Sunday, July 10, 2011

Seafood in Four Sauce

Selamat pagi minggu...sedang buat apa tu? Sedang fikir-fikir apa nak masak untuk lunch ye? Kalau ada seafood kat umah tu apa kata cuba resepi mieza ni...hari Khamis lepas mieza buntu tatau nak masak apa sebab freezer hampir kosong..cuma ada 6 ekor udang dan 3 ekor sotong saiz agak besar..laci sayur dalam fridge dah kosong..pikir-punya pikir last last mieza belasah resepi ni..Alhamdulillah turn out delicious..suami dan anak-anak puji sodap mama masak ala-ala paprik sebab mieza letak daun limau purut...



Mieza namakan resepi ni Seafood in 4 Sauce sebab mieza guna 4 jenis sos...cadangnya nak post resepi ni semalam lagi tapi balik dari Family Day opis pun dah pukul 4 petang, then mieza diserang migrain sebab panas dan pulun main kuat sangat...(gian nak bersukaneka sebab dah lama tak main)..semalaman mieza sakit kepala sampai tak leh bangun...baru pagi rasa sihat dan ada tenaga nak merempit di dapur mieza yang bersaiz sekangkang kera tuh...

Meh kita tengok resepinya...


SEAFOOD IN FOUR SAUCE

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

3 ekor sotong saiz besar - cuci dan potong bulat
10 ekor udang saiz besar
1 ekor ketam - belah 4 (mieza tak letak sebab ketam tak ada hari tu)
3 biji bawang putih - ketuk dan cincang
1 biji bawang besar - hiris
1 inci halia - hiris jejari halus
2 sb sos tiram
2 sb sos sweet sour
2 sb sos hoisin
2 sb sos plum
Sedikit sos ikan
5 helai daun limau purut
Daun bawang dan daun ketumbar - potong sepanjang 1 1/2 cm panjang
1 biji tomato - belah 8
1 biji cili merah - hiris
Sedikit carrot - potong form free
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga perang dan wangi.

2. Masukkan semua jenis sos dan 1 sb air. Kacau sebati.

3. Masukkan seafood dan carrot dan kacau rata. Tak perlu tambah air sebab nanti air dari sotong akan keluar dan sos akan menjadi sedikit cair. Kacau seketika hingga semua seafood masak.

5. Masukkan pula tomato dan laun limau purut. Kacau rata. Akhir sekali hias dengan cili merah dan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.

6. Angkat dan hidang. Mieza makan dengan nasi putih!


8 comments:

  1. sos hoisin tu mcm mana la pulak...mcm sedap betol ni taruk byk2 sos. sy kenal sos tiram je kalau yg pelik sikit pon. hihih

    ReplyDelete
  2. wah! nampaknya kak amie langkah kanan ni.... meh duduk sila ngadap menu yang sangat sedap ni...bismillah...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nengok seafood2 tu...teringin nak buat watermark macam tu... cammana ye?

    ReplyDelete
  4. @ nani
    sos hoi sin yg akak guna tu brand life..dia dlm botol mcm sos tiram juga..ada jual kat pasaraya..tk per nani, akak memula dulu pun byk yg tatau..sikit2 akak bajar,,insyaAllah lama2 jd tahu dan pandai :)

    ReplyDelete
  5. @ Kak Amie
    meh meh kita bersila je la..basuh tangan dulu, dan jgn lupa doa makan...sesama kita suap..1..2..3!!!!! hahahaha kak amie lg terer mcm2 ikan kak amie kenalkan kat mieza :)

    ReplyDelete
  6. @ Kak Yus
    Sbnrnya watermark tu laki mieza yg buat semua..mieza arahkan je hahahah mieza mmg tak reti langsung kak!

    ReplyDelete