Thursday, July 14, 2011

Bawal Dalam Sos Nyonya

Apa khabar semua...harap semuanya baik-baik saja..mieza hari ni EL, tak pergi kerja...babysitter mieza kematian bapa mentuanya jadi dia terpaksa balik kampung hingga esok (Jumaat) jadi terpaksa lah mieza EL untuk jaga baby..esok suami pula cuti sebab mieza ada meeting petang esok...



Pagi ni mieza nak share resepi ikan bawal ni yang dimasak pada petang Selasa lepas..kekonon mieza nak post malam semalam lepas balik kerja, tapi kepala ni sakit dok nyut nyut je dia..jadi mieza ZZzzzzzzzz awal semalam...semua phone call or sms mieza tak layan sebab dah fenat dan migrain...

Resepi ikan ni mieza dapat dari satu majalah lama yang mieza baca sewaktu tunggu giliran kat kinik...mieza snap je resepinya pakai camera phone...tapi terlupa nak ambik nama magazine dan bulan keluarannya...resepi sos nyonya ni sedap sangat, hubby memang suka dia bagi rate 9/10...bila tanya kenapa bukan 10/10? katanya sebab tak cukup pedas...mieza memang tak berani nak letak cili api banyak-banyak sebab suami sakit gastrik..tapi dia pulak komplen tak cukup pedas...haishhhh kang mieza buat pedas menyengit dia pulak yang sakit...suami mieza memang suka yang pedas, tapi kena lah berpantang ye dear..

Jom tengok resepinya..

BAWAL DALAM SOS NYONYA
Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal - cuci dan kelar badannya
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 sb air asam jawa
1 sb perahan jus lemon
4 tangkai daun limau purut
4-5 tangkai daun kesum
2 sb sos tiram

Bahan kisar:
1 biji bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1 inci halia
Sedikit kunyit hidup
1 kuntum bunga kantan
5 biji cili merah
3 biji cili api - jika suka lagi pedas
2-3 batang serai

Cara-cara:

1. Ikan bawal di sapu garam kunyit dan digoreng hingga masak dan garing. angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak. Tambahkan sedikit air jika perlu.

3. Masukkan air asam jawa, daun limau purut, daun kesum,jus lemon dan sos tiram. Tambahkan garam gula secukup rasa. Kacau sebati dan reneh hingga daun kesum kecut.

4. Angkat dan tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng.


10 comments:

  1. mmmm..ada gak idea utk masak buat berbuka nanti..wah!hari ni EL dapatlah dok depan lappy lama2 ya.hehe

    ReplyDelete
  2. selamat pagi Mieza,
    kalau dah kepala nyut nyut nyut, migrain... memang tade cara lain, berehatlah, tenangkan fikiran... paksa diri buat itu ini pun, nanti tambah melarat pulak sakit tu.... tengok ikan bawal tu teringat masa kecik2 dulu, arwah bapa selalu belikan kami ikan begini...dah lama sgt tak makan ikan bawal.

    ReplyDelete
  3. @ kak anymz
    posa ka hari ni? alhamdulillah...mieza off posa hari ni sbb tk sihat..esok sambung blk posa..masak la ikan mcm ni, mieza rekemen, sedap! Selamat berbuka kak!

    ReplyDelete
  4. @ kak amie
    mieza suka tgk kak amie tayang mcm2 ikan yg mieza blm kenal..nnt kak amie msk mcm ni ye..cuba tau..sedap kak! Alhamdulillah pg ni ok sikit sakit pala ni..tp ada lagi nyut nyut nyer..huhuhu nak manja dgn kak amie suh picit aaaaa hehehhe

    ReplyDelete
  5. salam mieza...tgk bahan2nya pon dah tau sedap!.mintak izin copy resepi yer..

    ReplyDelete
  6. @Atie
    copy la atie..nanti atie cuba ye..insyaAllah sedap! Dan makan byk2...burp!!! hah dah kenyang dah perut mieza nih!

    ReplyDelete
  7. Absolutely fantastic, this your blog was really amazing and informative also. Visit for
    SEO Service in Delhi

    ReplyDelete