Assalamualaikum dan salam hari Jumaat..wahhh beshnyer hari ni dah hari Jumaat..esok cuti lagi yahooo..tapi namanya je la cuti kerja kat umah tu kemain lagi banyak nya..umah tu jangan cakap la bersepah-sepah lagi teruk dari tongkang pecah hahahah, tapi yang paling besh ialah esok cuti dan tak payah datang kerja...dan hari ni juga hari terakhir mieza berkursus fotografi..ekceli kan ni pun menulis dalam kelas kursus hehheeh sementara tunggu cikgu ni setting lappy dia...hari ni mieza kena bentangkan gambar-gambar yang dicapture kat cameron semalam...huhuhu apalah komen cikgu kat gambar-gambar yang mieza snap tu...
Mac Soup ni sebenarnya mieza masak 2 hari lepas for dinner..oleh sebab mieza dah makan banyak kat kursus jadi mieza tamau makan nasi lagi..nak jaga berat badan la katakan ahakkksss..tapi pagi ni meza cuma tayang gambar dulu ye..petang kang bila dah balik umah dan dah abis kursus baru mieza tuliskan resepi nya...nanti datang balik tau petang kang...dan buat kawan-kawan yang tinggalkan komen pada entry sebelum ni pun mieza akan balas malam nanti ye..dan juga bawa pinggan mangkuk ke dapur kawan-kawan untuk tapau apa yang kawan-kawan masak...mieza yakin semuanya sedap-sedap belaka :)
Resumed @ 9.06 pm
Salam again...baru mieza ada kesempatan nak tulis resepinya..jom kita tengok mac soup cara mieza ya :)
MACARONI SOUP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
1 cawan makaroni - rebus hingga empuk, toskan dangaul dengan sedikit olive oil
1 biji bawang besar - dadu
3 biji bawang putih - cincang
1/2 inci halia - cincang
2 sb mentega
1/2 cawan carrot dadu
1 biji kentang - dadu
1 batang celeri - potong kecil
1/2 tin tomato soup - jika suka masam yang lebih boleh tambah
1 cawan daging cincang - mieza guna brand Ramly
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk cajun
2 helai daun bay
1/2 sk oregano leaves
Garam Secukupnya
1 kiub tulang/lembu - mieza guna Knorr
Tepung jagung secukupnya - untuk pekatkan sup
Air secukupnya untuk jadikan kuah sup
Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing.
2. Kemudian masukkan daging cincang dan masak hingga garing.
3. Bila dah garing masukkan air, kentang, carrot, celeri, daun bay dan stok tulang/lembu. Renehkan hingga kentang dan sayuran empuk.
4. Masukkan pula tomato sup, oregano, serbuk lada hitam dan garam. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah sup. Biarkan kembali mendidih.
5. Akhir sekali masukkan tomato buah yang didadu.Kacau rata. Tutup api.
6. Sendukkan makaroni ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah sup ke atasnya.
Selamat mencuba :)
Selamat pagi Mieza,
ReplyDeletehaa..haaa..itulah namanya rumah, sebab digunapakai sepanjang waktu jadi memang kalah tongkang pecah, memang rumah kak Amie ni pun kalau dikemas, kejap je eloknya,lepas tu sepah balik, nak kemas balik tu yang malasnya.
MS tu sesuai benarlah untuk jaga badan ye Mieza...he heheh
Mieza cuaca sejuk ni,makan sup panas2 sedapnya.
ReplyDeletesalam mieza...mintak semangkuk sup tu,mst sedap kan....
ReplyDeleteselamat berkursus lah ye...
ReplyDeleteni ucu dtang hantar kek icecream ..sesuai lah utk minum petang.
tapi mieza kena mkn sikit jer sbb takut2 nanti spring penimbang tu tercabut..hihihi...tak kan marah kot gurau2 tengahari jumaat ni...
mieza...terkilan sgt semalam, sempat tengok aje bas poli tu tapi xdan nak kejar... :(
ReplyDelete@KAk Amie..haahah itu lah dia kak..mieza cukup segam kalau ada tetamu dtg buat surprise tak call dulu..ya Allah maluuuuu sbb umah sepah2, lebih2 lagi anak2 tgh kecil lagi..yg depa tau sepahkan mainan tp tatau kemas..haihhhhh
ReplyDeletekekonon nyer nak jaga badan kak..tpi membesar juga hhihihi
@Kak ros..kena ubi rebus panas pun sedap kak kalau musim hujan..pas tu minum dengan kopi panas..perghhhh!
ReplyDelete@Liza..bolehhhh..meh la ke Tg Malim..tp jgn buat surprise maluuu umah sepah2 hahaha
@Ucu..tak marah sebab mmg dah naik badan skg ni hahahah..anak2 pun dok ngata mama dah gemuk huhuhu...tu yg nak kuruskan badan tu..tatau la berjaya ke tak...timbang ni rosak kot! Hihii
ReplyDelete@Cheq Sue..laaa ye ke...huwaaaaaa..ruginya kalau tak dapat kenal chew sue..aiseh! Kami tinggalkan cameron kul 6 petang..fenat sungguh jam 10 malam baru sampai Tg Malim...
ReplyDeletesalam kak mieza:
ReplyDeletesedapnya gi kursus fotografi.. nak.. nak..!! bestnya belajar ilmu fotografi neh ... tapi apapun kak mieza. .nanti kongsi2l ah ilmu kat sini yer :))..... bestnya makaroni sup ... wani pun dah lama dah tak buat makaroni sup ni .. dah berkurun lamanya la kot :D.. tengok kak mieza wat ni .. teringin pulak nak wat ...
read more https://www.dolabuy.su Click Here aaa replica bags additional hints bags replica ysl
ReplyDelete