Monday, July 11, 2011

Talam Labu



Assalamualaikum dan selamat pagi...apa khabar semua...wahhhhh di pagi Isnin ni semua orang bersemangat bekerja ye? Mieza pun tak leh nak berceloteh panjang sebab banyak sangat list dalam my to-do list...jadi meh layan talam labu yang mieza masak petang semalam untuk tea...



Jom tengok resepi...


TALAM LABU

Source majalah saji
Source:anymz my kitchen & izahdaut.



Bahan-bahan untuk lapisan bawah

300gm labu rebus yang dilecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan
250 gm gula pasir
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila
Sedikit pewarna kuning


Bahan-bahan untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


Cara-cara:


Untuk lapisan bawah

1. Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati kemudian tapis. (Mieza blend semua bahan termasuk labu)

2. Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.

3. Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.

4. Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu


Untuk lapisan atas

1. Masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan labu tadi dan kukus semula selama 10 min.

2. Bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.



2 comments:

  1. comel2 aje rupe talam ni..buat seketul2 senang budak2 nk makan..

    ReplyDelete
  2. @ nani
    akak suka buat kecik-kecik mcm ni sebab akak memang fail bab nak potong2 ni...bila buat kecik2 mcm ni senang..terus ngap masuk mulut :)

    ReplyDelete