Assalamualaikum..sihat semuanya? Semoga sihat selalu...musim-musim hujan begini senang nak dapat penyakit/demam jika tak jaga makan minum dengan baik..elakkan minum ais banyak ye nanti sakit tekak ewahhhh macam puan doktor lak...heheh..kalau kat TM ni pagi hingga tengaharinya panassss tapi lepas zohor hujan lebat...sib bek la TM ni tak banjir, kalau banjir risau juga kan..semoga semua mangsa banjir selamat hendaknya..risau juga nak balik kelantan Xmas ni takut banjir..Kuala Krai tu kawasan banjir lak tu..haishhhh! susah hati!!
Tak per tak per, kita doa moga-moga dekat x'mas nanti banjir dah habis..insyaAllah...malam ni mieza nak share resepi kerabu ni..semasa kawan mieza berkunjung hari isnin lepas, mieza hidangkan kerabu ni sebagai salah satu hidangan untuk beliau dan suami..turn out suaminya suka sangat dengan kerabu mieza dan minta resepi..jadi malam ni dipostkan resepi kerabu ni khas untuk sahabat baik mieza yang tersayang...jangan lupa cuba tau..suami suka tu..moga kasih sayang di antara suami isteri akan berpanjangan..insyaAllah..
Resepi kerabu ni asalnya mieza adapt dari kerabu daging baba's yang mieza tonton kat TV1 iaitu rancangan Citarasa 1001 Baba's pada hari Ahad yang lepas jam 7.00 malam...resepi asal menggunakan daging dan pucuk paku tapi sebab hubby tak makan pucuk paku maka mieza tukar dengan pucuk pegaga yang mieza tanam sendiri di yard belakang..yok tengok resepinya..khas untuk Nik Zahrinawati Nik Zahari...
KERABU DAGING DAN PEGAGA
Resepi: Citarasa 1001 Baba's @ TV1, 11 Dec 2011, 7.00 pm
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan daging:
400 gm daging batang pinang
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan
1 sk serbuk sambar Baba's - mieza tak ada jadi mieza ganti dengan rempah kari Baba's
Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
Kerabu:
4 keping daun salad - mieza tak letak sebab tak der stok
200 gm taugeh - disiram air panas - pun mieza tak letak sebab tak der stok
100 gm pucuk paku - hiris dan siram air panas - mieza ganti dengan pegaga
1 biji bawang besar
1/2 bunga kantan - hiris
1 sk sos tiram
2 sb jus limau
1 sb beras goreng - ditumbuk
1 sk serbuk ketumbar
1 sb kerisik
4 biji cili padi - hiris
2 tangkai daun limau purut - hiris
1 sb gula
1 sb santan
2 helai daun kunyit - hiris
3 bji cili merah hiris
Cara-cara:
1. Perap daging bersama bahan perapan selama 1/2 jam kemudian gril di dalam grill pan yang digris dengan sedikit minyak zaitun sehingga separuh masak.
2. Angkat dan masak di dalam microvawe selama 1 minit.
3. Hiris daging nipis memanjang. Ketepikan.
4. Masukkan daging ke dalam semua bahan kerabu dan gaul sebati. Hidangkan mengikut kreativiti..
Dear Nik Tie..a very good luck trying this recipe out..i'm glad u and hubby liked it..it makes me happy looking at both of you enjoying ur dinner that nite..do visit again!
Mieza kecur airliur.Malam ni kak ros tak masak sebab little laling nak makan pizza.Kerabu ni buat k.ros lapar la pulak.
ReplyDeleteMemang nak cuba Mieza tapi ada beberapa helai daun pegaga je kat tepi laman... disini memang tak de jual pegaga...simpan dulu lah resepi ini ye..
ReplyDeleteSedap nmpk kerabu Mieza tuh... hb k.gee mmg suka ulam pegaga... bolehlah k.gee buat nanti yer Mieza...
ReplyDeleteSalam Kak Mieza..emmm nampak sedap gak kerabu ni yaaaa...Kalau dagingnya diganti ngan perut Ok juga agaknya yaaaa...almaklum kat rumah ni ada stok perut ½ kg..masih berkira-kira nak masak apa ni....
ReplyDeletesedapnyalah kalau dapat kerabu ni betul2 depan mata, tinggal ngap je...pastu telan n kenyang...
ReplyDelete@Kak Ros..wahh laling tu tukar selera omputih mlm ni ye..heheh..umah mieza ni selera kampung hari ni hahaha
ReplyDelete@Kak Amie..
Boleh tukar dgn sayuran lain seperti pucuk paku, kacang panjang, atau apa2 je..mieza suka kerabu jadi apa2 kerabu je mmg jalanlah dengan tekak mieza ni :)
@Kak Gee
ReplyDeleteKak gee cuba tau..pastu jgn lupa postkan gambarnya..ulam pegaga ni elok utk peredaran darah dan awet muda ewahhhh hahahaha
@Sue
W'salam..ganti dgn perut pun boleh sue..letak belacan skit..mmg meletop top top tau..sedap tuuuu
@Ucu
ReplyDeleteEhhh jgn terus ngah dan telan ucu, kena kunyah dulu nnt lekat kat tekak hahaha..buat kerabu mmg rumit sbb byk bahan tapi hasilnyer mmg tak tahan kan ucu..berselera makan kalau ada kerabu kan...dappppp!
kerabu pegaga kak mieza ni mesti sedap makan dengan nasi panas2 bestnya..sebelum bersalin nak kena makan puas2..nanti dah kena pantang..
ReplyDelete