Salam hari Jumaat...waktu rehat di tengah hari ni mieza ambil kesempatan nak update blog jap...rindunya kat blog ni...hari ni memang kerja banyak sangat menanti mieza di pejabat..tapi tak kira lah nak rest jap sambil tengok blog...esok pula kenduri aqiqah baby Umar..insyaAllah mieza buat secara gotong royong di Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah, kemudian terus jamu pelajar muslim di situ...kawan-kawan pun dijemput datang..sila la..esok, sekitar jam 12 noon untuk jamuan...jadi petang ni insyaAllah mieza nak kukuskan sedikit pulut kuning untuk majlis aqiqah tersebut...mieza ni teruja lebih..maklum lah baru dapat anak laki-laki...rasa strong sikit bila ada zuriat lelaki..semoga Baby Umar membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada Tuhannya...
Entry mieza hari ni pasal Nasi Daging yang mieza masak semalam untuk dinner...kebetulan masih ada daging korban pemberian babysitter mieza..alhamdulillah...terhasillah nasi ni semalam..
NASI DAGING
Source: Salwahcm @ My Resepi
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan ( 5 orang )
1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia - kisar
1 biji bawang besar - kisar - mieza tambah
3 ulas bawang putih - kisar - mieza tambah
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
1 kiub pati daging Knorr - mieza tambah
sedikit garam
Cara-cara
1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
2. Basuh beras dan toskan.
3. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
4. Masukkan beras dan kacau sekejap.
5. Masukkan air rebusan daging dan kiub pati daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
6. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
7. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
Assalamualaikum Mieza,
ReplyDeletehaa hari ini cepat kak nur sampai sini...almaalum la pasal perut tengah lapar nie...eh mana pinggan kak nur?? Dh terliur ni...nk tambah 2 pinggan...hehe.
Salam Kak Mieza..Sedapnya nasi daging ni..nampak gayanya semakin meriahlah masing2 duk tayang resipi berasaskan daging kan...Sue pun belum fikir lagi menu untuk daging korban yang Sue dapat hari tu
ReplyDeleterasa mcm dah komen. tetibe hilang pulak..adoi...takpelah...komen lagi sekali. heheh..
ReplyDeletemacam meriah betol majlis akikah esok ni..kalau nani ada, nak juga tolong2 kak mieza...bestnye...
@Kak Nur..kalau mieza ke umah kak nur lak terliur dgn nasi bukhari tu..tak pernah lg wat..insyaAllah nak wat nasi tu ikut resepi kak nur..:)
ReplyDelete@Sue..meriah tu satu hal la..tapi ni edarah tinggi makin tinggi la kalau asek dok makan daging hahahaha..tu ada lg tu stok daging korban tu..nampak gaya minggu depan kena makan lauk ikan je la..hihihi
ReplyDelete@Nani..kalau la nani ada sini memang akak nak suruh nani datang memeriahkan lagi kenduri...semoga ibadah aqiqah esok mendapat keberkatan dariNya..insyaAllah :)
ReplyDeletesebenarnya kan...cheq sue selalu aje lalu jalan tu time nak balik dari TESCO @ JJ...nanti lain kali buleh la singgah... tolong cium Umar ye bagi phak cheq sue... :)
ReplyDeletesalam mieza...sedap nasi dgg tu..Liza pun dh lama xbuat..
ReplyDeleteliza doakan semoga majlis akikah besok berjalan seperti yg dirancang...Aminnn
nasi daging nyum sedapnya kak mieza kita ni masak..kak nanti try masuk master chef saya sokong akak..
ReplyDeleterajinnya Mieza masak nasi daging, kak Aime suka sangat... tapi akhir-akhir ni macam-macamlah kerja di sekolah, urus pendaftaran tahun 2012, laporan akhir tahun, mesyuarat itu ini dan entah apa-apa lagi, masak pun seadanya saja....leleh liur tengok nasi daging ni tau...
ReplyDelete@Cheq sue...ye ke cheq sue selalu lalu sini..cheq sue sebenarnya umah kat mana? lain kali cheq sue singgah ye..boleh kita borak2 :)
ReplyDelete@Liza..terima kasih banyak2 dear...insyaAllah kita sama2 berdoa agar majlis aqiqah berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah AWT..amin :)
ReplyDelete@Totie...ya Allah dik jangan disuruh akak mu ni masuk master chef..buat seluruh dunia gelakkan akak..hahahaha akak masak untuk ahli keluarga je dik...bila depa makan dengan kenyang akak rasa gembira yang amat :)
ReplyDelete@KAk amie..akhir2 tahun mmg begitulah kak..byk kerja yang nak kena setel untuk tutup sesi tahun ini dan pembukaan tahun baru..sama juga di politeknik ni...lebih2 lg saat pelajar nak peksa akhir sem..memang tak menang tangan..kekadang pensyarahnya makan megi je sebab nak cepat hahahaha
ReplyDelete