Monday, May 14, 2012

Ayam Syahjahan

Assalamualaikum...
Nampak nama ayam tu..waa canggih gitu..macam nama pahlawan gitu..memula tengok macam pelik juga..sebab tak diceritakan dari mana datangnya nama ni..tapi resepinya mieza dapat dari buku resepi Asmah Laili - Mintak Ampun Sedapnya..memang tak rugi beli buku ni..banyak resepi baru yang nampak sedap..setakat hari dah 2 resepi mieza cuba dari buku tu dan kedua-dua alhamdulillah mieza suka!..Hubby pun kata ayam ni sedap...kawan-kawan pun boleh la mencubanya..mieza nampak kak ita Masam Manis pun dah buat..

Hari ni mieza tak boleh nak celoteh banyakk..sekarang dah jan 1.20 pm..jap lagi 1.40 kena jemput anak sulung mieza dari sekolah sebab hubby outstesen selama seminggu..waaa jenuh juga mieza bila hubby tak der..lepas ambik anak sekolah, terus nak kena masuk opis jam 2 pm sebab ada banyak benda yang pending..

Jom lah kita tengok resepinya..

AYAM SYAHJAHAN
Source : Buku Masakan Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya....
Tested by; Mieza @ WAWMC

Bahan A
1 ekor ayam ~ mieza guna 1/2 sahaja
5 biji buah pelaga
3 cm kayu manis
5 biji bawang besar ~ didadu kecil
2 batang lada hijau ~ dibelah 2 jangan putus
2 sudu makan pes halia atau bawang putih ~ mieza letak dua-dua sekali
2 sudu makan pes tomato
3 biji tomato ~ didadu kecil
2 pokok daun ketumbar
1 gengam daun pudina
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 cawan minyak ghee / minyak sapi
1/4 cawan minyak jagung
garam secukup rasa

Bahan B
1/4 cawan tairu
5 biji badam
5 biji gajus
1/4 sudu teh koma-koma
~ semua bahan di atas dikisar halus

Cara-cara:

1. Panaskan minyak jagung dan gorengkan ayam sehingga 3/4  masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambahkan minyak ghee kepada lebihan minyak gorengan ayam dan biarkan panas. Tumis buah pelaga dan kulit kayu manis hingga harum
3. Masukkan bawang yang telah didau dan lada hijau. Tumis lagi sehingga bawangnya kuning dan ladanya layu. Kacau setiap masa sebab bawang dadu cepat menguning
4. Masukkan pes halia atau pes bawang putih dan tumis hingga wangi
5. Masukkan pes tomato dan dan tumis selama 2-3 minit
6. Kemudian masukkan tomato dadu, daun ketumbar dan daun pudina. Tumis selama 10 minit
7. Sentiasa dikacau untuk membantu memecahkan tomato

Mieza dah cuba..kawan-kawan bila lagi? ^__^

7 comments:

  1. wah! mengancam.... sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Salam dear.. wah sedapnya... melekat-lekat gravy kat celah ayam tu.. dapat calit sikit jadilah...

    ReplyDelete
  3. pes halia tu mcm mana ek? sama ke kalau halia tu kita hiris halus2?

    ReplyDelete
  4. wah nieza..tgk tajuk pun dh terliur..sedapp niii!!

    ReplyDelete
  5. Kak Gee..
    Selamat hari ibu...mengancam dan terancamkah kak? Aku yg diancam kak oiiii

    Zila..
    alaaa zila ni lambat lak sampai...dah cuci pinggan dah dear hahaha

    Sha..
    Kalau calit sikit mana mau cukup..kena banyak2 baru kenyang hahah

    S-vs-S
    pes halia tu ialah halia yang ditumbuk/giling lumat..sama dengan pes bwg putih..bila digiling lumat dipanggil pes...nnt S-vs-S cuba tau..

    Shasha..
    Masa mieza nampak tajuk tu mieza bukan aje terliur tp jatuh cinta terus..sbb namanya macam gagah sangat!

    ReplyDelete