Sunday, September 2, 2012

Brownies Pisang

Salam lebaran...Salam merdeka....
Rasanya masih belum terlewat untuk mieza mengucapkan Happy Besday Malaysia! Janji ditepati..

Tentunya semua sibuk dengan rumah terbuka...mieza pula sibuk bertandang ke umah terbuka kawan-kawan hehehe..rasanya tahun ni tak sempat mieza nak buat terbuka untuk kawan-kawan...sibuk sikit sebab anak sulung mieza akan menduduki UPSR minggu hadapan...insyaAllah raya haji nanti je la mieza buat open house ye...


Semasa pulang berhari raya 2 minggu lepas ibu mentua mieza bekalkan dengan 2 sikat pisang..dah masak ranum pun pisang tu..mieza kisar siap-siap dengan food processor dan simpan di dalam fridge...minggu ni ada long wiken jadi mieza dikunjungi oleh anak sedara kesayangan mieza dari Bangi...kesian pula nak biarkan dia kembali ke umah sewanya hari ni dengan tangan kosong, maka mieza kerjakan stok pisang lenyek dalam peti ais tu menjadi Brownie Pisang...

Brownie ni agak manis..jadi lain kali mieza nak kurangkan sukatan gula..may be sebab pisangnya dah sedia manis...dan slice almond nya agak hangus...may be lain kali mieza boleh bakar dulu selama 15 minit..then after 15 minit baru mieza taburkan almond...apa-apa pun brownie memang sedap..moist..dan very chocolatey...mieza buat 2 adunan...satu untuk dibawa pulang oleh my niece..satu lagi untuk dibelasah oleh mieza satu family ^__^


BROWNIES PISANG
Source: Majalah Sedap Bil 38 pg 42
Tested by : Mieza @ WAWMC

75 gm mergerin - mieza guna butter
200 gm coklat masakan hitam dipotong kecil - mieza guna Berryl's
100 gm pisang emas - kisar halus
2 biji telur
100 gm gula - (next time mieza nak kurangkan 75-80 gm je)
50 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/4 sk baking powder
50 gm kacang gajus - sangai dan cincang - mieza guna almond
75 gm coklat chip
15 gm slice almond


Cara-cara:

1. Panaskan margerin hingga cair. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan. Kacau hingga coklat larut. Masukkan pisang. Kacau rata. Ketepikan.
2. Campurkan telur, gula, campuran coklat, tepung, serbuk koko dan serbuk penaik yang telah diayak. Pukul perlahan denagn kelajuan rendah. Masukkan kacang gajus yang disangai dan coklat chip. Kacau rata.
3. Tuang dalam loyang bersaiz 30 x 10 x 4 cm yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas minyak. Taburkan hirisan badam
4. Bakar selama 40 minit dengan api bawah pada suhu 180'C. Sejukkan.

5 comments: