Tuesday, May 8, 2012

Kerabu Peria dan Udang

Assalamualaikum...buat apa tu..tengah dinner la tu...jangan makan banyak-banyak tau dah malam ni hehehe..
Sebab tu mieza makan awal hari ni sebab nak makan banyak..boleh ye macam tu..ate macam mana nak kurus?

Malam ni mieza dinner awal sebab anak sulung mieza tu ada tusyen setiap malam Isnin dan Selasa..tu yang makan awal..dan fullamakkk berselera sungguh la mieza petan tadi..alkisahnya semalam hubby belikan kerabu peria kat restoran dan dibungkus bawa balik...bila dah makan tu alamak sedapnya sampai tak cukup la pulak abang beli sikit sangat...oleh sebab dok terasa-rasa je kat tekak ni akan kesedapannya maka mieza suruh la hubby beli lagi hari ni..sekali hari ni tak der lah pulak kerabu ni...mana leh tahan...dah teringin sangat ni..macam orang pegnen la pulak...maka balik kerja petang tadi mieza singgah la juga kat mart dengan tangan kanan memimpin Wawa dan tangan kanan mendukung Umar, untuk beli bahan-bahan nak buat kerabu ni..kes nak makan sesangat la tu ahakkksss

Sampai je umah...terus buka baju kerja dan masuk apron...ketung ketang tumbuk apa yang patut..jam 630 pm dah siap...hulur semangkuk ke umah jiran sebelah umah...terus mieza ngadap dinner..lauk dinner lain hubby dah beli sesiap sebab Adnin terpaksa ke kelas pada pukul 745 malam...kalau nak masak memang dia tak sempat makan...fullamaaakkkk hilang kempunan...nasinya makan sikit je..ratah kerabu yang lebih memang sah jakun!


KERABU PERIA DAN UDANG
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 biji peria yang sederhana besar - potong, buang tengah dan hiris halus. Rendam dalam air garam selama 1/2 jam
300 gm udang - kupas kulit
1/2 cawan dantan pekat
2 sb kerisik
1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam dan gula


Bahan hiris:
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
4-5 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
6-7 tangkai daun kesum
3 tangkai daun ketumbar
1 biji buah tomato - dadu


Bahan tumbuk halus:
3 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 inci belacan
2-3 sb udang kering

Cara-cara:

1. Toskan buah peria dan celur dalam air mendidih selama 2 minit. Angkat dan toskan airnya.
2. Udang yang telah dikupas kulit dibersihkan dan dicelur hingga masak. Angkat dan toskan airnya.
3. Masukkan peria, udang, bahan hiris,bahan tumbuk dan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan digaul rata. Rasakan masam, masin dan manisnya.
4. Hidangkan dalam mangkuk yang sesuai.
5, Jika suka boleh dicampur dengan sayuran lain seperti tauge, daun selom dan sebagainya..udang juga boleh diganti dengan makanan laut yang lain seperti kerang.

7 comments:

  1. klu kita jadi jiran sebelah kan best..dapat jgk merasa..he hehee sedapnya..;p

    ReplyDelete
  2. Aduh Mieza cayangggg...
    Kak Amie pun terus terbayang susunan peria kat pasar... teringinlah pulak nak buat nih... sama-sama ngidam macam orang pegnen ye...hi hi hiii

    ReplyDelete
  3. kalau makan nasi dgn kerabu memang menyelerakan..maunya bertambahx2 nasi ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Mieza :)

    blm pernah mkn kerabu peria lagi..yg pasti mesti sedap nie :P

    ReplyDelete
  5. perhhh..memang mengeliurkan Kerabu Peria dan Udang tu.....
    mengancam habisssss.....

    ReplyDelete
  6. zila..
    kalau kita jiran..mieza yang serbu umah zila dulu hahahah

    Kak Amie ku cayanggg
    Ada geng yg suka peria bestnyer..sbb rmai yg tak suka peria ni..pahit kata depa..nnt kita buat kabu ni n makan sama2 ekk kak

    Nieza..
    kat finland ada peria ker? mieza ni suka dgn menu kg..kalau kabu2 ni mmg pilihan no 1

    Mama Hawa..
    Mmg sedap..nnt mama cuba tau

    Mas..
    Kalau ibu pegnen ngidam kena buat tu..nnt air liur anak melelh...sedap tau mas..nnt mas buat tau..

    ReplyDelete