Sunday, March 28, 2010
Nasi Beriani dan Daging Masak Hitam
Tetiba jer bangun tido ari terasa nak masak nasi beriani..ni kes tak puas ati dengan nasi beriani gam malim prima la ni..dulu2 masa mula2 dibuka nasi beriani kedai tu sedap sangat..harganya memang murah...tak sampai setahun beroperasi nasi nyer dh semakin tak sedap..tak rasa rempahnya...masamnya jer yg lebih..sebab tension punya pasal terpaksa la aku masak sendiri...beras basmathi lak tak der..semalam masa pergi Tesco Rawang lupa lak membelinya..jadi aku guna jer beras biasa yang ada dalam pantry umah aku..jadi itula hasilnyer..nasinyer tak runcing macam beras basmathi but the taste never failed! To go with nasi beriani, aku masak daging masak hitam dan senangin sweet sour...maklum la suami sakit jadi accessory nasi beriani pun terhad. Dalam nasi beriani aku tak leh letak badam, gajus or any nuts nanti hubby kembung.. dalca pun aku tak buat sebab hubby tak leh makan..terung kacang etc dlm dalca tu semua forbidden..kalau aku masak dia terliur..dia nak sentuh gak..kang dia sakit susah lak..jadi terpaksa la improvise. The most important is hubby's health...selera sendiri jatuh nombor 2 :))
NASI BERIANI
4 pot beras basmathi - cuci dan toskan (serving ni cukup la utk my family of 4 + my mom untuk lunch and dinner sekali)
1 tin susu cair - aku pakai brand Ideal
1 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 camb rempah beriani - bancuh dengan sedikit air...kalau terdesak pakai rempah beriani maggi pun boleh lah,
2 helai daun pandan - simpulkan
4 camb minyak sapi
2 biji tomato buah - potong dadu
sedikit safron
sedikit garam
daun ketumbar
1/2 ekor ayam - potong 6
Air mengikut sukatan beras
Bahan hias
gajus, almond panggang, kismis
bawang goreng
daun bawang dan daun sadri- dihiris
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan kisar dan rempah wangi (kulit kayu manis, bunga lawang etc) hingga wangi. Bila dah wangi masukkan rempah nasi beriani dan safron. Tumis hingga wangi dan garing.
2. Masukkan ayam, tomato dadu dan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
3. Masukkan beras, susu cair, air, garam, daun ketumbar dan daun pandan. Masak seperti memasak nasi biasa.
4. Bila nasi masak, gaul-gaulkan nasi supaya tidak melekat. Biarkan ia berderai. Jangan digaul kuat sangat nanti nasi patah, tak cantik.
5. Semasa menghidang, taburkan bahan hias.
DAGING MASAK HITAM
300 gm daging - dihiris, diperap dengan rempah sup, garam dan kunyit
1 biji bawang besar - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 camb rempah masak hitam - aku cuba rempah baru..brand 'Aween' beli kat pasar Tg Malim..1 paket = RM1.20..sedap..boleh beli lagi
2 camb air asam jawa
1 camb kerisik
2 camb sos tiram
Kicap manis dan kicap pekat/masin secukupnya
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan daging yang telah diperap hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan kisar dan rempah wangi hingga wangi dan garing. Bila dah garing masukkan kerisik, rempah masak hitam dan air asam jawa. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kicap dan sos tiram.
3. Masukkan daging dan sedikit air. Renehkan hingga daging empuk dan kuah pekat. Rasakan manis dan masin. Guna kicap manis dan kicap masin.
4. Taburkan daun sadri dan cili merah semasa menghidang. Makan dengan nasi putih pun sedap!
No comments:
Post a Comment