Tuesday, November 8, 2011
Roti Jala dan Kari Daging Kerisik - Masih dalam mood raya ^__^
Mieza ni masih dalam mood raya...ye la kan raya sekurang-kurangnye kena la 3 hari kan..haaaa sebab tu lah mieza masih bercuti hari ni..bukan apa masih dalam mood nak masak-masak...nak makan-makan..roti jala ni hidangan untuk tetamu mieza semalam...kebetulan ada kawan yang sedekahkan daging korban...dapat la mieza buat kari kerisik tu untuk jadi peneman kepada si roti jala...En Suami yang teringin nak makan roti jala...terpaksa mieza menjala selama 2 jam semalam...sebenarnya mieza menunggu kunjungan cousin mieza...katanya nak datang beraya jumpa auntie dia ni (mak mieza tu auntie dia) semalam...jadi mieza pun masak la..tunggu punya tunggu dah lewat petang tak kunjung tiba..bila mieza sms katanya tak jadi datang sebab pergi beraya di Shah Alam dan Kelang...alahai sayang, mieza dah menjala sampai 3 adunan...siapalah yang nak habiskan..terus telefon kawan sepejabat kot kot lah dia dah balik ke Tg Malim..nasib baik dia ada di TM, jemput dia datang dan Alhamdulillah dia datang lepas maghrib satu family...licin semua hidangan...lega mieza rasa bila masakan mieza habis..kalau tidak hati ni risau je sapa nak habiskan...jadi mieza ucapkan terima kasih buat kawan mieza, Lin dan keluarga kerana sudi menerima jemputan mieza..
3 adunan Roti Jala...adunan pertama memang tak sempat nak tengok..siap satu, satu lah dipulun oleh anak-anak mieza..depa tu semua suka dengan roti jala..atau anak yang tengah tu suka panggil "roti janda"
First 3 ketul untuk Encik Suami..3 ketul ni baru intro tau...hehehe
Bertemankan Kari Daging Kerisik
Roti Jala dan Kari Daging Kerisik is ready...
Hmmmm sapa nak? Cepat nganga, nak suap ni...
Half is gone already!
Burppppp! I'm full mama!
salam mieza...semlm pun liza buat roti jala jugak tp mkn ngan gulai itik....hihihi
ReplyDelete@Liza...d only time mieza mkn gulai itik cousin mieza yg masak..lepas tu dah tak makan lgi...roti jala memang kegemaran suami dan anak2 mieza..sentias sedap!
ReplyDeleteroti jala mmg feberet org kt umah ida gak mieza TAPI adehhh nk menjalanya bukannyer kejapkn....sekali sekala jer buat..tak der la selalu ida buat he..he sedapnyer mieza
ReplyDeletesukenye makan roti jala...dah lama x makan ni...nak menjala sendiri, malas yang amat..huhuh
ReplyDelete@Ida..mmg tepat sekali ida..makan mmg sedap tp bab nak menjalanya lama sungguh..kalau tak 2 jam mmg tak siap..itu pun mieza pakai 2 dapur..cepat la sikit..anak2 mieza suka dgn roti jala..tu yg kena buat selalu..:)
ReplyDelete@Nani..kalau malas nak jala sendiri, nani boleh upah org menjala tapi karinya nani buat sendiri..kalau time raya kekadang akk tempah roti jalanya sebab tak larat nak menjala..tp kari akk mmg buat sendiri...sebab caterer buat tak puas hati :)
ReplyDelete