Wednesday, November 9, 2011

Ayam Beriani

Semalam mieza dah postkan resepi Nasi Kabsa..kekononnya mieza janji nak post resepi ayam ni malamnya..tapi malam semalam anak-anak minta mieza temankan depa tengok movie Al-Hijab..nak tengok tanpa mama takut kata depa..jadi mieza teman kan la anak-anak..si kecik umar ditidorkan oleh papanya..bila habis cerita al-Hijab tu dah pun pukul 11 malam..mengantuk la pulak mieza nak update blog...di pejabat hari ni memang mieza tak menang tangan, nak buka blog pun tak sempat..tu la kan, orang lain mula kerja semalam..mieza gatai nak cuti lagi..kan dah banyak kerja yang tertunggak yang belum dibereskan...



Malam ni tak dapat mieza nak celoteh panjang sebab suami kena kerja sampai lewat malam..tak der saper nak tengokkan baby umar..jom tengok resepinya..resepinya mieza adapt dari resepi mrsdayat @ MyResepi


BERIANI AYAM
Resepi & Source: mrsdayat @ My Resepi
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 4 org )

setengah kg daging lembu (potong kiub)- mieza guna ayam
setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato - mieza guna tomato sup
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani - mieza guna brand baba's
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt





Cara-cara


1. Gaul daging/ayam dgn yogurt. Sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)

2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yang dihiris. Biar bwg agak garing sedikit
masukkan baki bawang-bawang yg diblend. Kacau sampai naik bau

3. Masukkan daging/ayam..gaulkan.

4. Masukkan tomato dan cili hijau. Cili tu takyah hiris.masuk sebijik-sebijik..

5. Masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (Pastikan kuah tu sama rata ngan daging. Kalau tak rata...bule tambah air)

6. Ambil seketul daging, picitkan..utk tgk dah lembut atau belum.

7. Bila daging dah agak-agak empuk,masukkan sos/sup tomato,tomato puree dan susu cair. Kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..

8. Last skali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..buleh la di hidang bersama nasi baryani...mieza hidang dengan nasi kabsa

9. Update:..lupe lak nk bgtau..bule juge ganti daging ni ngan kambing or ayam.kalo kambing ikut je care ni.kalo ayam,goreng skjap(jgn smpai garing) ayam tu..baru masuk dlm kuah..=)

10 comments:

  1. salam kak.. nasi kabsa bawah tu memang menarik.. ken acuba la nampkanya.. makan dengan ayam ni ye.. yum yumm nasib dah malam kalau tak dah gi dapur mencuba ..:)

    ReplyDelete
  2. selamat malam Mieza....
    laparlah perut bila tengok menu yang ditayang....adeeehhhh balik dululah ye, nak masak maggie....

    ReplyDelete
  3. Ayam beriani mmg sedap mieza....ida pakai rempah pakistan, pun sedap..nyumm2

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Amie..sedapnya ayam ni...Kalau yang malas macam saya, makan ngan nasi putih pun best kan....he he he

    ReplyDelete
  5. wah rempah pakistan first time dengar..kat mana boleh dapat ek???

    ReplyDelete
  6. @Ita..nasi dan ayam ni kalau kena sentuhan ita dah kompom lagi mengancam..kak mieza mmg tabik spring hahaha..nanti ita cuba ye...dan postkan gambar :)

    ReplyDelete
  7. @Kak Amie cayang..menu megi tu utk alas perut je kan..nanti menu dinner nya mesti ada ikan..hehehe kak amie dgn masakan ikan nya yang pelbagai jenis..tapi megi tu masak lebih skit ye...org TM nak datang nih!

    ReplyDelete
  8. @Ida..kalau rempah pakistan mesti lagi sedap..mieza pakai brand baba's je..sebab tu yg mieza jumpa..nnt kita visit cold storage, kat situ byk rempah international :)

    ReplyDelete
  9. @Sue...sue tersilap nama tu..hihihi..ha ah sue..mkn dgn nasi putih pun sodap...tp kalau kena dengan nasi beriani mmg padanan yang amat serasi heeheh

    ReplyDelete
  10. @Totie...rempah pakistan kat jepun la kot..sebab ida japan yg bagi komen tu..meh kita kirim byk2 kat ida..boleh tak ida? heheh

    ReplyDelete