Saturday, September 5, 2009

Nasi Minyak Selasih


Dah abis idea nak masak aper for iftar ari tu..tetiba ternampak pokok selasih yang subur kat yard bakang..leh gak improvise nih..sedap gak nasi minyak letak selasih..rasa lainnyer..bau selasih yang minty tu..kebetulan semua ingredients cukup..we all partnerkan nasi minyak ni dgn gulai darat daging..cuma malas nak buat acar..lagipun bulan posa..menu dah penuh meja from bazar ramadhan..





NASI MINYAK SELASIH

3 pot beras - for 4 pax (tu pun ada extra for sahur..)..guna beras basmathi lagi sedap
2 camb minyak sapi untuk menumis
1/2 tin susu cair
1/2 cawan tairu - susu cair campur dengan air limau nipis dan simpan dalam fridge selama semalaman

Rempah wangi:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
4 biji badam

Hiasan:
Daun selasih
Kismis
Bawang goreng
Badam panggang

Cara-caranya:

1. Cuci beras dan toskan.

2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan kisar dan rempah wangi hingga wangi dan garing.

3. Masukkan beras dan gaul dengan bahan tumis rata-rata. Masukkan air, susu, tairu dan sedikit garam dan nasi ditanak seperti biasa.

4. Bila nasi hampir masak, masukkan daun selasih dan kismis dan gaul rata-rata. Biarkan nasi masak.

5. Bila nasi dah masak..gemburkan nasi. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, badam panggang dan daun selasih yang dihiris.

1 comment: