Saturday, April 23, 2011

Kuih Dadar Coklat

Pagi ni terasa nak makan yang lain skit for bekpes..asek-asek nasi goreng, tak pun bihun goreng, tak pun mi atau kuey tiaw goreng..pendek kata semua goreng2 lah..tak pun kekadang bekpes roti canai kat kedai mamak kalau malas nak masak...sesekali belasah nasi kerabu kedai tepi KTM lama kat pekan TM ni..semalam ternampak entry terbaru izzah muffin lover, dia buat kuih ni for bekpes pagi semalam..aku jenguk-jenguk dalam pantry semua ingredients ada, hmmm apa lagi, boleh la mencuba..aku geram tengok gambar yang izzah post kat blog dia..mengancam je..ingat aku ni tak der perasaan kerr? haishhh mana leh tahan..kena la try gak..dan hasilnya memang mabeles..syedap sangat..anak2 lak improvised letak inti peanut butter dan blueberry...rugi kalau tak cuba! tengkiu ye izzah sebab sudi kongsi resepi


letak inti dan gulung macam ni..









KUIH DADAR COKLAT

Bahan Inti Coklat

100 ml susu segar
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam


Bahan Bater Kulit Dadar

200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 sdt garam
2 sdm majerin/butter dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser


Cara-cara :

1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.

2. Kulit Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.

3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.

4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.

5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.

6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.

7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.

8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

Selamat mencuba!!

2 comments: