Sunday, May 8, 2011

Mix Berry Yogurt Banana Muffin

Selamat hari minggu dan Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu..terutama kepada ibunda aku yang tercinta Bonda Nah Binti Hassan, dan bonda mentua yang disayangi, Bonda Salmiah..semoga Allah SWT saja yang membalas segala jasa baik kalian membesarkan anak-anak dengan sabar dan kasih sayang..huwaaaa terharunya...bila tengok wajah mak yang sudah berumur..tetiba rasa pilu bila terbayang ibu dah tak ada di sisi lagi nanti..Ya Allah..hargailah ibu selama mana dia masih berada dengan kita..

Hari ni tak masak banyak sebab kul 11 am dah kuar umah dan ke Rawang...ziarah kawan yang baru dapat baby..then jalan-jalan makan kat Domino's pizza...pastu singgah Bakery World kat Bandar Rawang beli a few baking ingredients..balik umah dah asar..tengok pisang berangan yang beli kat pasar semalam ada lagi..yogurt mix berry pun ada dalam peti mulalah dapat idea nak buat muffin mix berry yogurt and banana..

Resepi muffin ni aku ubah suai here and there dari resepi asal yang dah lama tertulis dalam cooking book aku...dapat 20 biji saiz papercup yang sederhana..kali ni aku dice pisang instead of mashing them..sebab aku nak ada rasa fresh banana kat dalam muffin..dan letak sedikit choc chips supaya ada rasa choc...moist sangat muffin ni..tak rugi mencuba!

half of the 20 banana muffins..



deco with a slice of banana on top...



side view...



off its 'shirt'..



moist look of the inside..



and wawa just loved it very very much! Makes mummy really really happy!




MIX BERRY YOGURT BANANA MUFFIN
Recipe: Mieza @ WAWMC

(produced 20 muffins)
Bahan-bahan:

240 gm tepung gandum - ayak
100 gm gula castor
100 gm mentega
200 gm yogurt mix berry - aku pakai brand dutch lady
60 ml susu segar
2 biji telur gred A
6 camt baking powder - ayak
2 cawan pisang berangan didadu
1 biji pisang - slice untuk hiasan
1 camt vanilla essence
Chocolate chips secukupnya
1 camt garam - ayak


Cara-caranya:

1. Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan vanila.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga gebu.

3. Masukkan susu dan yogurt dan pukul hingga sebati sahaja. Tutup suis mixer.

4. Masukkan pisang dadu dan choc chip dan digaul dengan menggunakan senduk.

5. Akhir sekali masukkan bahan ayak dan kaup terbalik bagi sebati sahaja. Sendukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Letakkan satu slice pisang hiris di atasnya.

6. Bakar pada 180'C selama 15 - 20 minit atau hingga masak bergantung pada jenis oven.

No comments:

Post a Comment