Monday, April 18, 2011

Udang Sweet Sour

Menu lunch hari ni..udang sweet sour..semalam (Ahad) pegi pasar ada jual udang besar...(well tak ler besar macam udang galah tapi besar ler dari biasa) selling at RM20/kg...aku beli la 1/2 kg..ikan tak banyak yesterday...tak comey lak tu...frust tul...baru jer cecadang nak buat ikan kembung ke ikan selar ke percik...syedapnya! Tapi tak per lah tak dapat ikan percik dapat udang sweet sour pun jadilah...








UDANG SWEET SOUR

Bahan-bahan:


10 ekor udang
3 ulas bawang putih - mayang
1 biji bawang besar - dice
4 camb sos sweet sour Life
1 biji tomato - belah 4 kemudian potong lagi 2
1 biji capsicum - potong panjang- panjang 1"
1 camb sos cili
1 camb sos tiram
Sedikit daun bawang


Cara-caranya:


1. Tumis bawang hingga garing. Masukkan semua sos dan sedikit air agar berkuah. Biarkan sos mendidih.

2. Masukkan udang dan dikacau agar sos meresap ke dalam udang. Bila udang dah masak masukkan buah tomato dan capsicum. Jika ada buah timun boleh juga dimasukkan. Aku tak letak sebab tak ada.

3. Semasa menghidang, hiaskan dengan hirisan daun bawang.

No comments:

Post a Comment