Wednesday, February 13, 2013

Sotong Masala

Tak menang tangan wehhh...bila haripertama masuk kerja setelah cuti panjang..tapi best pula kerja kat opis hari ni bila tak ramai orang. Ramai lagi yanng belum balik dari bercuti di kampung..terasa amannnnnn dan sejahtera tanpa hiruk pikuk students yang sedang bercuti semester..sangat sesuai untuk mengarang research...mari kita mulakan dengan download dan print jurnal...sambil tunggu jurnal tu di donlodkan mesh kita update blog


Dah lama dah masak sotong ni sebenarnya...kebetulan garam masala masih banyak kat dalam peti ais...elok le kita kerjakan cepat-cepat sebelum dia expired. Tak mau cakap banyak sebab sibuk sangat-sangat...jemput tengok resepinya...

SOTONG MASALA
Source: Kak Ummi @ HSH & Mieza @ WAWMC

Bahan A:- (mieza masak half dari bahan)
  • 500 gm sotong (dibersihkan ) -potong bulat
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
  • 2 sb garam masala - mieza tambah
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

13 comments:

  1. fuhhh, kalau dpt lauk cmni, dah takyah lauk lain dah...sedappp

    ReplyDelete
  2. Hai Mieza cayangggg...
    inilah kita yang bernama perempuan, walaupun tangannya sepasang, kakinya sepasang tapi tetap lincah buat itu ini dalam tempoh 24 jam! Memang kena sentiasa memanipulasi waktu yang ada...
    He he hehh...lama kakak tak makan sotong tau! Terliur tengok ni ha...

    ReplyDelete
  3. kelebihan wanita salah satuya ialah multitasking...anyway lama tak makan sotong...sedap ni..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..salam kenal n follow balik =)

    ReplyDelete
  5. Sedap nampak kuah sotong masala tu dear...nak makan nasi bertambah2 ni...hehe ;)

    ReplyDelete
  6. Hai Mieza.....lama saya tak singgah sini...bila singgah, ada sotong!!!...sedap woooo!!!!

    ReplyDelete
  7. Very good post. I definitely love this site. Thanks!


    Here is my blog ... plus de twitter followers
    My webpage - acheter followers twitter

    ReplyDelete
  8. Incredible points. Outstanding arguments. Keep up the good spirit.


    my webpage ... rall.

    ReplyDelete
  9. Awesome post.

    My blog post; frontloading

    ReplyDelete
  10. I admire what you have done here. I like the part where you say you are doing this to give back but I would assume by all the comments that this is working for you as well.
    If you want to learn more about stick blender, you can visit now

    ReplyDelete