Sunday, May 1, 2011

Donut - Versi Saya Budak Baru Belajar

First time aku buat donut...sebab aku jeles tengok blogger masakan kat tenet ni masak macam-macam jenis donut..mana aku leh tahan..aku pun nak try gak..oleh sebab ini kali pertama aku buat donut jadi aku tak ler bancuh adunan sendiri macam blogger masakan yang dah otai tuh! Aku pakai donut mix yang aku beli kat Bagus Baking Solution Center semalam..aku tak tahu lah donut aku ni lulus atau fail sebab belajar tanpa cikgu memang macam ni la huhuhu..texture dia macam lembut sangat, kalau donut yang dok beli kat kedai tu macam kenyal skit...ke sebab aku restkan dia lama sangat (aku rest kan dia dalam sejam)...kalau ada viewer yang nak bantu memang menghargai sangat!

Oleh sebab aku pakai donut mix yang dah ready jadi just add in telur, chilled water and yeast je la..aku follow je la instruction kat wrapper dia tu..tapi anak-anak cukup suka...zup zap zup tengok-tengok dah licin...memula aku buat donut ring salut gula icing...anak-anak suka sangat..then aku try donut inti..aku letak inti strawberry, tembak masuk dalam donut pakai syringe ubat anak aku hahaha...

Hasilnya ok la kot untuk first timer macam aku ni..nanti lain kali nak cuba buat adunan sendiri lah pulak..


My first home-made donuts..




Strawberry filling donuts..






The inside look..







DONUT BUDAK BARU BELAJAR

Bahan-bahan:

500 gm donut mix
250 gm air sejuk dalam peti ais
1 biji telur
10 gm yis
Gula icing secukupnya @ filling yang disukai
Sedikit tepung gandum untuk ditabur semasa menggelek doh


Cara-caranya:


1. Satukan donut mix, telur dan yis di dalam mangkuk. Putar dengan kelajuan perlahan sampai sebati.

2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diputar lagi dengan kelajuan perlahan selama seminit.

3. Ubah kelajuan mixer pada kelajuan laju selama 5 minit.

4. Tutup doh dengan kain lembap dan rehatkan selama 45 minit.

5. Keluarkan doh, uli dan gelekkan doh setebal 1.5 cm. Taburkan tepung gandum untuk mengelakkan doh melekat pada jari dan roller. Tekan dengan acuan donut.

6. Goreng dalam minyak penuh pada api perlahan hingga perang. Angkat dan toskan minyak.

7. Golekkan dalam gula icing untuk donut roda atau tembak masuk filling yang disukai untuk donut inti.


Puas hati walaupun donut aku tak secantik donut orang lain ahakkksss

No comments:

Post a Comment