Monday, November 28, 2011
Tuna Pizza - again and again!
Sabtu lepas jiran mieza jemput mieza menyertai rombongan kawin adik lelakinya ke Rawang..hubby kata ok, kita join je rombongan kawin tu sebab umah pengantin perempuannya depan Tesco Rawang, lepas kenduri kita shopping di Tesco..dah jalan-jalan ke Tesco balik umah dah maghrib..hubby kata perutnya masih kenyang makan nasi beriani kenduri...dia tak mau makan nasi, mieza jenguk-jenguk dalam pantry semua bahan nak buat pizza lengkap..kat umah ni anak-anak suka seafood pizza berbanding dengan pizza lain..hubby lak suka pizza peperoni tapi peperoni lak tak der..yang ada cuma tuna dan 2 ekor sotong...maka terhasillah pizza seafood ni...
mak memang tak makan pizza..hubby adun doh untuk 14" pizza, potong 8.alahai tak sempat nak kedip mata dah habis..hahahah seronok mieza..mieza dapat 1 slice..hubby 2 slice, baki lagi 5 slice 2 orang anak pompuan mieza yang pulun hehehe
TUNA PIZZA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Bahan doh:
250 pizza mix - mieza beli kat Bagus Shah Alam..nak pakai tepung gandum@tepung high protien pun boleh gakkk
5 gm yis
125 gm air
Bahan topping:
1 tin tuna flake in sunflower oil - mieza pakai Ayam Brand
1/2 biji capsicum hijau - dice
1/2 biji capsicum merah - dice, mieza tak letak sebab tak der stock
1/2 tin nenas cube - mieza tak letak sebab tak der stok
1 biji tomato - dadu
1 biji bawang besar - porong bulat
5-6 biji cendawan butang - mieza guna dalam tin, hiris
Sos thousand island secukupnya
Mayonis secukupnya
Mozzarella Cheese secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan untuk doh di dalam mangkuk penguli. Uli hingga menjadi adunan yang tidak melekat selama 10 minit. Mieza guna mesin. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga cuma mieza tak larat hehehe
2. Tutup doh dengan tuala lembap dan rehatkan sehingga naik 2 kali ganda. Sementara menunggu doh naik, celur udang dan sotong hingga masak dan toskan airnya.
3. Keluarkan doh, canai nipis. Letakkan doh di atas pizza pan dan bina edge (tebing) di sekeliling doh supaya sos tidak melimpah keluar nanti.
4. Sapukan doh yang telah dicanai dengan mayonis. Ratakan.
5. Tuangkan pula sos thousand island dan ratakan. Mieza suka letak banyak-banyak.
6. Taburkan nenas, bawang, capsicum,tuna, cendawan, tomato, dan paling atas taburkan mozza cheese.
7. Bakar dalam oven, 3rd rack dari bawah, 220'C selama 10 minit dan 5 minit lagi dibakar dengan menggunakan api atas sahaja supaya cheesenya terbakar.
8. Hidang dengan parmesan cheese..jom kita menggemukkan badan kita dan makan pizza!
selamat pagi Mieza...
ReplyDeletesedapnya tuna pizaa... dah jarang buat pizza sekarang ni sebab dah ada pizza hut kat sini, tapi sesekali nak juga buat sendiri, nak pilih bahan utk topping yang kita suka... sedapkan Mieza!
Salam Maal Hijrah buat Kak Mieza sekeluarga...
ReplyDeleteWahhhh, rajin betul akak yaaaa...Dalam duk kenyang2 balik kenduri sempat lagi tu buat pizza...
Sedapnya pizza makan time panas2...
Assalamualaikum Mieza,
ReplyDeletesalam maal hijrah buat mieze sekeluarga ya...
wah ada pizza....sedap nie kalau kak nur dpt rasa sepotong...haha.
@Kak Amie..dah petang baru mieza sempat bc komen..jd mieza ucap slmt petang buat kk amie heheh...sesekali je kak mempizza..kalau time malas tu ke pizza hut juga..cuma kalau dibuat sendiri boleh letak topping byk2..sedap sikit..kalau ke pizza hut tu sikit je topping nya..ytak puas :)
ReplyDelete@Sue..salam maah hijrah dan salam tahun baru..hubby akak ni sue kena makan on time dan tak boleh skip makan..jd walau masih terasa kenyang hasil makan kenduri dia kena dinner gak..sebab dia ni gastrik..jd kena lah masak hahahaha
ReplyDelete@Kak Nur..bukan sepotong je kak nur boleh rasa..berpotong2 pun boleh kak..janji kena dtg TM dulu :)
ReplyDelete