Friday, July 29, 2011

Kuih Bom



Alahai udah lama benor tak makan kuih ni..dulu selalu ada jual kat kantin tempat kerja..tapi sekarang ni dah jarang depa mengebom..then hari tu nampak kuih ni kat umah kak inahar..aisehhh tak tahan den..tapi mieza tak ikut resepi kak ina sebab tak der keledek/kentang jadi mieza ikut resepi kat MyR ni..sebelum buat tu ada la gak mieza baca komen-komen orang yang dah penah buat..dan seboleh mungkin mieza cuba follow nasihat orang terdahulu ie macam mana tanak bagi kuih ni meletup..sekali bila masuk dalam minyak panas..memula ok lagi..dah lama skit dia mula meletup pop pop pop..agaknya dari situ lah datangnya nama kuih ni..yang mieza tayang sini pun yang dah ditapis hihihi..meletup haaaa kuih bom aku kakakaa..nanti len kali mieza nak cuba resepi kak inahar lak..dan letak potato..kot kot la tak meletup lagi ahakkkss




KUIH BOM
Source : Noreen @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

50-60gm bijan
Minyak utk mengoreng

Bahan-bahan doh:
200-240gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
190-200ml air
Sedikit garam

Bahan-bahan inti kelapa:
60g gula melaka/gula merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut

2. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering

3. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh

4. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula

5. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat

6. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan. Dan siap untuk dimakan

Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:
1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.

2. Minyak jgn terlalu panas.

3. Jgn menggoreng terlalu lama.

4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.


4 comments:

  1. Salam kak mieza!!! kuih bom kuih kegemaran kita biasanyer yg ilang dulu bijan2nyer hihihi puas korek bijan baru ngap semua :D byk ketinggalan ni kak, aiseeyyyy sume sedap2 belaka! kita ni baru nak panaskan enjin berblogwalking hihihi... tak larat dah ni baru 7 buah rumah termasuk umah akak, kena ikut turn yg ada kat komen kat n3 kita hihihi...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mieza...
    dah lama akak x makan kuih bom nie tau... tgk dah ramai dah buat kan.... nampak sedap plak tu... teringin nak mkn tp buat M.. ehhehehee.. meh bagi akak ckit mieza.. sedapnya tu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak mieza!! dah lama tak makan kuih bom! tak pernah pulak makan yg inti selain kacang...macam takot pulak nk try buat..nanti meletop!

    ReplyDelete
  4. @ ika
    hari tu nampak ika buat guna bijan hitam..lawo gak kan..ika ni macam anak akak suka mkn bijan dulu hehehe

    @ kak diana
    meh jemput makan sesama..mieza pun teringin nak jumpa kak diana yg sangat awet muda ini..nk interview apa rahsianya :)

    @ nani
    ooo nani suka inti kacang..akak ni suka inti kelapa..memang susah nak buatnya meletop je..nnt kita cuba resepi kt blog kak inahar guna keledek..katanya tk meletop :)

    ReplyDelete