang aku tak lalu coz aku terbayang ayam yang dok merayau mematuk aper sajer yang dia jumpa kat kampung. Then pertama kali aku makan kat Andre Tg Malim, boss belanja hehehe heh sedap rerupanyer ayam kampung ni. Semenjak tu aku setiap minggu aku mesti pegi Hub Halal Tg Malim beli ayam kampung heheh. Mahal la skit ayam kampung ni. Sekor dalam RM13++ bergantung pada saiz. Goreng je pun sedap. Jiran aku kata kalau nak goreng ayam kampung ni jangan diletak garam kunyit, cukup dengan direndam dengan air garam then terus digoreng dalam minyak penuh. Aku belum cuba lagi. The other day aku letak bawang putih dan halia. I think i'm gonna give a try one day. Leh la compare mana sedap, letak garam kunyit ke rendam dalam air garam je. Tapi ari ni memang nak makan ayam kampung masak padang. Balik kerja dengan baju kerja pun tak salin aku terus masuk dapur...dan terhasil la.....




AYAM KAMPUNG MASAK PADANG

1/2 ayam kampung (cukup la untuk aku family of 4 plus my mom)
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk santan cair
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
2-3 batang serai - diketuk
3-4 biji cili kering - nak pedas letak la banyak.
1 keping asam keping
4-5 helai daun limau purut
1/2 inci kunyit hidup

Cara-caranya:
1. Kisar bawang, halia, lengkuas, kunyit dan cili kering.

2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk pecah hingga wangi dan pecah minyak.

3. Masukkan ayam. Ayam ni aku suka part yang bertulang i.e kepak, tengkuk, rib. Kacau rata.

4. Tambahkan santan cair dan asam keping. Biarkan ayam mereneh hingga empuk. Ayam kampung ni lama sikit baru empuk.

5. Bila ayam dah empuk, tambahkan santan pekat. Kacau hingga mendidih sekejap sahaja.

6. Masukkan daun limau purut dan dirasakan garam gula.

Semalam the menu was ayam masak padang, sayur aper nama ntah goreng belacan, ikan kembung goreng as well as ikan kering goreng. My Goddddd memang berselera makan. Wawa pun makan banyak :)

No comments:

Post a Comment