Sunday, May 5, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Assalamualaikum..
Lamakan mieza tak jenguk dapur nih..memang tak sempat...mohon maaf kepada yang sudi mengunjungi WAWMC walaupun tuan umah asek tak der kat umah je..jangan merajuk tau..meh mieza pujuk dengan HCCC yang sedap banget nih...apa nak buat mieza memang tak sempat nak upload blog...masak pun ala kadar je lately nih...ke dapur kekawan pun mieza hanya jelajah tapi tak sempat nak tinggalkan komen...huhuhu

Opppps lupa lak nak tanya....dah ngundi? Undi sapa tu?? hehehe eh mana leh cakap kan..undi adalah rahsia....semoga parti yang memang nanti adalah yang berhak..InshaaAllah..

Hari ni mieza nak kongsi resepi HCCC yang sangat sedap ini...waaaaa masih terasa kat tekak ni akan kesedapan dan kelembutan kek cipon nih...nak buat pun senang yang amat...

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
(mieza buat 1 1/2 adunan dapat 45 biji HCCC saiz M souffle cup)

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ atau minyak sayuran
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

1. Panaskan oven pada suhu 170. Sediakan mangkuk kertas cup cake yang keras. Atau boleh juga gunakan cawan muffin
2. Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
3. Pukul kuning telur dan gula menggunakan hand whisk.Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
4. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

5. Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering. Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
6. Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks). Mieza juga tambah 1 st cream of tartar.

7. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
8. Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh. Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

9. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. (Mieza bakar menggunakan api bawah sahaja selama 5 minit dan kemudian ditukar kepada api atas dan bawah selama 10 minit lagi untuk oven mieza menggunakan fan assisted mode)
10. Keluarkan dari oven bila kek masak. Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.


CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila 
1/2 st pewarna kuning telur - mieza tambah
 
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul. Masukkan telur dan kacau lagi. 
3. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. masak atas dapur dgn api yg sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
4. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 





SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

  1. Sedapnya kak.....faa buat xmenjadi

    ReplyDelete
  2. Hai Mieza sayangggg...
    walaupun sibuk tapi makin direnung makin bertambah cun melecun gamar2 resepi Mieza... take care darling!

    ReplyDelete
  3. salam syg mieza..rindunye lama x kemari..nampak sedap sgt nie..mieza sihat??

    ReplyDelete
  4. Good post! We will be linking to this great article on our site.
    Keep up the good writing.

    Feel free to surf to my website Test Force Xtreme

    ReplyDelete
  5. Hi, saya Nizha dr akhbar Kosmo, cuba hubungi puan tapi tak dapat. Minta kebenaran untuk menggunakan gambar koleksi sendiri anugerah simplot dan print screen blog puan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Hi, saya Nizha dr akhbar Kosmo, cuba hubungi puan tapi tak dapat. Minta kebenaran untuk menggunakan gambar koleksi sendiri anugerah simplot dan print screen blog puan. Terima kasih.

    ReplyDelete