Wednesday, July 25, 2012

Puding Jagung Lapis Biskut

Assalamualaikum wbt...semua sihat-sihat ke pengunjung WAWMC hari ni?
Kalau sihat alhamdulillah syukur..mieza je yang tak sihat...dah hampir seminggu terbatuk-batuk dan sakit tekak walaupun dah ke klinik tapi tak baik gak...may be sebab bulan posa kita tak leh minum air..harapkan air yang diminum semasa berbuka dan bersahur je lah...hari ni suara terus tak kedengaran...tu yang mc hari ni..rasa tak larat pula nak ke ofis..kalau kerja nanti kena bagi lecture..tapi sora tak der..sian pula kat students dengar pensyarahnya meneran-neran nak bagi sora keluar...nampak gayanya kejap lagi mieza kena keluar juga ke klinik untuk ambik mc...waduhhhhh..

 

Sudah lah begitu pagi tadi hampir-hampir terbabas waktu sahur..alkisahnya semalam lepas berbuka mieza  terus tido sebab tak larat dan badan rasa tak sihat...alarm pula di set pada handphone..alkisah phone abis bateri semasa mieza sedang nyenyak tido...bila terjaga pagi tadi teringin nak tengok hp...tengok-tengok hp dah padam...terus kejutkan hubby nak tanya dah pukul baper..sekali dah pukul 530 pagi daaaaa...haiyaaaa punya lah kelam kabut check takwim hari ni subuh pukul 5.51...terus kejutkan anak sulung...masuk dapur tak sempat dah nak wat apa kecuali goreng telur dadar dan makan je nasi puith dengan telur dadar dan serunding daging huwaaaaa rasa sedih sangat....terus rasa geram kat semua ahli umah sebab hanya depends kat mieza untuk kejutkan depa..hp masing-masing tak set alarm...kan kalau suami dan anak juga set alarm untuk bangun tak der la terbabas..hahahahha...terus mieza kata "semua orang dalam umah ni kena set alarm kat phone masing-masing supaya kalau phone mama kong phone korang masih berbunyi untuk kejut sahur" dan semua respond "yes MAM!" hahahahah padan muka korang! makan tergesa-gesa dan  makan yang sejuk sejuk je semua nya kakakakakaka...semoga puasa hari diberkati Allah insyaAllah..



Ramadhan ke 2 hari tu suami minta dibuatkan puding jagung..puding jagung memang kegemaran hubby..masa mieza balik kampung cuti sekolah yang lepas mieza tertengok resepi ni kat buku chef hanieliza yang dibeli oleh anak sedara mieza..teringin nak mencubanya..kemudian mieza nampak pula kat umah kak ita masam manis...terus mieza buatkan untuk hubby..alhamdulillah puding jagung ni lebih sedap bila di lapiskan dengan biskut....resepi yang mieza letak kat bawah adalah modified version selepas membaca komen kak ita di blognya...resepi asalnya menurut kak ita agak lembik dan manis..jadi mieza sudah kurangkan gula dan lebihkan tepung kastard..alhamdulillah...sedang elok kejadiannya ^__^



PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
By : Chef Hanieliza -Buku masakan 1 Hari 1 Resepi
Source: Kak Ita @ Masam Manis

Source : Mieza @ WAWMC

 
1 1/2 cawan jagung krim
1 tin susu cair
1 cawan air
3/4 cawan gula
3 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan butter
secubit garam
Biskut keju tawar secukupnya
Buah koktail secukupnya





Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali butter, biskut dan buah koktail, kedalam periuk dan masak atas api sederhana.
2. Sentiasa kacau sehingga adunan kelihatan pekat dan likat.
3. Masukkan butter dan kacau lagi hingga adunan berkilat
4 Sediakan loyang ukuran 8 inci bentuk 4 segi dan oleskan dengan sedikit butter.
5. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam loyang dan ratakan
6. Susunkan kepingan biskut atas lapisan tadi
7. Tuang semula lapisan kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga adunan habis
8. Sejukkan dalam peti ais. Hiaskan dengan buah-buah koktail dan sedia untuk dinikmati.

8 comments:

  1. Harus cuba resepi ni...sedap nampaknya...TQ Mieza...

    ReplyDelete
  2. standard kan kak kalo sebulan puasa tu mesti ada sehari dua terbabas...bangun sahur lewat...ngeee. Nampak sedap nye puding jagung tu...

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh ye mieza...

    nampak sedap puding tu... pasti sedaplah! kalau puding jagung yg biasa tu pun feberet akak juga tu..

    ReplyDelete
  4. Nampak mengoda puding tu, nanti nak cuba ni. Masuk list sudah...TQ

    ReplyDelete
  5. setakat ni kalau terbabas macam mana ppun sempat juga bangun untuk minum air. kalo tak, konfem flat je satu hari tu.

    ReplyDelete
  6. salam mieza cyggg..
    alahai kesianya diorg mkn nasi lauk telur jew..tp klu kita lauk telur pun laju jew mkn..he hee tekak org lama..klu bdk2 mmg lemah jew kan..selalu kitaorg pun camtu jgk terbabas jew klu time sahur..jaga kesihatan tau mieza..mknn ubat and rest :)puding tue nnt nk try jgk la..cantik..mieza pakai cutter kew tue..lawa jew :)

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing your thoughts. I really appreciate your
    efforts and I will be waiting for your next post thank
    you once again.
    My blog ; GFI Norte

    ReplyDelete