Lain pula tajuk post mieza kali ni ye? Udah la lama tak online..tetiba keluar pulak post macam ni...
Buat yang selalu follow post blog WAWMC mieza memang busy sikit dengan study sekarang ni..masak pun ala kadar saja..kalau masak beriya pun lupa nak snap gambar...
Jadi kali ni bukan nak cerita pasal masakan dan resepi tapi nak cerita tentang kempen "Save a Child Every Minute" bersama RB (dulu dikenali sebagai Reckitt Benckiser). Dua hari lepas mieza dihubungi oleh event manager kempen dan memohon untuk publish post ini di laman blog mieza..mendengar kempen yang sangat menarik dan merujuk kepada golongon comel yang kita kekadang lupa akan kewujudannya dek kesibukan harian membuat mieza tidak berfikir dua kali untuk menerima pelawaan tersebut. Apatah lagi kehidupan mieza sendiri yang disinari tiga anak membuatkan mieza terpanggil untuk korbankan sedikit masa yang sangat berharga ini untuk menulis post ini.
Kempen Save a Child Every Minute digerakkan oleh RB sebuah syarikat peneraju dunia bagi produk kesihatan dan kebersihan pengguna. Kempen ini dilancarkan di seluruh negara dengan tujuan mencegah kematian akibat cirit-birit di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Bersandarkan visi global dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kebersihan untuk lebih 200 juta individu menjelang 2020, RB telah bekerjasama dengan Save the Children untuk menangani kekurangan amalan kebersihan dan fasiliti kebersihan. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, RM1 daripada setiap jualan berjumlah RM20 bagi produk Dettol dan Harpic di antara Ogos dan September 2014 akan disalurkan kepada Save the Children untuk program mencegah kematian akibat cirit-birit ini. Melalui inisiatif serupa sepanjang tahun ini meliputi negara di Asia Tenggara seperti India, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Sri Lanka, RB menyasarkan untuk meraih kutipan keseluruhan bernilai GBP 280,800.
Mungkin ramai yang tidak maklum bahawa 800,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mati setiap tahun akibat cirit-birit. Mungkin ramai juga yang sedar akan bahaya wabak cirit-birit ini tetapi berapa ramaikah yang telah mengambil langkah untuk membenterasnya dengan menjaga ciri-ciri kesihatan yang kesihatan yang baik? Berapa ramaikah yang mencuci bilik air di rumah kita sekurang-kurangnya sekali dalam sehari? Dan berapa ramaikah di antara kita yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mencuci tangan setiap kali ke tandas? Mungkin langkah-langkah ini nampak remeh tetapi ia adalah langkah awal pencegahan cirit-birit.
Kerana prihatin akan masalah kesihatan yang melanda kanak-kanak di seluruh dunia ini, RB dengan bakat-bakat baharu yang merangkum sempurna dari segi intelektual dan komitmen sehingga kepada standard kualiti tertinggi, bersedia untuk mencorak semula dunia kesihatan dan kebersihan pengguna. Dengan kerjasama bersama Save the Children yang juga berkhidmat di lebih 120 buah negara, dengan tujuan "Save a Child Every Minute" dijalankan menerusi pendekatan holistik dalam merawat dan mencegah insiden cirit-birit dan juga bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam menangani masalah ini. Bermula sejak Ogos tahun ini RB menyasarkan untuk meraih RM50,000 dengan menderma sebanyak 5% daripada hasil jualan produk Dettol dan Harpic sepanjang Ogos hingga September 2014.
K
Marilah kita sama-sama menyumbang kepada kempen ini dan sekali gus "menderma sambil memakai". Mungkin tanpa kita sedari peratusan yang kecil dari pembelian produk Dettol dan Harpic telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang diserang wabak merbahaya ini. Mieza sendiri adalah pengguna kedua-dua produk ini. Suami dan anak-anak mieza memang gemarkan rasa segar cecair mandian Dettol sejak bertahun lamanya. 3 bilik air di rumah kami sentiasa dilengkapi mandian ini. Dettol handwash pula sentiasa menemani tepi sinki di bilik air mahupun sinki dapur. Bukankah kebersihan itu berpunca dari kebersihan tangan? Jadi kami selalu mengamalkan mencuci tangan setiap kali keluar dari bilik air dan juga sebelum dan selepas makan.
Ini pula Harpic pencuci tandas. Tentu kita ingat iklan Harpic bersama Afdlin Shauki kan? Mieza suka menggunakan produk ini untuk mencuci tandas bukan sahaja disebabkan oleh bentuknya yang sangat praktikal tetapi juga kesegarannya yang sukar ditandingi pencuci tandas yang lain.
Jadi apa tunggu lagi..ayuh lah membeli produk Dettol dan Harpic keluaran RB di pasaraya berhampiran sekarang juga. Marilah kita menggunakan produk ini sambil menderma. Semoga amalan abik kita akan diterima Allah SWT.
SAVE A CHILD EVERY MINUTE