Tentu ramai yang balik kampung tu mulai malam ni lagi...sesak lah jalan..tadi pun nampak a few rakan FB dok upload jalan jam...hati-hati memandu...mieza dan suami mengambil keputusan untuk berehat aje di rumah...keonon nak bawa anak-anak jejalan tapi semua hotel dah fully booked gara-gara lambat booking...padan muka eden...jadi kami dok umah je lah...cuti sekolah bulan 3 nanti lah kita balik kampung dan gi jejalan je anak-anak...
Orang kata kek cekelat moist kalau disimpan dalam peti ais semalaman lagi moist...mieza pun try la kan...and yessss...memang moist..sedappppp!!!! Nak buat senang kek ni..tak yah pakai mixer pun..kalau sesiapan yang tak der mixer tu jangan nak buat excuse tak leh nak buat kek ni hahhha..memang senang...mieza songlap resepi ni dari dapur ha sue...kalau nak buat dalam bentuk cupcake..make sure jangan letak banyak sangat sebab kek ni tinggi naiknya...kalau kita nak tahu sesuatu kek tu akan naik banyak atau hanya sikit ajer..tengok pada adunannya..kalau adunan kek pekat, kek hanya akan naik sikit saja..jadi kalau buat cupcake boleh letak 4/5 penuh..ia takkan melimpah...kalau adunan kek cair macam adunan kek ni, letak separuh lebih sikit je..kalau letak banyak habislah kek tu melimpah...
SUPER MOIST CHOCOLATE CAKE
Resepi : Chef Zubaidah
Source: Ha-Sue & Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
100g Serbuk Koko*
180g Gula pasir*
1 tin Susu sejat*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Soda Bikarbonat
1st Baking Powder
Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar-benar sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit bergantung pada jenis oven.
4. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja..
kat umah mieza ni memang ramai yang suka cekelat...jadi sekejap je habis dingappppp
Adeeiiii... nak bawak lari 4-5 potong super mosit chocolate cake Mieza yang sangat menggoda tu!
ReplyDeleteSedapnya kek choc...:-)
ReplyDeleteanak2 knah pun suka kek ni.sngat sdapp..salam kenal n follow =)
ReplyDeleteBestnya kalau dpt sepiring ni...hihi
ReplyDeletesalam kak mieza cayam...heheh...sedapnye kek! nani tak pernah try resepi chef zubaidah. sebelum ni buat kek kukus pn munira baharum je. itu pun org puji melambung dah...nak kene try resepi ni la pulak
ReplyDeletefuiyooooooooo..gulp..gulpp!!
ReplyDeleteI'm a little late reading this blog, especially some of the posts, but got to say... everything here is so great and so true. As someone who's originally from the area, I get a chuckle out of many things here.
ReplyDeleteIf you want to learn more about Best food chopper reviews, you can visit now