Wednesday, April 30, 2014

5 Resepi WAWMC Di Dalam MIDI 1 Mei 2014

Alhamdulillahhhh
Bersyukur mieza dan blog WAWMC kepada Allah SWT kerana bulan Mei memberikan rezeki yang lebih kepada kami apabila tersiar dalam 2 majalah yang terkemuka tanahair...
Alhamdulillah kali ini 5 resepi dari blog WAWMC disiarkan dengan tema masakan kampung sempena Hari Ibu 2014...

Terima kasih mieza ucapkan buat Kak Shida dari majalah MIDI Karangkraf..seronoknya tak terkata bila melihat resepi WAWMC terpapar dalam majalah hebat ini buat kali pertama...anak-anak pun tumpang bangga...paling seronok nama mak mieza dan nama ibu mentua juga disebut sama..inilah hadiah teristimewa mieza buat mak dan mak mentua...

Buat yang belum beli, cepat-cepat gi beli ye...jangan ketinggalan tau...


PAU PANDAN INTI KELAPA

GULAI DARAT SIPUT SEDUT
PARI BAKAR SAMBAL KANTAN

ROTI JALA
KARI AYAM KERISIK

Selamat mencuba dan terima kasih sekali lagi MIDI...kami di WAWMC amat menghargai peluang ini ^__^

Monday, April 28, 2014

Temui WAWMC Di AROMA Mei 2014

Asslamualaikum...semoga ceria-ceria selalu hendaknya...

Dah beli Majalah resepi AROMA keluaran Mei 2014? Kalau belum cepat-cepat ke kedai magazine berhampiran dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai resepi yang sediakan di dalam majalah kegemaran ramai ini...

Alhamdulillah...mieza dan blog WAWMC sekali lagi diberi peluang untuk berkongsi resepi dalam keluaran kali ini...jutaan terima kasih kepada Saudara Faris Elazhar kerana sudi menghubungi mieza...seronok sangat sebab keluaran kali ni memaparkan 7 resepi dari blog WAWMC..alhamdulillah...
 

Yang paling seronok Umar lah sebab gambar dia masuk magazine...wahhhh baru 3 tahun dah masuk magazine...mama ni dah tua tua baru dipinang orang...hahahah...seronok lah dia sambil tunjuk-tunjuk gambar dia..jerit-jerit dia bagitau papanya yang dia masuk mag...


Semua 7 resepi yang dipaparkan oleh AROMA keluaran kali ni semuanya pernah mieza share di blog ini...
APAM PISANG BAKAR dan APAN TEPUNG BERAS


AYAM POPCORN dan PUTU HALBA


ROTI EPAL SPIRAL


KERABU JANTUNG PISANG dan KERABU SUHUN

AROMA keluaran kali ini memaparkan 11 resepi sahabat dan kakak mieza dari Lahad Datu iaitu Kak Salami Simon...jemput tekan link ini untuk lihat dan baca ceritanya tentang resepi beliau di AROMA Mei 2014..jodoh bertemu kak Amie di dalam mag...walaupun belum pernah bertemu secara live lagi...

Terima kasih sekali lagi AROMA dan selamat mencuba kekawan yang disayangi semua :)

Friday, April 11, 2014

Crunchy Caramel Almond

Dah pernah makan cookie ni?
Cukup fames sekarang ni dan sangat mahal...selepas membeli sebalang dari seorang kawan, mieza kemudiannya decide untuk mencubanya sendiri sebab cara nak buatnya cukup senang...sedap dijadikan snek ketika buat kerja sekolah atau sambil tengok TV.. :)


Kalau dah senang nak membuatnya kenapa mahal sangat...meh mieza cerita..
Harganya mahal kerana bahan-bahan yang digunakan semuanya mahal-mahal..tepung Florentine tu harganya RM21 untuk 500gm...ini harga di Tg Malim...mungkin di tempat lain murah lagi..
Almond flake dan kuaci tu juga mahal...kemudian balang lagi kan...nak kena caj elektrik dan depreciation oven dan juga margin untung...jadi tak heranlah kalau mahal harganya...jadi kalau nak jimat meh ler cuba sendiri...tapi kalau malas atau susah nak cari bahan...hmmmm beli je lahhh cepat!



CRUNCHY CARAMEL ALMOND

200 gm tepung florentine
200 gm badam keping
100 gm kuaci hijau
20 gm bijan hitam






Cara-cara:

1. Panaskan oven 160'C.
2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan digaul sebati.
3. Alas loyang bersaiz 14 inci x 14 inci dan alas dengan kertas kek yang tak melekat (boleh dibeli di kedai kek, jangan guna kertas minyak biasa kerana biskut ini akan melekat)
4. Tuang adunan biskut ke dalam loyang yang telah dialas dan ratakan.
5. Bakar dalm oven selama 10 minit atau hingga kekuningan.
6. Keluarkan dan biarkan selama 1-2 minit dan terus dipotong  sebesar 1 inci x 2 inci atau mengikut saiz yang dikehendaki . Harus diingat, biskut ini hendaklah dipotong semasa ia sedang panas.
7. Simpan dalam bekas udara.



Satu resepi biskut untuk hari raya dah siap :)

Friday, April 4, 2014

Nasi Daging Berempah, Air Asam Kerisik dan Dalca

Nak masuk satu entry punslow macam siput je kan..nak buat macam mana...mieza sekarang memang super duper busy sejak kembali menjadi pelajar..tambahan pula menjadi pelajar PhD yang tidak terikat dengan jadual kuliah menyebabkan mieza terpaksa mendisiplin diri jika nak graduate on time..insyaAllah...semoga rakan-rakan sudi mendoakan kejayaan mieza..

Tapi kesian juga kat suami dan anak-anak..jadi wiken mieza meluangkan sedikit masa masak untuk hidangan keluarga..dan nasi daging ini ialah feveret suami! Katanya maknya dulu selalu masak nasi ni..dah lama merancang nak masak nasi daging ni..tapi kat Tg Malim ni memang susah nak dapatkan daging segar...

NASI DAGING BEREMPAH

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
1sb rempah Nasi Bukhari
 
Cara-cara
  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
  2. Daging direbus seketika hingga empuk. Simpan air rebusannya untuk memasak nasi.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging rebus dan air daging juga .Masukkan pula tomato pureei.
  4. Seterusnya  susu,kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
  6. Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  7. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
  8. Hidangkan Nasi Daging bersama air asam dan dalca

Air Asam

Bahan-
4 biji cili api hiris kecil
1 biji cili merah - hiris
1 ulas bawang Putih - tumbuk lumat
1 inci belacan yg di bakar
1 sb kerisik
60 ml air asam jawa
1 sk gula
secubit garam
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - hiris
Perahan jus limau nipis

Satukan kesemua bahan di dalam bekas dan gaul rata. Rasakan masam manis dan masinnya.

SELAMAT MENCUBA