Monday, May 9, 2011

Chicken Puff

Buat chicken puff untuk tea petang ni...pakai ready made puff pastry beli kat bakery last week..selalu buat inti sardin..hari ni tukar selera la pulak..buat inti ayam dan kentang...masak fillingnya sambil masak lunch noon tadi..then petang ni baru buat puff..suka buat ni sebab senang dan cepat..

Chicken puff..pakai puff pastry beli kat Bagus Shah Alam..



Belajar buat bentuk puff macam ni kat blog CMG..





Inti ada lebih lagi...esok leh wat karipap..



Bentuk bantal lak...






CHICKEN PUFF

Recipe: mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

puff pastry secukupnya - aku guna yang gulung, jadi bila nak guna kena potong into desired pieces
1 biji kuning telur
2 camb susu segar

Bahan untuk filling:

1 cawan isi ayam - dadu
1/2 cawan kentang dadu
3 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
1 camb halia cincang
1 tangkai daun kari
2 camb rempah kari
Air secukupnya
garam gula
Daun bawang dan daun sup - hiris kecil
1 camb tepung gandum
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Sediakan filling. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis daun kari, bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan rempah kari dan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan ayam, kentang dan air. Renehkan hingga ayam dan kentang empuk. Rasakan garam gula. masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau sebati.

3. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga pekat. Ketepikan.

4. Ambil puff pastry. Potong mengikut bentuk yang digemari. Aku potong 4 segi sama saiz 3 inci x 3 inci. Letakkan sesudu filling di atas kepingan pertama. Ambil kepingan yang kedua dan letakkan di atas kepingan pertama yang ada filling tadi. Tekan tepinya dengan garfu.

4. Sapukan kuning telur yang dikacau bersama susu segar di atas puff. Bakar pada 175'C selama 5 minit atau hingga kulitnya keperangan. Puff hendak lah sentiasa disimpan suam supaya ia sentiasa rangup. Seeloknya makan panas-panas.



Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Assalam mieza,
    thanks sudi keblog akak yg tak seberapa tu ya..nice blog you have here..really admire, those cooking mums like you who can & have time to cook, compared to myself last time!..hehe..

    ReplyDelete