Tuesday, October 18, 2011

Kuih Bakar - Cara Impiana KLCC

Selamat pagi semuaaaaa...dah breakfast? Mieza ni tengah invigilate exam students mieza..sementara depa jawab peksa biar lah mieza dok depan lappy ni..sebenarnya nak kena siapkan minit mesyuarat sebab Khamis nak bermesyuarat lagi...maklumla nak audit MQA..mieza ni setiausaha..tapi sebelum buat minit, mieza curi seminit dua nak update blog..



Pagi ni mieza nak kongsi resepi Kuih Bakar..kuih kegemaran suami..dah lama buatnya..tapi baru nak update..sebenarnya mieza kurang puas hati dengan kuih ni..bukan tang rasa..rasa nya bagi mieza sangat sedap..lemak dan tak manis sangat..yang mieza frust tang hangit tepi tu..hubby memang suka yang hangit tepi..tapi bagi mieza penampilan tak comey gitu..banyak kali mieza buat..tetap gak hangit tepi...ada tak petua apa-apa untuk tak nak bagi hangit tepinya? Ke oven mieza yang tak betul? Tak per lah..rupa hangit sikit..tapi rasa mieza suker..kawan-kawan kena cuba tau..



Resepinya adalah pemberian kawan mieza..old classmate..katanya dia dapat dari kawan yang kerja kat Impiana KLCC..sedap kuih ni..traditional, yet very very delicious!


KUIH BAKAR
Recipe: Impiana KLCC
Source: Kak Nonee



Ingredients

• ½ cup sugar
• 1/2 cup pandan juice (from 5 medium size leaves- selepas blend dapat 1 cawan, guna ½ jer…)
• 1 cup flour
• 225ml thick coconut milk
• 2 eggs - size C
• a pinch of salt
• 20 gm creamer (coffeemate 4 sachet x 5 gm)
• a handful of sesame seeds, lightly roasted

Methods:

1. Pre-heat your oven at 180C.


2. Next, mix all the ingredients together until they are well combined.

(blender kan jer…senang)

3. Then pour the mixture into a baking tin.
(gores minyak sikit supaya tak lekat, mieza guna acuan kuih kemboja)

4. Fill it half a centimetre from the top.



5. Bake for 40 to 50 minutes at 180C.



6. Sprinkle sesame seeds when it is almost done. Cut into thick slices when serving.




ENJOY BAKING

11 comments:

  1. salam kak.. sedap kuih bakar lama ita tak buat.. kak kek marble bawah tu cantik kemas je

    ReplyDelete
  2. teringat masa dolu2..kuih ni kegemaran arwah ayah ucu..

    ReplyDelete
  3. ni kuih ni bonda kakak panggil kuih baulu kemboja... sedap tau, selalunya bonda beli di pasar Ahad di Sungai Buluh.... wangi je...

    ReplyDelete
  4. nyum nyum...xsabar nk cuba buat kuih bakor ni..tq 4 sharing..^_^

    ReplyDelete
  5. Salam Mieza..Liza follow yer..jemput singgah blog liza yer..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mieza,

    aduhai sedapnya kuih bakar tu...eh kak Nur dh kecur nie...nk sepotong buat minum petang nanti....hehe amacam boleh tk??

    ReplyDelete
  7. Salam...Sedapnya kuih bakar ni..Saya kalau betul2 boleh abis separuh tu..he he he buruk betul kannnn....

    ReplyDelete
  8. @Ita..kuih bakar ni mmg sedap ita..traditional tapi sedap..cuma presentation mieza tak cantik huhuhu

    @ Ucu..kuih ni memang menjadi kegemaran orang2 lama..mak mieza un suka kemain lagi dia ..siap suh buat lagi esoknya..

    ReplyDelete
  9. @Kak amieeee...muah muahhhhh windulah dgn akak..ye kak sesetengah orang panggil kuih ni kuih kemboja..may be sebab dulu2 orang kemboja suka buat hehehehe

    ReplyDelete
  10. @Fiza..TQ sudi berkanalan dan follow blog akak..nanti fiza buat dan tunjuk kat blog fiza ye :)

    @Liza..nama kita hampir lama la heheh selamat kenalan..:)

    @Kak Nur..meh la minum petang sesama..atau nanti mieza pos ke singapore nun..jauhhhhh :)

    ReplyDelete
  11. @Sue..kalau food yang kita bukan je separuh sue oiiii sebiji pun boleh dihabiskan..buruk ke lawa lantak, kita bedal je sue..janji puas heheh

    ReplyDelete