Friday, October 21, 2011

Chicken Wrap

Salam hari Jumaat semuaaa...pekabar? Mesti sihat-sihat dan baik-baik aja kan..maklumla hari Jumaat..esok cuti..tapi mieza memang tak leh cuti minggu ni..esok mieza kena bawa anak ke school tadikanya sebab ada sukaneka..ahad lak kena bawa dia ke pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian beragam sempena pesta konvo politeknik pulak..pada masa yang sama mieza kena hadiri raptai konvo coz kali ni mieza terpaksa jadi pembaca nama graduan..jadi terpaksala tinggalkan anak-anak mengaler dengan papanya dan mamanya lari ke raptai...sebelah malamnya pula mieza kena siapkan tempahan makanan VIP sempena konvo pada hari seninnya..selesai je konvo terpaksa lak menumpukan perhatian kepada kerja-kerja audit MQA..moga-moga mieza bertambah kurus ahakkksss

Apa-apa pun kita makan dulu lah kan..wrap ni hidangan dinner semalam..hahahaha jangan tak caya dah 3 hari mieza tak makan nasi tau coz sedang dalam misi 'nasiless' untuk menguruskan badan mieza yang dah demuk ni..menci tau bila semua orang kritik kata mieza semakin demuk..TIDAKKKKKKKKKK! hehehe jadi sebab tanak makan nasi maka mieza makan wrap ni je..tapi kan kekonon makan wrap coz tanak makan nasi takut demuk..tapu makan sampai 2 wrap..macam mana nak kurus??? haaaa sila beri pandangan..




CHICKEN WRAP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
1 paket tortilla - ada 10 keping..ni mieza beli kat cold storage, RM9.90 sepaket..

Inti:
1 biji bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
2 cm halia - cincang
1 biji ccapsicum merah - dadu
1 biji tomato buah - dadu
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk jintan manis
Sedikit daun sup
3/4 cawan carrot parut
1 cawan kubis - parut
Olive oil untuk menumis
5-6 ketul nugget ayam - slice. Boleh guna ayam bahagian dada yang dislice kan isinya..mieza kehabisan stok ayam, jadi mieza bedal je pakai nugget hehehe
mayonis secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Cili sos
Garam gula

Cara-cara:

1. Siapkan inti. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga perang.

2. Tambahkan serbuk lada hitam dan serbuk jintan manis. Kacau rata.

3. Masukkan nugget yang telah dihiris nipis dan masak hingga nugget masak.

4. Bila nugget dah masak,masukkan sayuran. Mieza tak masukkan kubis ke dalam inti sebab anak-anak tak suka kubis..

5. Akhir sekali masukkan mayonis, thousand island dan garam gula. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.

6. Ambil sekeping tortilla. Letakkan inti ayam diataskannya seperti membuat ketayap.



7. Gulung tortilla.



8. Potong 2 jika suka..jika tak suka bedal je la makan tanpa potong..cepat sikit kenyang hehehehe



9. Susun dalam piring dan hidang..


Ini la tortilla yang masih dalam wrapper in case kawan-kawan nak membelinya nanti..ada pelbagai brand..mieza sengaja pilih yang ini :)


SELAMAT MENCUBA

8 comments:

  1. Salam Kak Mieza..haaaa lepas ni tak yah gi KFC lagilah yaaa kalau nak makan tortila ni

    ReplyDelete
  2. hihih...lucu la kak mieza ni...sama la ngan nani. konon2 xnak makan nasik, tapi baham karipap 5 bijik. cemane tuh? huhuh

    ReplyDelete
  3. Salam mieza ,kak ros suka guna tortila untuk buat enchiladas makanan mexico.

    ReplyDelete
  4. Salam kak.. ita pun suka wrap kak tapi lama ta beli.. dulu rajin.. ita suka gak makan simple2 macam ni.. tapi bila sedap macam akak kata makan banyak sekali mana naik badan hahahha

    ReplyDelete
  5. @Sue..mana leh tanding KFC sue oii..KFC kan the chicken expert :)

    @Nani..yang tu tak leh wat apa la nani..niat utk diet tu sentiasa menebal tp nak melaksanakan tu yang errrrr malas heheheh

    ReplyDelete
  6. @Kak ros..enchiladas? Huwaaaa tk pernah dengar..ada resepi kat blog tak kak..nak nerai la ni :)

    @Ita..tang mkn mmg sedapkan ita yang tak sedap ialah bila memandang penimbang..menci jer tgk angka terus menerus meningkat setiap kali timbang..

    ReplyDelete