Saturday, August 17, 2013

Turkish Bread dan Salam aidil Fitri

Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri...sekejap je rasanya kita dah pun seminggu berhari raya..Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat juga kita menyambut hari raya yang mubarak pada tahun ini..semoga Dia mengizinkan mieza untuk menyambutnya lagi pada tahun hadapan InsyaAllah...


Hari ni banyak ke jemputan open house? Mieza tahun ni tak tahul lahnak buat open house ke tak sebab tak ada tangan yang nak membantu..nak masak sorang-sorang memang tak terdaya, kalau ada kawan-kawan yang nak datang beraya dan call awal maka sempatlah mieza sediakan serba sedikit..kalau datang secara surprise hahahaha maka hidangan mieza pun surprise lah juga! Tapi mieza tak hidangkan Turkish Bread ni, sebab bread ni dah abis..ni post tertunggak sebab bread ni dimasak dalam bulan posa yang lepas. Bila mood nak post malas maka berlambak lah netry tertunggak. Terima kasih kepada Chef Ammar Al Ali kerana sudi share resepi bread yang sedap ni di dalam rancangan Masak Dari Hati Masak Dengan Iman di TV Alhijrah. I'm your big fan!


TURKISH BREAD

1 sb yis kering
1 1/2 cawan air suam
1 1/2 sk garam
2 sb minyak zaitun
4 cawan (500 gm) tepung gandum
2 sb gula
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1 biji kuning telur
Sedikit bijan hitam

Cara penyediaan:

1. Satukan yis dengan 1/2 cawan air suam dan biarkan seketika.
2. Di dalam mangkuk pengadun, satukan tepung, garam dan gula. Gaul sebati.
3. Masukkan 1 biji telur, bancuhan yis, minyak zaitun dan susu segar ke dalam adunan tepung dan putar pengadun dengan putaran perlahan hingga adunan bercampur.
4. Masukkan 1 cawan air suam sedikit demi sedikit sambil diteruskan mengadun hingga adunan tidak melekat pada mangkuk. Air suam 1 cawan tidak semestinya dihabiskan berganting kepada adunan.
5. Apabila adunan sudah tidak melekat, putar dengan menggunakan kelajuan 3 selama 5 minit.
6. Keluarkan mangkuk dari mesin pengadun dan tutup dengan tuala bersih. Biarkan doh rehat selama 45 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
7. Ambil sedikit doh lebih kurang sebesar bola tenis dan bentukkan bulat. Canai doh seperti bentuk roti arab setebal 1 cm. Biarkan doh yang dicanai rehat selamat 20 minit.
8. Panaskan oven 170'C. Sapu doh yang telah dicanai dengan telur kuning yang telah dikocok dengan 1 sudu besar susu segar. Taburkan bijan hitam. Bakar selama lebih kurang 12-15 minit hingga roti keperangan.
9. Bila sudah masak, keluarkan roti dan sapu dengan sedikit minyak zaitun. Makan bersama Daging Thareed.


Turkish bread ni mieza makan sewaktu berbuka dengan Daging Thareed, juga resepi dari Chef Ammar. Resepi Daging Thareed ini akan mieza kongsikan dalam entry yang akan datang.

Di kesempatan ini mieza ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua pengunjung WAWMC yang tersayang.

Keluarga mieza; Dari kiri Adnin, Suami, Mieza, Umar (dipangkuan) dan Wawa.

Suka sangat dengan gambar ni.. Umar dan abang sepupunya, Abang Ngah.

Bersama ibu tersayang di pagi Syawal..Maafkan segala salah dan silap mieza ye mak..

Salam sayang dari mieza!

14 comments:

  1. alamak...nmpk sedap sgt laa turkish bread and daging thareed mieza ni... resepi daging thareed tu ada x? pedas x?

    ReplyDelete