Saturday, April 23, 2011

Nasi Goreng Cina - My version

Ini untuk dinner malam ni...petang tadi dah makan baked macaroni for tea..jadi tanak la makan banyak sangat for dinner..aku cuma ratah tang ayam perciknya je..tang nasi goreng tu anak-anak dan encik asben yang makan..kekonon nak diet..tapi rasanya makin berat je badan aku nih!

Nasi goreng cina ni versi aku. Aku tak letak mix vegie macam orang selalu buat sebab anak-anak tak suka jagung dan kacang pea dalam mix vegie tu..jadi aku letak brocolli dan capsicum je..terpaksa la improvised nak meet d kids' taste..kalau tak, depah tak makan..kat sini aku post resepi nasi goreng cina je..resepi ayam percik aku dah post pada entry sebelum entry ini...untuk resepi ayam percik sila klik di sini...

Nasi goreng cina dan ayam percik...tapi belum curah kuah perciknya...




Dah curah kuah percik...jom makan!




NASI GORENG CINA

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi
2 biji telur
Sayur campur - aku tak letak, aku letak brocolli dan capsicum
3 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci belacan
1 camt serbuk lada hitam
2 camb sos ikan
Sedikit garam gula


Cara-caranya:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan belacan hingga lumat.

2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan sos tiram dan dikacau lagi.

3. Masukkan sayur-sayuran dan tambah sedikit garam.

4. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat hingga telur hancur.

5. Kemudian masukkan nasi. Kacau rata-rata. Masukkan sos ikan dan dikacau lagi. Sekiranya belum cukup masin boleh masukkan garam dan gula. Jika suka pedas boleh dimasukkan cili api potong. Aku tak letak sebab anak-anak tak leh makan pedas.

No comments:

Post a Comment