Thursday, September 15, 2011

Black Pepper Stir Fried Deer Meat



Assalamualaikummmmm..waaaaa rindunya mieza nak berblogging...tapi tak sempat wehhhh..sekarang ni mieza kat Lumut, Perak, untuk mensyuarat finalise soalan final exam student Politeknik MOHE..dari monday mieza di sini...bekerja sampai 12.30 mid nite..badan pun dah sakit-sakit sebab otak kerja tak henti-henti...tak sabar rasanya nak tunggu noon ini untuk balik...mieza punya part dah siap tapi tak dapat juga mieza nak balik awal sebab kawan yang tumpang kereta mieza belum siap jadi terpaksa juga tunggu dia...sambil tunggu-tunggu ni sempat la mieza berblogging di cafe hotel yang baru ni...hotel ni hotel baru..biliknya sangat luas dan selesa..bilik air pun masih berkilauan...heheheh

Kepada pengunjung yang tinggalkan komen insyaAllah malam nanti bila mieza dah sampai ke umah mieza akan balas komen dan mieza akan berkunjung ke blog rakan-rakan sekali..rindu nak tengok rakan-rakan masak apa ye...pasti nya best belaka...ada ke kawan-kawan yang buat open house..jangan lupa jemput mieza sekali :)

Jadi oleh kerana mieza ni kat lumut makan semestinya daging rusa ni tidak lah mieza masak hari ni heheheh...ini masakan dah lama...cuma tak sempat nak upload dek bebanan kerja yang banyak..alhamdulillah data research mieza yang sebanyak 400 survey tu dah siap mieza key in semalam...hari ni mood untuk update blog sudah datang hihihihi



Dulu mieza dah masak resepi ni di sini..tapi mieza tak guna deer meat..cuma guna beef..tapi resepi yang sama..

BLACK PEPPER STIR FRIED DEER MEAT

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
300 gm daging rusa - hiris nipis dan cuci
1 inci halia - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 1/2 lada hitam - tumbuk
1 biji bawang besar - belah 8
2 camb minyak masak untuk menggoreng
2 camb sos lada hitam
1 camb sos tiram
1 biji capsicum - hiris panjang
Segenggam kacang pea - buang urat belakang
Sedikit carrot - potong sepajang 1 inci
1 biji tomato - belah 8


Cara-caranya:


1. Daging yang telah dihiris dan dicuci diperap dengan sedikit garam dan kesemua bahan tumbuk selama 30 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng daging yang telah diperap dengan sedikit air hingga empuk. Kalau tak empuk boleh tambah air lagi.

3. Bila daging dah empuk, biarkan air kering. Kemudian tambahkan sos tiram dan sos lada hitam. Kacau rata.

4. Masukkan sayuran dan bawang besar, kacau sebati hingga sayuran empuk tetapi jangan sampai benyek. Rasakan garam gula. Akhir sekali baru masukkan capsicum dan tomato. Kacau rata.

5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


8 comments:

  1. nani suka sgt makan daging rusa...tak ada lemak, daging pon lembut aje kalau kene cara masaknya...kat sini daging rusa baru RM13 sekilo. tapi dah lama tak beli ni...

    ReplyDelete
  2. uwaaa..sedapp tu..
    terliur mas nengoknya...
    rasa nak cari nasi panas jerk...he3

    ReplyDelete
  3. sedapnya tgk menu nie mieza.. tp kena ler guna daging lembu jer... hehehheee.. kalu x nnt x reti nak telan pun.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalam Mieza,
    sibuknya dia sekarang ni.... Kak Amie pulak asyik terbongkang,buka blog pun kejap-kejap je, masih kurang sihat.... masak pun dah jarang-jarang sejak balik beraya di kg,tak sabar nak aktif semula di dapur...

    sedapnya Mieza masak daging rusa tu... teringat serunding rusa... he heheh...

    ReplyDelete
  5. daging rusa.. tak pernah makan tau.. tentunya sedap... susah nak dapatkan daging ni

    ReplyDelete