Friday, October 5, 2012

Orange Yogurt Cake

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat..yahooo beshnyer...who doesnt like wiken eh? Hehehe..seronoknya..dapat cuti 2 hari..boleh la main masak-masak kat dapur...cuma yang kurang seronok sikit sebab anak sulung mieza tak der umah..kena gi camping selama 2 malam....kurang lah seorang ahli keluarga...



Ngapa mieza  baked this cake?
Pertama: sebab oren banyak..ada tetamu datang umah dibawakan oren sebagai buah tangan..
Kedua: sebab mieza ada stok yogurt yang nak kena dihabiskan sebelum expired heheh
Ketiga: coz this recipe is very easy...tak yah guna mixer
Keempat: coz i'm simply an  orange and lemon lover!


Komen mieza...kek sedap..lembut..moist...kurang manis...definitely akan bake lagi dan lagi..


ORANGE YOGURT CAKE
Recipe : Food Network
Source: izah

Bahan-bahan:

1 1/2 cwn tepung serbaguna
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon garam
1 cawan plain yogurt
1 cwn gula
3 biji telur A
2 teaspoons parutan oren
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cwn minyak sayur
1 sudu besar orange sunquick

1/3 cwn jus lemon diperah * saya guna perahan oren
1/3 cwn gula

For the glaze: * saya tak buat
1 cwn gula
2 sudu besar lemon perah




Cara:

1. Panaskan ketuhar ke 180 C dan griskan loyang dan alas dengan baking sheet.
2. Ayakkan bersama tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
3. Dalam mangkuk yangg lain satukan yogurt, 1 cwn gula, telur, parutan orange dan vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
4. Perlahan-lahan masukkan bahan kering ke dalam adunan basah tadi. * yang ni saya tukar cara. Saya masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau sehingga bahan-bahan sebati.
5. Dengan menggunakan spatula getah, kacau perlahan-lahan minyak ke dalam adunan tadi. Pastikan semuanya sebati. 
6. Bakar adunan selama 50 minit. Mieza bakar 25 minit je untuk oven mieza
7. Sementara itu, masak 1/3 jus orange bersama 1/3 cwn gula sehingga gula hancur. Ketepikan.
8. Apabila kek sudah masak, biarkan kek selama 10 minit dulu. Kemudian perlahan-lahan letakkan kek di atas baking rak. 
9. Sementara kek suam, tuang adunan orange dan gula tadi ke atas kek dan biar ianya meresap ke dalam kek. Sejukkan dan kek sedia dihidang.



Care to have a slice?


Selamat Mencuba!

6 comments:

  1. akak..mas nakkkkk
    yogurt ada...oren tak de...
    kena cari oren dulu...he3

    ReplyDelete
  2. salam syg mieza..
    yogrt kt umh nie byk..oren jew yg x ada jgk..h ehhee kena cari oren nie..atau tggu sape2 yg baik hati nk dtg bwk buah tgn utk zila plk..he hhee..sedappp:)

    ReplyDelete
  3. kek ni simple je kan kak tapi sedaappp..memang suke kek ni, yogurt tu mmg ejen penggebu.. :-) cantik kek akak tuu..

    ReplyDelete
  4. Hi, i feel that i noticed you visited my weblog so i came to go back the want?
    .I am trying to find things to improve my web site!I guess its adequate to use a few of your
    concepts!!
    Look at my homepage ; GFI Norte

    ReplyDelete