Wednesday, June 9, 2010
Ketupat Sotong
Menu untuk berbuka semalam. Kekonon nak buat banyak sikit, boleh la sedekah kat my neighbor, tapi sotong kat Pasar Behrang macam hidup segan mati tak mahu. Kat TF pun sama, semua ciput-ciput, sesuap jer sekor sotong tu. Last-last i picked up juga la a few. But pitty my husband, dia tak boleh makan pulut..so he just touched the squid heads je la..but here's the recipe for my visitors
KETUPAT SOTONG
8 ekor sotong segar - my budget is 2 squids for each family member
1 mangkuk santan pekat
1 cawan beras pulut - direndam semalaman
2 keping gula melaka
gula pasir secukup rasa
1 camt garam
1 camb halba
1 inci halia - dihiris nipis
2 helai daun pandan
3-4 batang bilah lidi sate - untuk mencucuk kepala sotong
Cara-Caranya:
1. Cuci sotong dan toskan.
2. Isikan beras pulut ke dalam perut sotong hingga separuh penuh dan dipinkan dengan bilah lidi di kepalanya seperti dalam gambar.
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan direnehkan di atas dapur hingga pulut masak dan kuah kepekatan.
4. Dihidang sebagai dessert. Sempurna juga sebagai kuih berbuka puasa di bulan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment