Thursday, December 27, 2012

Spaghetti Bolognese MAGGI

Assalamualaikum..
Agak lewat mieza bersiaran...masih lagi kita bersama MAGGI Good to Great Campaign...pertamanya mieza mohon maaf sebab masih berhutang dengan MAGGI sebanyak 3 lagi post sempena campaign ni...sepatutnya tempoh sebulan dah berakhir semalam...tapi mieza balik kampung sebab nephew mieza kahwin di Kelantan dan banjir...aduhaiiii broadband pulak tak leh pakai masa banjir sebab tenggelam huwaaaaa...bila MAGGI called semalam mieza jadi cuak juga..maklum lah mieza tak boleh nak setel kerja mieza dalam jangkamasa yang diberikan...nasib baiklah MAGGI sangat memahami dan melanjutkan tempoh untuk mieza sehingga wiken ini...terima kasih MAGGI...i really appreciate it...

Jadi hari ni mieza nak share resepi MAGGI dan mieza yang ke 6 iaitu Spaghetti Bolognese...
Tetiba je anak-anak tak mau makan nas..nak jadi omputih pulak depa...merengek-rengek minta dibuatkan spag..kebetulan mieza teringat sos spaghetti MAGGI yang masih belum terusik...mari kita geledah...


Ini lah rupa Perencah Sos Spaghetti Bolognese dari Hari-Hari Favorites MAGGI...minta maaf mieza terlupa nak snap picture sebelum buka paket...dah siap masak baru teringat tak der gambar perencah lagi...tapi paket dah buka comot pula nak ambik gambar...jadi mieza songlap gambar perencah ni dari Google...terima kasih ye encik google...anda selalu menyelamatkan saya!


Memasak  Spaghetti Bolognese bersama MAGGI sememangnya senang dan cepat...tak perlu risau lebih sebab ia tidak ditambah dengan MSG dan ada logo halal JAKIM...jadi bagi beragama Islam bolehlah menggunakan tanpa rasa was was...memasak bersama MAGGI hanya mengambil masa kurang dari 10 minit...cuma tambah ayam atau daging mengikut kegemaran masing-masing...dah siap...kalau rajin dan nak kreatif boleh la ditambah sayuran seperti cendawan dan green pea atau sebagainya...anak mieza pun hairan sebab cepat benor mummy masak hahhaha...dan yang penting menggunakan barangan MAGGI tidak pernah mengecewakan mieza...lepas ni bolehlah stock up banyak-banyak sauce mix ni dalam pantry..kalau tetamu datang secara surprise bolehlah kita surprise kan depa dengan Spaghetti Blognese MAGGI kita....


SPAGHETTI BOLOGNESE MAGGI
Recipe : MAGGI & Mieza @ WAWMC

1/2 paket spaghtetti - rebus di dalam air mendidih bersama 2 sb minyak zaitun sehingga empuk
1 paket Perencah Sos Spaghetti Bolognese MAGGI
8-9 biji cendawan butang - hiris nipis
200 gm daging kisar
1 sk daun oregano
1 sk rosemarry
Daun pudina untuk hiasan
1 biji bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan perang.
2. Kemudian masukkan daging cincang dan masak hingga daging agak kering dan sedikit keperangan.
3. Masukkan pula Perencah Soso Spaghetti Bolognese MAGGI. Kacau rata. Biarkan hingga mendidih.
4. Tambahkan cendawan, oregano dan rosemary. Rasakan garam gula.
5. Letakkan spaghetti yang telah lembut direbut ke atas pinggan. Tuangkan sos spaghetti MAGGI. Hiaskan dengan daun pudina.

Senangkan...siapa kata ibu bekerja dan beranak kecil macam mieza tak boleh masak? Dengan MAGGI semua kerja memasak menjadi sangat senang!

6 comments:

  1. salam...sedap nya spaghetti. Faa nak join tapi Faa baru dapat taw benda ni 19.12 aritu..ingatkan sempat nak join tapi abg sedara Faa pulak bernikah so tak sempat nak masak2 n snap gambar dgn maggi. sob sob..Insyallah kalau ada lagi competition ni, Faa nak join! hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sedaplah Mieza... anak2 kakak pun suka makan SB ...

    ReplyDelete
  3. Nak tumpang lunch kat sini boleh... sedapnyaaaaa maggi

    ReplyDelete
  4. Hi to every body, it's my first pay a quick visit of this webpage; this website consists of amazing and really good material designed for visitors.
    Feel free to surf my homepage - GFI Norte

    ReplyDelete