Thursday, July 7, 2011

Cheddar Cheese Muffin



Dah lama nak makan muffin...bila nampak orang tayang muffin mula la meleleh air liur...siang tadi ada 2 pilihan nak buat muffin, sama ada nak wat muffin ni atau muffin lemon yogurt...finally chose this one..sebab teringin nak makan cheese...nak menggemukkan badan la tu...kuang kuang kuangggggg



Muffin ni dah lama mieza simpan resepi yang dicopy dari My Resepi...muffin sapa lagi kalau bukan muffin CMG yang glamer tu...dah lama nak mencuba...tapi asek tergendala sebab selalu terlupa nak beli cheddar cheese parut...



Komen mieza...emmmmm muffin sedap, lemak, tapi kurang manis..masa mieza tengok resepinya macam tak caya gulanya 2 sudu teh..jadi mieza guna sampai 20gm...pun belum manis..jadi kalau sesiapa yang suka manis, lebihkan la tang gula tu...ataupun sprinkle kan lebih gula icing...macam my gals depa tuang chocolate syrup Hershey's..memang mabelessssss! lemakkkk sangat muffin CMG ni..agak-agaknya lemak macam tuan punya resepi la kot...dan satu lagi, muffin ni naik membukit...walaupun letak 3/4 cup tinggi naiknya...jadi next time mieza ingat nak letak 1/2 full je sebab tanak dia membukit sesangat...pastu tadi mieza lupa...pi setkan fan assisted kat oven tu..jadi muffin mieza naik senget! wakakakaka...sepatutnya masak muffin tak leh letak fan assisted...haiiiiyyyyyaaaa macam mana la leh lupaaaa kan dah tak lawo...huhuhuhu...




CHEDDAR CHEESE MUFFIN
Recipe: CMG @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( 12 biji )

Bahan A:-)

175 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
50 g parutan keju cheddar

Bahan B:-
50 g mentega, dicairkan
2 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
120 ml susu segar
2 camca teh gula halus - tadi mieza guna 20 gm
1 ulas bawang putih, dicincang halus (tak suka, tak payah letak) - mieza ganti dengan 1/2 st serbuk halia

Bahan C:-)

Sedikit parutan keju cheddar untuk hiasan
Sedikit gula aising


Cara-cara:


1. Panaskan oven pada suhu 180C. Siapkan 12 biji bekas muffin atau alas muffin pan dengan paper cup yang sesuai. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan2 A dalam satu bekas, gaul rata. Ketepikan.

3. Satukan semua bahan2 B dan kacau dengan wisk hingga semua sebati. Tuang ke dalam adunan A tadi dan gaul hingga rata dan mesra.

4. Sudukan ke dalam muffin cup atau bekas yang telah dialas dengan paper cup tadi sebanyak 3/4 penuh. Tabur sedikit keju parut atas adunan muffin. Bakar 20 - 25 minit.

5. Sejukkan atas jaringan. Bila betul2 sejuk, ayakkan gula aising....Hidangkan untuk minum petang


Oleh sebab muffin ni lemak dan kurang manis jadi mieza makan dengan chocolate syrup Hershey's

9 comments:

  1. walaupun cheese itu bisa menggemokkan, tapi sy tetap suke cheese! sedapnye!!!

    ReplyDelete
  2. @ nani
    apa2 yg bercheese mmg sedap kan nani..sama2 la kita gemuk uhukksksss

    ReplyDelete
  3. gebunya mapin tu...
    geramm mas tengok...

    ReplyDelete
  4. @ Mas
    lagi akak geram bila tgk roti mas tauuuuuu...sangat gebu..hahahah TQ dear!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Salam kenal. Tadi nampak kat duniaku. Saja mai singgah sini. Nampak best le muffin ni. Saya baru nak belajar memuffin diri.

    ReplyDelete
  6. sedapnya macam nak buatlah pulak..akak ambil resepi nasi ketumbar stail kamu masak.

    ReplyDelete
  7. @ Kak Sam
    Selamat berkenalan...Duniaku tu is one of my fav blogs kak..Terima kasih sudi singgah dapur mieza...nnt jemput dtg selalu :)

    ReplyDelete
  8. @ Kak Ina KL
    Mieza dh tgk nasi ketumbar akak..ya Allah cantik kejadian nasi ketumbar akak berbanding mieza punya...suka baca cerita akak kt blog akak tu :) Selamat berkenalan kak!

    ReplyDelete