Sunday, September 30, 2012

Sotong Bakar Bersumbat

Assalamualaikum..salam malam Isnin...


Pejam celik pejam celik dah malam Isnin...alahai Monday blues pun dah melanda hahahha....malasnya nak gi kerja esok...tapi banyak nyer kerja yang kena siap kat opis tu...huhuhu...sekarang ni mieza dah tak sempat nak menulis...kalau dulu mieza selalu menulis dan alhamdulillah banyak artikel mieza diterbitkan di magazine ilmiah seperti Millenia Muslim...kena lah curi masa juga untuk menulis kan..sebab kalau tidak terasa otak ni tak berfungsi dengan baik je sebab banyak sangat rest...insyaAllah...


Selepas seminggu dok hotel makan makanan hotel ish mana nak sama dengan masakan sendiri walaupun cukup simple...selepas seminggu berperang di Pearl International menyipakan soalan final exam student, mieza spend 2 hari lagi di Putrajaya umah adik...bila balik hari ni tak sempat pula nak ke wet market...jadi kita full use je la apa yang ada dalam fridge...


Dah lama ternampak resepi ni kat dapur Hazila My Small Kitchen...mieza memang suka visit dapur dia...may be masakan dia satu selera dengan tekak mieza...terpanggil mieza untuk mencuba resepi sotong ni...kebetulan cuma ada 5 ekor je sotongnya..cukup la kan...terima kasih kepada encik suami yang sudi tolong hidupkan api dan dan jadi tukang bakar...

SOTONG BAKAR BERSUMBAT
Recipe: Hazila @ MY Small Kitchen
Tested by: Mieza @ WAWMC

1 ekor sotong bersaiz besar - mieza guna 5 ekor sotong bersaiz sederhana
1 batang serai
1 biji bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
1 sb isi udang - mieza guna 2 sb udang kering
1 sb kelapa parut
2 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Secubit jintan manis
1/2 sk garam

Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan kecuali sotong hingga halus.
2. Bersihkan sotong dan lumurkan dengan sedikit garam kunyit.
3. Sumbat bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perut sotong hingga hampir penuh. Tutupkan dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
4. Bakar hingga sotong masak.
5. Hidangkan dengan air asam jika suka.


Air asam yang sentiasa menjadi kegemaran suami...kalau ada lauk yang berbakar mesti nak cicah dengan air asam...

Teman sekapal...ikan pari bakar...juga kegemaran suami...

Dan Udang Harimau Masak Lemak Cili Api...murah pula udang ni masa beli kat Carefour Alamanda semalam...

Mieza dah nak tido...esok kena kerja...banyak benda yang nak kena setel....Selamat Malam Semua...Muah Muah MMMMuahhhhhs..

10 comments:

  1. Ringkas tapi nampak sungguh menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. rempah2 di ikan pari tu le yg akan saya kaut dulu... sedap

    ReplyDelete
  3. alahai Mieza cayangggg.... sedapnya datang sotong bakar cicah tu... kak Amie rasa nak terkam aje, nak ratah2!

    ReplyDelete
  4. Salam Mieza. Sedapppnye.... udang masak lemak cili padi diiringi pula dengan sotong bakar cicah dan ikan pari air cicah air asam. Dari bahan-bahan yang digunakan, akak dah dapat rasakan sotong bakar ni memang sedap. Nak ambil resepi mieza ini untuk disimpan, sebab bulan Disember ni ada family vacation, rancang nak buat BBQ.

    ReplyDelete
  5. sotong bakar zila x pernah buat mieza ..sedap pulak tgk memalam nie..cicah air asam lg..forever best:)

    ReplyDelete
  6. I was suggested this web site by my cousin.
    I'm not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble. You're
    wonderful! Thanks!
    Take a look at my homepage :: GFI Norte

    ReplyDelete
  7. Hi there, its pleasant article regarding media print, we all know media
    is a impressive source of data.
    Here is my webpage ; GFI Norte

    ReplyDelete