Monday, September 24, 2012

Gedang Mekuah (Green Papaya Soup)

Assalamualaikum...
Sebelum mieza berangkat ke KL untuk outstation seminggu, mieza nak gak update blog ni dengan menu istimewa ni...bagi mieza istimewa la..bagi orang lain agaknya menu simple giler hahahah...

Minggu lepas hubby bawa mieza makan kat restoran yang selalu dah kitaorang visit..hubby ni suka masakan Chinese...kat Tanjong Malim ni restoran feveret dia ialag Garden Seafood, E-Place dan Easy Cafe..semua tu Chinese Restaurant..last week E-Place jadi pilihan dia...memang selalu sangat kami ke sana..sampai auntie restoran tu dah kenal hahaha...semasa makan-makan tu mieza ternampak satu buku resepi yang auntie kedai tu display kat restoran dia...buku masakan Bali...bila belek-belek buku tu mieza jatuh hati pada 70% dari resepi-resepi dalam tu...mula lah teringin nak meminjam..tapi hubby was-was..eh eh mau ke auntie kedai ni kasi mieza pinjam buku kesayangan dia...kata mieza kalau kita tak tanya kita tatau..

Maka mieza tebalkan muka tanya auntie tu..
"Auntie buku ni bagus la...saya suka resepi nya..boleh pinjam tak auntie?"
Auntie tu ambik buku dari mieza dan belek..
"Awak suka masak kah?"
"Suka auntie...tapi wiken je la...kalau hari kerja saya tak sempat nak masak..boleh ker auntie pinjam buku ni?"
Auntie tu termenung lagi...agaknya tak percayakan mieza walaupun dah selalu nampak muka ni menempek kat kedai dia isi perut
"Kalau tak boleh pun tak pe auntie..saya faham"
Dia fikir 2 saat then dia cakap "Boleh la boleh la...nanti jangan lupa pulang balik ye"
Haiiiyaaaaa auntie mesti la pulang balik nanti hehehe
"Terima kasih auntie"

Bila masuk kereta hubby kata..pandai awak ayat auntie tu ye...errr darling..saya tak ayat pun tau..saya terus terang je cakap mau pinjam..kalau dia tak kasi pun tak per saya faham dia mesti sayang buku dia...

Esoknya cepat-cepat mieza fotostat resepi yang mieza suka dari buku sebab nak pulang pada auntie tu cepat...sebagai permulaan mieza decided nak try resepi yang sedap ni...


Sepatutnya digunakan betik yang masih muda iaitu yang kaler ijau tu..tapi bila ke pasar tak ada pula yang kaler ijau..yang mieza angkat la yang paling ijau yang ada kat pasar Tg Malim tu...sebab tu sayur mieza agak merah..sedap! Mieza memang suka masakan indonesia..sedap!


Resepinya mieza translate ke dalam bahasa melayu ye..buku resepi yang mieza pinjam tu ditulis dalam English

GEDANG MEKUAH (GREEN PAPAYA SOUP)
Recipe: Step-by-step Cooking Balinese
Tested by: Mieza @ WAWMC

Sebiji betik muda (Hijau)
1 sb minyak sayuran
1 batang serai - ketuk
2 helai daun salam
1 liter stok ayam/stok sayuran - mieza guna stok ayam
1 cawan santan pekat
Garam
Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit bawang goreng
4-5 helai daun limau purut

Pes menumis:
3 biji cili merah
3-4 biji cili api
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cm lengkuas
1 cm kunyit
2-3 biji buah keras
1 sb belacan
1 sb biji ketumbar
1/2 sb lada hitam


Cara-cara:
1. Bahan-bahan untuk pes menumis diblend hingga halus. Ketepikan.
2. Betik dikupas dan dipotong dadu setebal lebih kurang 1/2 - 1 inci.
3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga garing dan pecah minyak. Masukkan juga serai dan daun salam.
4. Masukkan betik dan sedikit chicken stok dan renehkan sehingga betik berubah warna dan agak lembut.
5. Masukkan stok ayam yang selebihnya dan juga santan. Renehkan hingga mendidih dan betik lembut. Masukkan daun limau purut.
6. Rasakan garam gula dan taburkan bawang goreng.

Seronok sekali tengok suami makan hari tu...Nasi Putih bersama Gedang Mekuah, Ikan Yang digoreng garing dan juga sotong celup tepung...memang berselera dab bertambah-tambah makannya...alhamdulillah....

3 comments:

  1. adoi!!!!!....meleleh air liur...nasib baik tak ngandung...hahaha. Lain kali nk cuba....

    ReplyDelete