Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, November 18, 2010

Ketupat Pulut




First time buat ketupat sendiri. Selama ni orang lain yang masak, aku cuma tolong bungkus. Tapi sebab tak balik kamoung raya haji punya pasal maka terpaksalah mencubanya sendiri. Alhamdulillah resultnya tak mengecewakan walaupun tidak lah tergolong dalam golongan yang cemerlang buat ketupat hahahaha. Aku memang tak pandai bungkus ketupat guna daun palas, jadi kali ni aku balut guna daun pisang jer. Kemudian diikat dengan tali rafia. Kalau guna daun ketupat atau daun tebu rasa ketupat lagi sedap. Tapi ok la, buat hilang kempunan nak makan ketupat di pagi raya. Selalu kalau balik Kelantan mak tempah je sebab tak larat nak membalut ketupat. Kalau balik Kedah lak, mom in law selalu upah orang buat. Kali ni terpaksa la aku cuba sendiri. Senang jer sebenarnya buat ketupat ni. Cuma part membungkus tu yang jadi lomah skit!


KETUPAT PULUT

1 kg beras pulut (for a family of 5 like mine)
1/2 kg santan pati santan
sedikit garam
Sedikit kacang merah yang telah direbus - optional
Daun palas secukupnya - boleh ganti dengan daun tebu atau daun pisang

Cara-caranya:

1. Cuci beras pulut macam biasa. Kemuaian masak pulut dengan santan dan garam hingga separuh masak.

2. Gaulkan dengan kacang merah yang telah direbus. Boleh juga digaul dengan jagung (yang direbus terlebih dahulu) ikut kegemaran masing-masing. Biarkan sejuk sedikit barulah dibungkus.

3. Kepalkan pulut dan bungkuskan ke dalam daun palas.

4. Masukkan ketupat ke dalam periuk dan dimasukkan air sehingga separuh penuh. Rebus sehingga air kering.

5. Selamat mencuba!

Rendang Daging




Sebelum terlambat diucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini. Lama sangat dah saya tak berblogging due to my health condition. Third pregnancy ni alahannyer teruk sungguh sampai terpaksa sebulan ambik cuti. Dah tak sabar nak tunggu due in Feb next year. Hopefully this time is a boy. Teringin sangat nak ada bb boy. Tapi kalau Allah SWT kurniakan zuriat perempuan lagi pun, tak apa. Bersyukur tidak terkira. Janji semua sihat dan selamat. Raya haji tahun ni tak balik kampung. Tak larat benor rasanya nak dok dalam kereta travel lelama. I suffer from chronic back and bum pain. Dok lelama memang tak tahan. Oleh sebab tak balik maka terpaksalah kreatifkan diri di dapur siapkan juadah raya untuk anak-anak. Nak masak lebih-lebih memang tak larat. Yang terhasil cumalah ketupat pulut dan rendang daging. Lunchnya cuma masak nasi ayam. Sedih lak tengok my girls yang teringin nak balik kampung beraya dengan atuknya. Rendang ni first time i buat. Tak pernah buat pun selama ni. Cuma try and error kebetulan ada daging sikit dalam peti ais. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Suami dan anak-anak suka. Berbaloi rasanya masak walaupun sakit-sakit pinggang sebab tengah sarat...:D


RENDANG DAGING

1 kg daging batang pinang - dipotong nipis
1 mangkuk santan pekat
1/2 cawan kerisik
1/2 keping gula melaka
Sedikit air asam jawa
5 camb rempah kerutuk- boleh juga pakai rempah kari atau rempah kurma. Rempah ni jadikan pes
Daun limau purut - dihiris
Daun kunyit - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan giling:
8 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
10 biji cili kering - kalau suka pedas boleh letak banyak lagi. Saya letak sikit je sebab anak-anak tak boleh makan pedas
2 cm halia
2 cm lengkuas
5-6 batang serai

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi.

2. Masukkan pes rempah kerutuk dan ditumis lagi sehingga wangi dan garing.

3. Masukkan daging, kacau rata-rata dan bolehlah dimasukkan santan. Masak hingga daging empuk. Gunakan api yang sederhana sahaja. Jangan api terlalu besar.

4. Masukkan pula air asam jawa, gula melaka, kerisik, dan garam. Bila kuah dah agak pekat dan kering, masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang telah dihir. Kacau rata.

5. Rendang ini sedap dimakan bersama ketupat mahupun nasi putih sahaja.

Monday, June 14, 2010

Sup Cendawan

Baru berkesempatan nak tulis resepinya...mintak maaf banyak-bantak kepada pengunjung yang dah masuk berkali-kali tapi resepi ni tak der pun kat sini...sebebnarnya aku dah lupa yang aku belum update sup cendawan ni...ampun kan daku! Resepi ni simple tapi anak-anak dan suami cukup suka hirup...slrupppp!





SUP CENDAWAN

Bahan-bahan:

1 paket cendawan tiram - RM2 sepaket, siat-siatkan
1 paket cendawan butang - belah 4
1 paket cendawan halus tinggi (ahakksss aku tatau nama dia tapi bentuknya tinggi dan kurus warna putih) - cuma potong akarnya
1 batang celeri - hiris serong
1 biji tomato - belah 8
1 biji bawang besar - belah 8
3 biji bawang putih - ketuk
1/2 camt serbuk lada sulah
1/2 kiub pati ikan bilis
6-7 ekor udang - buang kulit
6 biji fishball - belah 2
Sedikit daun bawang dan daun sup - potong 2 cm panjang
Garam gula
1 mangkuk air untuk kuah


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga perang kemudian dimasukkan air. Biarkan hingga air mendidih.

2. Masukkan udang, fishball, kiub bilis,bawang besar celeri dan lada sulah. Biarkan seketika.

3. Akhir sekali masukkan cendawan, tomato dan rasakan garam gula. Masak sekejap sahaja sebab cendawan cepat lembut. Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum diangkat.

Clam Tumis


I don know what it real name is..but it's from clam family..my mom in law kata orang Kedah panggil lala..but for some other people lala is the one we call 'retak seribu'..look like 'etak' for some Kelantanese call it..tapi etak kembung sikit..this one nipis skit.. what ever it name is, it is so damn delicious...nyum nyum..first time jumpa kat Pasar Minggu Pekan Langgar..RM3 per kg...ini resepi dapat selepas temuramah sorang mak cik yang sama sama beli clam ni...hasilnya tidak mengecewakan.




CLAM TUMIS

Bahan-bahan:
1 kg clam - cuci dan toskan
3 batang serai - diketuk
2-3 helai daun kunyit -siat-siatkan
2 camb sos tiram
Minyak untuk menumis
1 cawan air
Garam gula
2 biji tomato - belah 4

Bahan kisar:
4-5 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci halia

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga garing.

2. Masukkan sos tiram dan dikacau seketika dan dimasukkan buah tomato.

3. Masukkan clam, air, dan daun kunyit. Masak hingga clam terbuka dan mendidih. Rasakan garam gula.

4. Boleh di makan dengan nasi putih..tapi lagi sedap untuk diratah begitu saja...nyum nyum :)

Wednesday, June 9, 2010

Simple Yet Mouthwatering Lunch
















There was not much left in the fridge since we are leaving for our kampung in a few days. A few ikan kembung, one siakap head, a packet of artificial crab meat, a packet of fish balls, and 2 packet of coconut milk in the freezer. Looking down the fridge, i found 2 bunches of pak choy, 1 packet of ikan pekasam, a few eggs, and 2 cans of sardines. Hmmm enough supplies for 3 more days i believe. And i dont want to shop for the new stock of groceries until we return, after spending a week or so, from Alor Setar. So i make use of whatever left for us in the fridge and pantry. This will do i guess. Not so rich but sufficient. Simple, but if one knows how to perfectly improvise, the dish could be very very mouthwatering! I alwiz loved to eat fish head curry, so does my husband. What to expect, he's from the north side of the country! But looking at my weight rite now, i guess i should be a lil bit easy on fat-rich food. But i cant, it's like the food is waving for me and i dont have a heart not to taste them...ngeeeeeee, an excuse again...The curry is Siakap head. Cost me RM5.40 per head. The seller tried to cheat me though. She said the head is RM12 per kg and she tried to charge me RM6 for 450gm. Thank God my mum sent me to good school that i know to calculate fast. Pity the seller huh. Though it was only RM0.60 difference but it's still money. To be accurate it was MY money that the seller tried to 'steal'. What make me sad thou, the seller is Muslim Malay. Didn't she know that cheating is sinful! (sigh). Well, after about an hour cooking, taraaa here's the lunch menu for today. A must-have dish, omelet with onion can be missed, especially by my two gals. Omelet? The name sounds very astonishing, but in Malay, it's just a simple telur dadar. And my favorite veggie, pak choy that is! Yummy! I'm wishing my loyal visitors to enjoy their lunch as well. Bon appetit everyone!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...