Monday, January 2, 2012

Cuti-Cuti Malaysia - Part 1

Assalamualaikum semua...salam sayang salam rindu buat semua pengunjung WAWMC..wahhhh dah berhabuk dapur mieza ni ye..seminggu mieza tinggal..rindunya..baru semalam mieza kembali ke Tanjong Malim..penat sesangat..jadi mieza masak yang simple-simple je hari ni..nak upload gambar pun tak larat...kali ni mieza bercuti lama sikit..bermula dengan balik kampung di Kelantan selama 3 malam..kemudian bergerak ke Terengganu dan bermalam di sana selama 2 malam..pas tu ke Kuantan..juga spend 2 malam then ke Putrajaya umah adik dan bermalam di sana semalaman..baru kembali ke TM..penat sesangat tapi seronok..jadi malam ni baru nak upload gambar..part 1...

Di Kelantan..24-27 Dec 2011..kami tak jalan-jalan sangat di kelantan sebab asek hujan je dan semua kepenatan..pastu Umar lak demam..jadi dok umah aje sambil makan-makan je la...but the fun remains..:))



27-29 Dec 2011...lepas bekpes dalam kul 10.30 kami bertolak ke Terengganu..stay kat Hotel Tanjong Vista..gambar bilik hotel..hmmm mieza tak puas hati sangat dengan hotel ni..won't be staying here anymore next time..biliknya OK tapi air panas tak der..terpaksa kami mandi dalam kesejukan..aircond tetiba mati sendiri jam 3 pagi...terpaksa mieza call reception pepagi buta untuk tukar bilik..bila depa datang nak tolong angkat barang tetiba aircond terpasang sendiri balik..emmm spooky gak ye..hahahah..tapi foodnya nice for a 3-star hotel..next time mieza nak try hotel lain la pulak..not recommend for friends to stay at this hotel..



view dari tingkap bilik Hotel Tanjong Vista



Bawa anak-anak pergi Taman Tamaddun Islam..RM15 per head for adult..student half price..kids yang belum sekolah free..



antara monument masjid yang terdapat dalam TTI..seronok sangat datang sini..sesiapa yang visit Terengganu mesti datang sini tau...



yang sedihnya suami demam semasa di Terengganu..jadi kami tak sempat nak visit banyak tempat..Adnin nak ke muzium pun tak sempat sebab hari pertama banyak dihabiskan dengan tido di dalam bilik menemani papanya yang demam..

Tapi sempat juga makan sotong celup tepung di Pantai Batu Rakit..Makan Malam di Restoran Tenang Seafood di Pantai Batu Buruk..beli keropok lekor di Losong...dan beli sedikit kenangan di Pasar Payang..(yang ni esok mieza upload gambor...fenat dah..nak tidooooo)

Kepada kawan-kawan nanti esok mieza visit dapur kawan-kawan..dan balas komen juga...terima kasih dari mieza sebab sudi mengunjung meskipun tuan umah tak der umah..

4 comments:

  1. Salam Kak Mieza..rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012..Semoga kedatangan tahun baru ni membawa lebih keceriaan dan kegembiraan buat akak sekeluarga..

    Wahhhh seronok yaaa dapat pusing Pantai Timur...Selamat kembali ke Tanjung Malim dan merehatkan badan...Dan selamat kembali ke sekolah buat anak2 kak Mieza

    ReplyDelete
  2. wah bestnya tengok pic percutian kak mieza dan family...saya sekarang dalam perintah berkurung al-maklumlah dalam pantang..apa pun nak ucapakan selamat tahun baru 2012..sorry terlambat.hehe sekarang jarang bukak blog..busy dengan baby..

    ReplyDelete
  3. salam kak mieza;;;;

    wahh bestnya cuti-cuti Malaysia .... dengan family sekali ..ceria2 nampak.. .... x pe kak mieza rehat2kan badan dan minda dulu ya nanti bila dah fresh balik .. boleh la upload menu2 yang tertunggak tu hihi...

    ReplyDelete