Thursday, July 10, 2014

Hati dicuri Nescafe' Dolce Gusto, Cinta Mula Berputik pada Marrakech Tea




Bila menyebut tentang Nescafe’, saya mesti teringatkan iklan Nescafe Shake yang sering tersiar di kaca TV pada tahun 1993 dulu. Waktu tu saya masih belajar di tingkatan 5 di sebuah sekolah terkenal di Kota Bharu, Kelantan. Nescafe Shake lah peneman setia saya belajar untuk SPM. Rasa mengantuk waktu belajar tidak terasa dengan ditemani Nescafe. Tabiat meminum kopi semasa menelaah pelajaran tidak berhenti sehingga sekolah menengah saja. Tabiat itu seakan sebati dengan diri saya sehingga saya belajar di IPT di Kuantan dan seterusnya melangkah jauh ke negara orang di Amerika Syarikat. Saya adalah seorang yang suka belajar hingga lewat malam dengan mula ‘memegang’ buku pada pukul 10 malam dan akan berakhir pada jam 2 pagi, hampir setiap malam. (Ya, percayalah, hampir setiap malam). Tatkala kawan sebilik sedang enak dilamun mimpi indah, saya masih lagi menghirup secawan Nescafe yang berada di tangan kiri saya dan pen pencatat nota di tangan kanan. Indahnya saat itu jika dikenang kembali. Saya seorang yang ‘carefree’, terasa bebas mengharungi hidup bergelar pelajar. Mana mungkin saat-saat indah seperti itu akan kembali lagi, hanya sekali sahaja melewati setiap usia. Namun penglewatannya adalah suatu yang mana mungkin ada galang gantinya, biarpun usia melewati seratus tahun.



Kini, di usia melewati 30-an, Nescafe masih lagi menjadi teman setia saya. Kami seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi. Jiwa kami sama, hati kami telah lama bertaut menjadi satu. Saya akui ‘mencintai’ Nescafe dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya. Cinta saya kepada Nescafe menjadi semakin membara lebih-lebih lagi bila Nescafe memperkenalkan saya dengan produk terbarunya. Ya, apa lagi kalau bukan Nescafe’ Dolce Gusto! 

Eh eh, apa benda pula Nescafe Dolce Gusto ni? Menyebut namanya saja sudah membuat jiwa saya bergetar!
Tak cukup tangan nak pegang semua variasi Nescafe Dolce Gusto!

Seunik namanya, Nescafe Dolce Gusto adalah minuman gaya cafe pelbagai perisa hasil inovasi kreatif Nestle khas buat peminat-peminat kopi hebat dunia. Nescafe Dolce Gusto mengizinkan kita untuk menikmati minuman gaya cafe dengan hanya berada di rumah. Terdapat pelbagai jenis Nescafe Dolce Gusto yang dikategorikan kepada 5 kategori iaitu Bold & Intense, Frothy & Milk, Chocolate Indulgence, Unexpected dan Cool & Refreshing. Antara variasi produk Nescafe Dolce Gusto ialah Cappuccino, Latte Macchiato, Grande Intenso, Espresso, Lungo, Chococino, Mocha,Cappuccino Ice, Caramel Latte-Macchiato, Vanila Latte-Macchiato, Chai Tea Latte dan yang paling berjaya membuat saya terpukau dan terus jatuh cinta ialah Marrakech Tea. 
 
Saya sudah jatuh cinta! Nescafe Dolce Gusto- Marrakech Tea!
Ya! Anda tidak salah membacanya! Saya memang menulis ‘Tea’. Terasa pelikkan? Nescafe yang terkenal dengan produk kopinya tiba-tiba menghasilkan produk teh? “Biar betul?” adalah soalan saya yang pertama kepada Nescafe sewaktu pertama kali bertembung mata dengan Nescafe Dolce Gusto- Marrakech Tea ini. Tapi ya! Itulah hakikatnya, ia memang sejenis teh yang diinovasikan penghasilannya oleh Nescafe!

Wah! Terujanya saya! Tentu anda juga teruja seperti saya kan? Jika jawapan anda ialah ‘Ya’ maka sahlah kita berkongsi perasaan yang sama terhadap Nescafe!

Sebelum kita bercerita tentang aspek rasa dan seterusnya emosi apabila meminum Marrakech Tea ni, ayuh kita tengok bentuk dan penampilannya (look) dulu. 

Ini saya punya! Mana anda punya?
MasyaAllah, sungguh kiut, comel dan uniknya penampilan produk Nescafe Dolce Gusto ini di mana kesemua variasi minuman gaya cafenya dihasilkan dalam bentuk kapsul bijak (smart capsules) dengan pelbagai warna yang memikat untuk membezakan setiap jenis minuman sama ada coklat, kopi dan teh. Setiap kapsul diisi dengan bijirin kopi atau teh bersama susu yang telah dikompres. Bagi Marrakech Tea pula, setiap kapsul telah diisi dengan serbuk teh hijau yang bermutu tinggi bersama gula, dan perisa ‘mint’ yang meletakkan Marrakech Tea di prestij yang lebih tinggi berbanding dengan teh-teh lain di pasaran. Setiap kapsul Nescafe Dolce Gusto dicipta dengan justifikasi bahawa setiap minuman memerlukan tahap tekanan yang berbeza. Sebagai contoh, penyediaan Espresso memerlukan tekanan yang lebih tinggi sementara untuk penghasilan buih susu (frothy milk) dalam Latte Macchiato memerlukan tekanan yang kurang. Atas alasan tersebut Nescafe, dengan penggunaan teknologi yang unik, telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan kapsul minuman yang boleh mengatur tekanan mengikut jenis minuman yang diidamkan pengguna. Selain dari senang dipegang, kapsul bijak Nescafe Dolce Gusto juga sangat ringan menjadikan ia sangat senang dibawa terutamanya ke pejabat. Untuk kaum wanita bekerjaya macam saya, saya boleh masukkan beberapa kapsul Nescafe Dolce Gusto ke dalam ‘handbag’ untuk dijadikan stok di pejabat. Bentuknya yang comel dan warnanya yang menarik terkadang membuatkan saya rasa sayang nak bancuh! Rasa nak pegang dan main-main saja dengan kapsul-kapsul tersebut.
 
Seterusnya, jika penghasilannya dalam bentuk kapsul sebegitu, bagaimana pula untuk membancuh variasi produk Nescafe Dolce Gusto ini?

Berbalik kepada Marrakech Tea, fokus utama penulisan blog saya pada kali ini, macam mana nak bancuh Marrakech Tea ni? Atau secara spesifiknya bagaimanakah langkah penyediaan minuman dari variasi kapsul bijak Nescafe Dolce Gusto? Adakah perlu direndam kapsul teh tersebut ke dalam air panas sebagaimana membancuh teh uncang yang lain?  

Owhhhh tidak! Tentu sekali tidak begitu cara membancuh Marrakech Tea! Seistimewa kapsul tehnya, maka bancuhannya juga tentulah istimewa.

Usah cerita tentang rasanya kerana kehijauan warnanya sudah cukup menenangkan.

Marrakech Tea dan juga semua variasi produk Nescafe Dolce Gusto yang lain boleh dibancuh menggunakan mesin Nescafe Dolce Gusto atau salah satunya ialah Mesin Mini Me seperti dalam gambar di bawah. Secomel kapsul tehnya, mesin pembancuhnya juga sangat comel dan mudah alih. Kerana kecomelannya, mesin Mini Me boleh diletakkan di mana-mana sahaja di rumah seperti di atas meja makan, meja kopi, atas cabinet mahupun di atas meja sisi di bilik tidur! Untuk yang suka membaca di atas katil, jika tekak terasa haus dan mengimpikan segelas kopi atau teh, apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan kapsul Marrakech Tea ataupun mana-mana kapsul pilihan anda dari variasi Nescafe Dolce Gusto ke dalam mesin Mini Me dan tolak saja butang ‘on’ kekiri atau kanan mengikut pilihan sama ada mahukan minuman panas atau sejuk, untuk menghasilkan kopi atau teh yang menakjubkan dalam masa tak sampai 3 minit! Wahhhh sungguh pantas dan menjimatkan masa untuk menyediakan teh dan kopi dari pilihan Nescafe Dolce Gusto! Apabila butang ‘on’ diaktifkan, terdapat jarum kecil yang akan menyuntik ke dalam kapsul dan membenarkan air panas untuk masuk melaluinya dan dengan tekanan dan suhu yang bersesuaian air panas akan bersebati dengan kandungan kapsul untuk menghasilkan minuman yang sungguh enak dan beraroma. Berbanding dengan kaedah penyediaan teh secara tradisional, penggunaan mesin Mini Me dan variasi produk Nescafe Dolce Gusto adalah cepat dan bersih. Dan yang paling penting - mudah alih!

Mini Me saya!

Untuk wanita bekerjaya macam saya, tentulah saya akan meletakkan satu mesin Mini Me bersama Marrakech Tea dan lain-lain variasi kapsul Nescafe Dolce Gusto di bilik pejabat saya! Saya dapat bayangkan rakan-rakan sepejabat tentu cemburukan mesin Mini Me saya! Tapi jangan cemburu lebih-lebih sebab mesin Mini Me ini tidaklah semahal yang disangkakan. Saya pasti semua orang mampu memilikinya kerana harganya sangat berpatutan berbanding dengan mesin pembancuh kopi yang lain di pasaran. Dengan hanya dari RM399, anda boleh memiliki mesin Mini Me yang ditawarkan dalam 3 warna yang berbeza iaitu putih, hitam dan merah ceri. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih tinggi, anda juga boleh memilih variasi mesin yang lebih memberi impak yang besar dari variasi Genio, Melody, mahupun Circolo Automatic. Membang rambang mata melihat pilihan mesinnya. Melihat kepelbagaian pilihan yang ditawarkan sudah membuatkan saya tak senang duduk dan teruja untuk memilikinya, apatah lagi jika saya dapat menyentuh, menghidu dan memeluknya! Jika anda bijak sudah tentu anda juga tidak akan melepaskan peluang memiliki mesin Mini Me dan juga variasi kapsul Nescafe Dolce Gusto ini!

Ia boleh dibeli secara atas talian di sini 



Waktu berlalu pantas bersamamu Marrakech Tea!

Percayalah pada saya! Secawan Marrakech Tea memang tak cukup bagi saya. Saya nakkan lebih! Ayuh saya ceritakan tentang rasa (taste) dan perasaan (feel) bila meminumnya pula.

Sewaktu bersahur satu pagi, saya meminta suami bancuhkan saya secawan Marrakech Tea. Itu adalah kali pertama saya minum teh istimewa ini. Suami dan anak-anak semuanya teruja untuk melihat dan merasai teh yang dihasilkan oleh mesin Mini Me kami.

 Adakah aku akan bersamamu lagi keesokan hari?
Perkara pertama yang saya lakukan ialah menghidu Marrakech Tea. 

 Pertama kali mata bertentang mata ^__^

Hmmmm baunya, Ya Allah cukup menyegarkan. Di dalam teh ini terdapat bau berangin (mint) yang mampu membuat mata kita yang mengantuk untuk bersahur di pagi hari terbuka dengan luas. Tak percaya? Anda kena cuba sendiri untuk membuktikannya. Dan warna kehijauan lembutnya membuat saya rasa cukup tenang bagaikan hilang segala kepenatan bekerja sepanjang hari pada waktu siangnya ditambah dengan kepenatan berpuasa di bulan Ramadhan. Bak kata orang Melayu, ‘sejuk mata memandang’.

Tapi mana cukup sekadar menghidu saja kan? Tatkala bibir cawan menyentuh bibir saya, Masya Allah, jiwa saya turut bergetar. Dan waktu itu saya telah pasti, hati saya telah diragut Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea! Saya dapat merasakan yang saya telah ‘curang’ kepada kopi yang selama ini setia menemani saya saban hari. Hari ini saya telah membuat keputusan untuk meneruskan hidup saya dengan teh. Tapi teh bukan sebarang teh, ianya mestilah Marrakech Tea dari variasi Nescafe Dolce Gusto!

Tatkala bibirku menikmati keharumanmu..
Hirupan yang pertama, hmmmm. Hirupan kedua, ketiga, owhhhh saya tak boleh berhenti sehingga suami merebutnya dari tangan saya. Memang sedap sangat teh ini. Rasanya yang berangin (minty flavor) membuatkan saya betul-betul segar dan berselera untuk bersahur! Manisnya yang cukup-cukup sahaja. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak menggemarkan minuman yang manis. Tak perlu tambah gula lagi! Dengan erti kata lain ianya ‘a perfect all-in-one’. Jika kita perhatikan, di atas penutup kapsul ada ditandakan paras air (water level) yang disarankan. Paras air ini kita perlu laraskan pada mesin Mini Me. Banyak mana kuantiti bancuhan minuman adalah mengikut paras air yang telah kita laraskan pada mesin terlebih dahulu. Walau bagaimanapun jika kita sukakan teh atau kopi yang agak nipis,  paras air boleh ditinggikan. Untuk Marrakech Tea paras bancuhan air adalah pada kedua teratas. Jika mahukan Marrakech Tea yang agak nipis kita boleh laraskan air pada paras yang teratas. Mungkin sedikit gula perlu ditambah jika paras air dilaraskan pada paras ini. Ataupun biarkan saja rasa manis yang sedia ada, lebih sihat rasanya.

Pilihan paras air yang perlu dilaraskan
Jika hati sudah cinta maka tentulah yang baik-baik saja kita bualkan tentangnya. Tidak saya nafikan Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea telah mengikat saya ketat-ketat dari segi sentuhan (touch) dan emosi (emotions). Disebabkan sekarang ini bulan puasa, saya tertunggu-tunggu azan Maghrib berkumandang untuk saya segera ‘dating’ dengan Marrakech Tea saya. Saya seakan-akan dapat menghidu baunya yang menyegarkan itu sejak dari di pejabat. Rasanya pula membuatkan saya terbayang-bayang sedang menghirupnya. Rasa beranginnya sangat sejuk dan mendamaikan bergerak melalui anak tekak yang seharian kehausan lantaran berpuasa. Ya Allah, andainya saya boleh berkongsi dengan anda semua segelas Marrakech Tea saya ini, saya pasti akan berbuat demikian agar anda semua merasai keunikan rasanya yang tak tergambar dek perkataan.
  
Selepas memakan sebiji kurma semasa berbuka puasa, secawan Marrakech Tea suam telah menjadi pilihan saya sejak saya mula mengenalinya. Ia membuatkan saya merasa segar, konfiden, bertenaga, pro-aktif, bersemangat dan positif. Ikatan suami isteri juga menjadi semakin intim dan mesra. Masakan tidak, suami sekarang ni menjadi semakin manja di mana dia akan bersama-sama berkongsi cawan minum Marrakech Tea kami. Di mana bibir saya menyentuh bibir cawan sewaktu minum Marrakech Tea, di situlah juga suami akan menyentuhkan bibirnya. Terima kasih Marrakech Tea dari variasi Nescafe Dolce Gusto kerana menyemarakkan lagi api cinta antara kami. Semoga kasih sayang dan cinta di antara kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami.
 
Kita berkongsi sentuhan dan emosi yang sama
Selain dari mengeratkan ikatan dan kasih sayang suami isteri, Marrakech Tea juga telah membawa saya kembali mengingati zaman sekolah kanak-kanak saya di mana air tangan dan kehangatan kasih sayang seorang ibu seakan masih terasa sehingga kini. Masih saya ingat sewaktu usia kecil saya di mana ibu saya sering membekalkan saya air teh yang dibancuh bersama daun pudina sebagai peneman kepada bekal yang saya bawa ke sekolah setiap pagi. Masih terasa kedinginan air teh bancuhan ibu dan rasa berangin dingin dari daun pudina. Siapa sangka nostalgia lama itu berulang kembali dengan sentuhan teknologi moden di dalam Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea. Sejarah kini berulang kembali. Kini giliran saya pula menyediakan teh berangin sebagai pelengkap bekal ke sekolah anak-anak saya bersama Marrakech Tea. Walaupun penyediaannya bukan lagi setradisional penyediaan ibu, matlamatnya tetap sama iaitu melahirkan kasih sayang buat penyambung warisan melalui makanan dan minuman. Semoga anak-anak saya mengerti akan kasih sayang ini sebagaimana saya mengerti akan kasih sayang yang dicurahkan ibu buat saya.

Ke mana jua kakiku melangkah, hatiku tetap bersamamu
 Satu perkara lagi yang saya mesti kongsikan dengan semua pembaca. Marrakech Tea ini sangat baik untuk mengubati sembelit. Bagi sesiapa yang ada mengalami masalah tidak lawas membuang air, saya sarankan untuk mengambil Marrakech Tea ini setiap pagi dan malam. InsyaAllah proses membuang air akan menjadi semakin lancar dan tidak ada lagi masalah kembung perut akibat sembelit. Nah, bukanlah Marrakech Tea adalah minuman yang sangat lengkap dari segi nutrisi dan kesihatan. Memilikinya bukanlah satu penyesalan.

 Gaya moden ini hanya berharga RM399!

Jadi bagaimana untuk memilikinya?

Pelanggan tidak perlu bersusah payah ke pasaraya, tak perlu bersusah payah mencari parking dan beratur untuk membayar di kaunter juruwang kerana pembelian boleh dibuat secara atas talian di sini 

https://www.dolce-gusto.com.my atau terus ke sini 


Sekotak Marrakech Tea (16 kapsul) dijual pada harga RM27.99.

 Milikinya hanya pada RM27.99 (16 kapsul)

Sekarang saya tak perlu lagi ke kedai atau mengambil masa yang lama untuk menyediakan teh saya. Penyediaan teh kini menjadi semakin cepat, mudah dan bersih dengan kehadiran Nescafe Dolce Gusto mewarnai kehidupan saya dan mungkin juga kehidupan anda. 

Nantikan post saya yang akan datang di mana saya akan berkongsi saat-saat manis saya menikmati Marrakech Tea bersama pelbagai hidangan pelengkapnya. Tentu anda teruja kan? Tungguuuuuuu....

Marrakech Tea- bukan sekadar rasa, tapi perasaan.
Untuk lebih informasi berkenaan dengna variasi produk Nescafe Dolce Gusto bolehlah layari



1 comment: