Saturday, July 6, 2013

Italian Meatball Hoagie Braids

Entry pertama bulan Julai..ada 2-3 resepi lagi mieza tertunggak nak post..alahaiiii..memang busy sangat kat ofis..bila bermula semester baru memang sibuk sikit..bila dah 2-3 minggu tu baru lah lega sikit..insyaAllah mieza akan postkan entry yang tertunggah tu one by one...kepada semua visitors yang tak jemu-jemu mengunjungi blog WAWMC mieza ucapkan terima kasih..kepada yang e-mail mieza bertanya kan resepi, insyaAllah mieza akan balas email anda semua secepat mungkin...

Minggu ni adalah wiken yang terakhir sebelum kita menyambut Ramadhan al Mubarak...jadi mieza mengambil keputusan untuk mencuba resepi baru gaya Itali ini..kalau nak cuba resepi ni wiken depan errrr mengganggu ketebalan iman di bulan posa lak...insyaAllah iman Mama dan Papa boleh tahan lagi..takut iman anak-anak yang baru belajar berpuasa tu yang tak tahan...wahhh tak sabar nak menyambut bulan puasa..semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan dalam hidup mieza sekeluarga...



Berbalik kepada hoagir braids ni..memula dapat resepi tu mieza hairan juga macam nak buat hoagie braids tu..kan ke macam jalinan rambut anak dara kan...semalam mieza sanggup tak balik umah time lunch hour sebab nak google cara nak buat braids dengan doh..dan mieza jumpa caranya di SINI...

Rupanya senang je nak buat..adunan dohnya mieza guna adunan doh untuk cinnamon rolls hari tu..


ITALIAN MEATBALL HOAGIE BRAIDS


Untuk Doh:

3/4 cwn susu segar
1/4 cwn mentega, suhu bilik
3 1/4 cwn tepung serbaguna/gandum
1 sudu kecil yis segera (Mauripan)
1/4 cwn gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 cwn air
1 biji telur

Cara-cara:

1. Panaskan susu hingga sedikit mendidih, tutup api dan masukkan majerin. Kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cwn tepung, yis, gula & garam. Kacau sebati.
3. Tambahkan pula air, telur & campuran susu; pukul rata. Masukkan baki tepung, 1/2 cwn demi 1/2 cwn, kacau sebati. Tambahkan sedikit tepung jika adunan terlalu lembik Adunan sepatutnya melekit di jari.
4. Uli selama 5 minit, atau hingga doh kelihatan licin. Jika menggunakan mixer electrik, putar adunan dengan speed 2 @ 3 hingga sebati dan tidak melekat ditangan.
5. Tutup doh dgn kain lembab selama 20-30 minit. Sementara itu, boleh sediakan bahan untuk membuat meatball


Untuk Meatball

400 gm daging kisar - mieza guna brand Ramly
1 biji bawang besar - cincang
1 biji telur
1 1/2 cawan bread crumbs
1 st garam
1 st oregano
1 st rosemary
1 st thyme
2 sb tepung gandum - optional (sesetengah orang suka meatball yang sedikit kenyal..mieza tak letak tepung pun)
1 st coarse black pepper
Minyak penuh untk menggoreng.

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk dan digaul rata. Jika adunan terlalu lembik untuk diuli boleh dimasukkan sedikit tepung gandung.
2.  Bentukkan bulat sebesar bola ping pong.
3. Goreng di dalam minyak penuh sehingga garing. Angkat dan toskan minyak


Lain-lain bahan:

Sos spaghetti
Mozarella cheese
1 biji telur
2 sb susu segar
1 sb parmesan cheese

Cara membuat Italian Meatball Hoagie Braids:

1. Bahagikan doh kepada 4 bahagian sama banyak. Bentukkan doh seperti dalam gambar di bawah:

(gambar: pinjam Pak Cik Google punya)




 2. Ratakan 2-3 sudu besar Sos Spaghetti di tengah-tengah doh. Mieza guna sos Spaghetti Bolognese Leggo's.
3. Susun meatball secara memanjang diatas sos (seperti susunan fruit dalam gambar di atas).
4. Tuang lagi 2-3 sudu besar sos spaghetti di atas meatballs.
5. Taburkan keju mozarella di atas sekali dan jalinkan doh menjadi braids seperti dalam gambar.
6. Biarkan doh rehat selama 20-30 minit. Sementara itu panaskan oven 170'C.
7. Kocokkan sebiji telur bersama 2 sudu besar susu segar dan 1 sudu besar parmesan cheese. Sapukan kocokan telur ke atas doh dan taburkan bijan hitam.
8. Bakar selama 12 minit untuk oven fan assisted dan 15 minit untk oven biasa.

SELAMAT MECUBA

13 comments:

  1. salam kak mieza.. rindunya sama kak mieza.. ni huhu.. bestnya jalinan roti cantik.. pandai la kak mieza..

    ReplyDelete
  2. Assalam mieza...kalau buat hoagie braids ni tp letak isi sosej dgn cheese boleh x? rasa teringin laa nk try your recipe!

    ReplyDelete
  3. Mama sya..boleh dear..letak sosej pun boleh..selamat mencuba :)

    Wani..i miss you too dear..

    Adda..sedp sgt! :)

    ReplyDelete
  4. belstaff jackets, http://www.moncleroutletstore.us.com/
    tory burch outlet, http://www.toryburchoutletonline.in.net/
    hermes birkin, http://www.hermesbirkin.org/
    ugg outlet, http://www.uggoutletstore.eu.com/
    ugg outlet, http://www.snowboots.us.com/
    coach outlet, http://www.coachoutletstores.com.co/
    louis vuitton handbags, http://www.louisvuittonhandbags.org.uk/
    hogan, http://www.scarpehogan-outlet.it/
    ray ban sunglasses, http://www.ray-bansunglassess.in.net/
    nike air force 1, http://www.airforce1.us.com/
    christian louboutin, http://www.scarpelouboutin.it/
    louis vuitton outlet, http://www.louisvuittonoutlet.in.net/
    kobe shoes, http://www.kobeshoes.us/
    michael kors wallet, http://www.michaelkorswallet.net/
    canada goose outlet, http://www.canadagoose.us.org/
    michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutletonline.com/
    jordan shoes, http://www.jordanshoes.us.com/
    dansko outlet, http://www.dansko-shoes.us/
    football shirts, http://www.cheapfootballshirt.org.uk/
    nike mercurial, http://www.nikemercurial.org/
    nike free 5, http://www.nikefree5.us/
    ray ban sunglasses, http://www.raybansunglassesonline.us.com/
    ugg boots, http://www.uggaustralia.in.net/
    mbt shoes, http://www.mbtshoesoutlet.us.com/
    ugg outlet, http://www.uggsoutlet.us.org/
    nfl jerseys wholesale, http://www.nfljerseys-wholesale.us.com/
    coach outlet online, http://www.coachoutletonline.in.net/
    longchamp outlet, http://www.longchampoutlet.name/
    coach handbags, http://www.coachhandbagsoutletonline.us.com/
    1015maoqiuyun

    ReplyDelete