Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, November 19, 2011

Birthday Gift from Beloved Hubby - and lunch treat @ TGIF, 1 Utama..^__^



First of all, mieza nak ucapkan terima kasih buat semua rakan-rakan blogger yang sudi wish mieza Happy Birthday dalam entry yang sebelum ni...insyaAllah Rabu depan mieza akan balas dan berkunjung ke blog rakan-rakan juga...mieza sangat sibuk minggu ni hingga rabu depan...jadi rabu malam mieza akan cuba juga untuk online..terima kasih banyak-banyak...doa rakan-rakan sangat mieza hargai...

Mieza juga nak ucapkan terima kasih kepada suami tercinta sebab sudi celebrate birthday mieza..kalau boleh mieza tak mau ke KL hari ni sebab mieza sibuk sangat..tapi ada banyak benda yang mieza nak beli, pertamanya anak saudara mieza akan berkahwin pada 25 Nov 2011 ni, jadi mieza kena belikan hadiah, kawan mieza juga sudah selamat bersalin anak sulung, jadi sebab nak visit dia maka mieza nak juga bawakan buah tangan...kasut mieza juga semua dah rosak, patah, koyak, jadi mieza nak beli kasut baru..hubby kata jom pergi KL...rupa-rupanya hubby nak belikan besday prezent dan banja makan kat TGIF sekali...tapi mieza tak bawa camera jadi tiada gambar makan-makan di TGIF...padahal malam besday mieza hari tu hubby dah belanja makan...tapi katanya makan Tg Malim apalah sangat yang ada...tapi sebenarnya mieza tak kisah hubby belanja makan kat mana pun...janji masa makan tu semua ahli keluarga mieza ada...TQ sayang...

Sebenarnya mieza dah lama teringin nak perfume Delicious by DKNY ni..akhirnya dapat juga..terima kasih sayang...I love U :))

Wednesday, November 16, 2011

Chocolate Cake with Chocolate Caramel Topping - Happy Birthday To Me ^__^



(Sila baca dalam nada nyanyi happy birthday hehehe)

Happy Birthday to me....

Happy Birthday to me....

Happy Birthday dear mieza..

Happy Birthday to me....


Assalamualaikum semua...sebenarnya semalam birthday mieza, Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memberikan setahun lagi untuk mieza menyedut udara di muka bumi ini..moga Allah panjangkan usia mieza untuk mieza lihat anak-anak membesar di depan mata Aminn..

Birthday mieza hari selasa (15 november) sebenarnya, tapi disebabkan demam yang masih belum baik jadi mieza hanya larat bake keknya saja pada hari semalam...hari ni baru larat nak buat toppingnya..kesian betul kat anak-anak dari semalam dok tunggu topping siap sebab depa teringin nak ngap...tak der kek secret recipe jadi bake je la kek besday sendiri..tapi tang deco macam biasa mieza tak pandai heheheh



Mieza busy sikit this week...pertamanya sebab minggu ni final exxam students mieza, jadi sibuk marking paper, at the same time esok paper untuk internatioanl conference di PWTC next month due..malam ni tido lambat lah mieza...next week lak mieza ada interview yang sangat penting bagi mieza jadi mieza kena luang masa study dan prepare untuk interview tersebut.....mieza ucapkan terima kasih buat kawan-kawan yang tinggalkan komen...mieza akan balas komen-komen tersebut secepat mungkin dan melawat ke blog kawan-kawan juga.....

Chocolate cake with chocolate caramel topping sedap sangat pada tekak mieza...nanti bila mieza free sikit mieza akan postkan resepinya...please keep coming back tau...

Resumed 18 Nov 2011 @8.52 am
Hi again..oleh sebab ramai pula yang bertanya resepi kek ni maka mieza luangkan sikit masa untuk post resepinya..bila mieza bawa kek ni ke pejabat ramai kawan-kawan yang memuji kata topping caramel choc ni sedap...alhamdulillah...resepi kek coklat ini adalah pemberian kawan mieza dah lama sangat..hampir 10 tahun mieza dok bake cake ini..dan ia menjadi kegemaran suami :)

KEK COKLAT LEMBAP BERALMOND
Source: Mieza @ WAWMC

170g butter - selalunya aku guna butter SCS @ fern @ farmcows
330 g castor sugar
220g tepung - ayak dulu tau
1 camt baking powder
60g serbuk koko - ayak jugak
4 biji telur gred A
Secubit garam
Almond chunk - goreng tanpa minyak sampai golden
1 cawan air panas
1 camb penuh nescafe'

Cara-Cara

1. Campurkan serbuk koko dan nescafe' ke dalam air panas. Kacau sampai sebati. Make sure tak berketul tau. Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan garam.

3. Bila dah kembang, masukkan telur satu persatu. Pukul sampai sebati je. Guna speed paling rendah.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan air bancuhan koko yang telah disiapkan awal-awal tadi. Guna senduk kayu. Jangan pakai mixer.

5. Bila dah sebati, masukkan almond, dan kacau2 sikit. Masukkan ke dalam loyang yang telah digrease.

6. Bake pada suhu 180'C selama 50 minit atau hingga masak.

7. Bila dah masak sejukkan dulu dan baru lah dituang coklat topping ke atas kek.



CARAMEL CHOCOLATE TOPPING
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

200 gm cooking chocolate di dadu - mieza guna brand berryl's
1/2 cawan gula pasir
2-3 sb air
1 sb golden syrup
200 gm butter
170 ml whipping cream

Cara-cara

1. Masak gula di dalam kuali hingga perang. Kemudian masukkan air dan kacau hingga pekat. Tutup api, tuang ke dalam mangkuk dan ketepikan.

2. Panaskan whipping cream hingga berbuih tepi, tak perlu tunggu hingga mendidih. Tuangkan whipping cream ke dalam caramel dan kacau sebati.

3. Masukkan cooking coklat dan kacau hingga cooking coklat lebur di dalam adunan caramel.Masukkan golden syrup dan kacau sebati.

4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul butter hingga gebu. Masukkan adunan coklat ke dalam adunan butter dan pukul lagi selama 2-3 minit.

5. Sejukkan dalam peti ais selama 15 minit sebelum disapu ke atas kek.

Monday, November 14, 2011

Ikan Gerut-Gerut Bakar Portugis

Assalamualaikum...apa khabar? Mieza doakan semuanya sihat-sihat sahaja..jangan jadi macam mieza..batuk dah sebulan..dah 4 botol ubat batuk mieza telan, dah berbuah klinik pergi..batuk ni tamau baik-baik gak..sekarang ni mencuba pula petua orang tua-tua..minum madu yang diperah air limau nipis..kita cuba lah mana petua yang orang kasi..mana tau berjaya..insyaAllah setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati...terima kasih mieza ucapkan buat sahabat-sahabat yang mendoakan semoga mieza cepat baik..semoga doa sahabat semua dimakbulkan Allah..amin :)



Dah berhari-hari kita asek makan daging..jadi hari ni mieza nak kongsi menu ikan pulak...tapi ini bukan lah masak hari ni..hari ni mieza kerja jadi belum pikir lagi nak masak untuk dinner...kalau rajin dan larat hari ni masak la mieza...kalau tak makan kat restoran je lah...atau pun kalau encik suami rajin dia akan ambil alih tugas memasak di dapur...yang ini masak semalam...jom tengok...resepinya kang malam baru mieza post ye..datang balik tau

Ikan Gerut-Gerut Bakar Portugis...is in the making...



Ikan Gerut-Gerut Bakar Portugis...dan ready untuk dimakan...



Bertemankan Ikan Kekek Goreng Rangup...



...dan sayur Kailan Goreng Ikan Masin...



Eh eh ada juga lauk daging terselit...kuahnya Sup Tulang...




..potong cili api kecik-kecik...perghhhh baru sedap hirup kuah sup kan hehehe...



Resumed @ 8.40 pm
Hi again everyone...dah dinner ke? Mieza malam ni berselera je makan nasi putih dengan ikan kering goreng...hua hua hua..berhari-hari pekena daging..bila pekena lak ikan kering goreng garing-garing memang bertambah-tambah makannya...jadi sebab makan ikan kering goreng tak mo la letak gambor..buat you all gelak je hahahah

Jom kita tengok resepi ikan bakar ni..mieza cilop kat umah cheq sue...mintak izin nak c n p kat sini lak ye cheq sue :)

IKAN GERUT - GERUT BAKAR PORTUGIS

Resepi : Chef Wan
Sumber : Cheq Sue & Nuridah S'pore
Sumber: Mieza @ WAWMC

Bahan-Bahan :
1/4 cawan minyak masak
air perahan daripada 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu kicap pekat
garam dan gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal, dibersihkan - mieza guna ikan gerut-gerut
daun pisang

Dikisar Halus :

4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah, dikupas
1 batang serai, dihiris halus-halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara-Cara
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.

2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .

3. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak. (Mieza bakar atas bara api..seperti biasa encik husband yang jadi tukang bakar)

Kepada yang belum cuba..kena cuba tau...sebab sedap ikan bakar portugis ni...naper nama dia portugis, mieza pun tatau hahahaha

Sunday, November 13, 2011

Bamia Daging

Salam hujung minggu...apa khabar semua? Mieza kurang sihat sejak semalam...batuk ni semakin menjadi-jadi..sampai sakit dada ni..alahai batuk cepat lah berlalu pergi..semalam masa kenduri aqiqah Umar pun terpaksa digagahkan diri melayan tetamu..hujan turun dengan lebat dari pagi lagi..terpaksa ustz sembelih lembu dalam hujan lebat...gam bar memang tak snap langsung sebab hujan lebat tidak membenar penggunaan camera..walaubagaimanapun alhamdulillah kenduri aqiqah perdana PSAS sebanyak 3 ekor lembu berjalan dengan lancar..ramai jemputan yang datang dan pelajar-pelajar PSAS yang beragama Islam dapat menikmati hidangan kenduri hingga ke malam..seronok sangat sebab kenduri aqiqah ni di buat secara gotong royong..ramai pelajar yang membantu mempercepatkan lagi kenduri...walaupun tiada gambar, menu semalam ialah gulai kawah, daging masak hitam, sup tulang, daging goreng kunyit dan kerabu perut...insyaAllah jika ada zuriat baru lagi pada masa akan datang mieza ingat nak buat kenduri aqiqah begini lagi..




Bamia daging yang mieza post hari ni bukan lah menu aqiqah semalam...dah lama mieza masak daing ni...masa mieza jalan-jalan kat umah Kak Nuridah Singapore nun, mieza terjumpa resepi daging..terus mieza mencubanya...izinkan mieza share resepinya di sini ye kak nur :)

BAMIA DAGING
Sumber: Kak Nur @ My Little Kitchen
Sumber: Mieza @ WAWMC



Bahan-Bahan
600gm daging - dipotong sederhana segiempat
250gm kacang bendi - mieza tak letak sebab hubby tak leh makan bendi
200ml susu cair
3 biji tomato - dibelah empat
4 camca besar sos tomato - mieza ganti dengan tomato sup
2 jambak daun ketumbar
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar - dibelah 6
garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar halus
1 camca besar ketumbar
2 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada putih
2 cm halia
20 tangkai cili kering -mengikut kepedasan masing-masing
8 biji bawang merah -
4 ulas bawang putih

Bahan untuk menumis
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 cm kulit kayu manis
5 biji bawang merah dihiris







Cara-Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga kuning. Kemudian masukkan bahan
kisar. Kacau hingga wangi, masukkan daging dan kacau rata.

2. Masukkan air biarkan daging empuk. Apabila daging telah empuk masukkan susu cair dan tomato sos. Biarkan mendidih, masukkan pula bawang besar, tomato yang dibelah 4 dan kacang bendi. Masukkan garam secukup rasa.

4. Biar hingga kacang bendi 3/4 empuk barulah diangkat. Taburkan daun ketumbar di dalam masakkan. Siap untuk dimakan bersama roti perancis yang telah dibakar sebentar dalam oven. (Mieza tak makan roti, mieza makan dengan nasi..ahakssss perut melayu lah katakan hihiihihi)

Friday, November 11, 2011

Nasi Daging

Salam hari Jumaat...waktu rehat di tengah hari ni mieza ambil kesempatan nak update blog jap...rindunya kat blog ni...hari ni memang kerja banyak sangat menanti mieza di pejabat..tapi tak kira lah nak rest jap sambil tengok blog...esok pula kenduri aqiqah baby Umar..insyaAllah mieza buat secara gotong royong di Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah, kemudian terus jamu pelajar muslim di situ...kawan-kawan pun dijemput datang..sila la..esok, sekitar jam 12 noon untuk jamuan...jadi petang ni insyaAllah mieza nak kukuskan sedikit pulut kuning untuk majlis aqiqah tersebut...mieza ni teruja lebih..maklum lah baru dapat anak laki-laki...rasa strong sikit bila ada zuriat lelaki..semoga Baby Umar membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada Tuhannya...



Entry mieza hari ni pasal Nasi Daging yang mieza masak semalam untuk dinner...kebetulan masih ada daging korban pemberian babysitter mieza..alhamdulillah...terhasillah nasi ni semalam..


NASI DAGING

Source: Salwahcm @ My Resepi
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 5 orang )

1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia - kisar
1 biji bawang besar - kisar - mieza tambah
3 ulas bawang putih - kisar - mieza tambah
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
1 kiub pati daging Knorr - mieza tambah
sedikit garam



Cara-cara

1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.

2. Basuh beras dan toskan.

3. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.

4. Masukkan beras dan kacau sekejap.

5. Masukkan air rebusan daging dan kiub pati daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.

6. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

7. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.



Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...