Masa pergi jalan-jalan ke Jusco Rawang last wiken anak sulung mieza heret tangan masuk ke kedai buku Popular..Adnin ni memang suka membaca..sedari dia berumur 1 1/2 tahun dia sudah mula menunjukkan minat pada buku..dia boleh membaca surat khabar seawal umur 4 tahun dengan hanya diajar baca oleh ayahnya..dan mengajar Adnin adalah satu perkara yang mudah kerana tak perlu diulang banyak kali..cukup sekadar 2-3 kali sahaja dia sudah faham..Alhamdulillah..next month dia akan menduduki UPSR...pada tarikh yang sama mieza terpaksa present research paper in a seminar..tak dapat nak ambul cuti dan temankan dia study...Adnin mengajak mieza ke Popular sebab nak beli buku koleksi soalan-soalan peperiksaan UPSR past years keluaran sasbadi..adiknya pula mula lah minta dibeli buku ana muslim la..bola kampung la..ben10 hahaha layan je la..lagipun yang depa nak beli tu buku..semasa dalam Popular tu mieza sempat mengunjungi seksyen buku resepi..kalau ke kedai buku memang tak sah kalau tak visit seksyen tu hahaha...kebetulan ada pula diskaun untuk member...mieza terpikat dengan sebuah buku resepi berjudul Menu Lengkap 100 Resepi oleh Suwarsi M. Arukin berharga RM25 dan ada 15% (kalau tak silap) untuk ahli (yang jadi ahli Popular bukan mieza sebenarnya tapi Adnin)...terus mieza beli buku tu..dan taraaaaa ini lah resepi pertama yang mieza cuba dari buku tersebut...tapi diderhakakan sedikit..heheheh
AYAM PANGGANG MADU SOS HALIA
Recipe : Suwarsi M. Arukin dari Buku Menu Lengkap 100 Resepi
Source: Mieza @ WAWMC
1 ekos ayam - mieza cuma buat 1 dada ayam sahaja
Bahan perapan:
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 sk pes bawang putih - mieza tambah
1 sk pes halia - juga mieza tambah..heeheh
Bahan Sos:
3-5 biji cili merah
1 ulas bawanng putih
1 inci halia muda
2 sb air
1 sk minyak zaitun
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Ayam dibuang kulit dan dibersihkan. Lap hingga bersih dengan tisu atau tuala dapur. (Kemudian mieza kelas-kelarkan sedikit ayam supaya bahan perapan meresap ke dalam isi ayam)
2. Bancuh bahan perapan hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Perap selama sejam atau lebih.
3. Panggang ayam di dalam ketuhar pada suhu 180'C - 190'C selama 30-45 minit atau sehingga masak.
4. Sementara ayam dipanggang di dalam oven, boleh la disediakan sos. Satukan semua bahan di dalam blender dan dikisar halus. Hidangkan sos bersama ayam. (Cara mieza: Mieza ambil sedikit halia dan dipotong batang mancis. Kemudian mieza panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan tumis dulu halia yang dipotong hingga wangi. Kemudian baru mieza masukkan bahan kisar dan di reneh hingga pekat)
5. Tuangkan sos ke atas ayam semasa menghidang.
Alamak Mieza... baru Kak Amie teringat, cuti penggal awal bulan 6 kami pergi KK, ada kak Amie beli buku resepi Suwarsi, 2 buah, satu Masakan Jawa dan satu lagi yang 100 resepi tu yang Mieza cakap tu.... huwaaaaa belum sempat dibelek isinya!!!!!
ReplyDeletesalam mieza cyg..rajin btl mieza masak la..zila hari2 masak tp x sempat nk amik pic..siap msk trus beruka..he hehe masa btl2 pack skrg..tggu hari sabtu ahad jew boleh ambil pic mieza..smoga ank mieza berjaya dlm UPSR yer..:)
ReplyDelete